Tadi, mama dok main 'sek, sek, sek, mi, mi, mi' dengan Iman, dalam pada tu terdengar jugak suara Apik follow slow2 rentak, 'sek, sek, sek,...' tanpa jelas biji butirnya. Dah lepas 'Osom!' dengan Iman yang asyik2 tunjuk tanda pistol, 'Ito' ujar Iman, Apik pun cakap pada mama, 'Mama, tadi Apik cakap sek, sek, sek, dalam bahasa Arab..' ... ekekekek..tergelak mama.
Masa awal2 datang dulu, pantang tengok gambar2 binatang, kuda, penyu, lembu.. pasti Apik akan tanya, 'Mama, kuda.. bahasa Arab apa?'. Ngangala si mama ni. Pernah sekali tu, tengah syok2 kunyah keropok, tiba2 Apik tanya, 'Mama, keropok.. bahasa Arab apa?' Aduhai...
Bahasa Arab disini tebahagi kepada 3:
1. Bahasa Arab klasik - Al-Quran.
Bahasa Arab klasik ni macam Bahasa Melayu Klasik. Ingat dulu, masa SPM ada Bahasa Melayu Klasik. Perkataan yang masih ingat ialah, 'hatta' dan 'tatkala'. Mama pun tak faham sangat Bahasa Melayu Klasik.
Masa awal2 datang dulu, pantang tengok gambar2 binatang, kuda, penyu, lembu.. pasti Apik akan tanya, 'Mama, kuda.. bahasa Arab apa?'. Ngangala si mama ni. Pernah sekali tu, tengah syok2 kunyah keropok, tiba2 Apik tanya, 'Mama, keropok.. bahasa Arab apa?' Aduhai...
Bahasa Arab disini tebahagi kepada 3:
1. Bahasa Arab klasik - Al-Quran.
Bahasa Arab klasik ni macam Bahasa Melayu Klasik. Ingat dulu, masa SPM ada Bahasa Melayu Klasik. Perkataan yang masih ingat ialah, 'hatta' dan 'tatkala'. Mama pun tak faham sangat Bahasa Melayu Klasik.
Ini pengakuan dari rakan sekerja hubby yang masih muda mengatakan anak2 muda Arab sekarang makin kurang memahami maksud Al-Quran kerana ianya B.A klasik.
Ada sekali tu masa mama dok tunggu nak naik lif selepas solat di Masjidil-Haram, seorang anak muda Arab menegur mama dalam Bahasa Inggeris yang cukup fasih. Rupa2nya dia pelajar Bahasa Inggeris di sebuah universiti di sini. Mama bagitau anak muda tersebut betapa mama wish sesangat nak belajar Bahasa Arab. Ujar anak muda itu, 'I don't like Arabic language' Terkejut jugak mama. Sebelum masuk lif, mama sempat bagitahu anak muda tu, 'Arabic is the language of the Quran'. Kalau mama jadi anak muda tu, I'll be proud sebab Bahasa Arab telah dipilih oleh Allah swt sebagai bahasa perantaraan antaraNYA dengan manusia.
2. Bahasa Arab Moden
Bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi seperti urusan surat menyurat rasmi, berita, akhbar atau dipanggil Bahasa Arab Persuratan. Lebih kurang macam Bahasa Melayu @ Malaysia baku yang kita belajar di sekolah. Bahasa Arab yang kita belajar di Malaysia adalah Bahasa Arab Moden.
3. Bahasa Arab Pasar
Bahasa percakapan biasa/harian. Macam kita dok cakap hari2, kita tak guna Bahasa Malaysia baku, tapi lebih kepada bahasa percakapan harian tu la, x retila nak terangkan cuma kita rasa lebih mesra kalau kurang formal.
Bahasa Arab Pasar ni lah yang mama tahu sikit2. Ni mama nak share ilmu Bahasa Arab Pasar yang mama tahu sikit2.
B.M(Bahasa Malaysia), L.K(Loghat Kelate) dan B.A(Bahasa Arab)
Situasi 1:
Katalah kita bertemu saudara-mara/rakan atau jiran. Biasanya kita akan bertanya khabar dahulu
Contohnya:
B.M: Apa khabar? Pekabo?
L.K: Ghano demo lonih?
B.A: Kai fahal?
Masa bulan Ramadhan, bila dah terbiasa tengok muka mama yang macam chips more kejap pi solat tarawikh, kejap tak pi sebab gilir2 dengan papa. Mak2 Arab sedikit sebanyak tahu kami nak belajar B.A, tiap kali masuk masjid dan bersalam sambil cium pipi, mama akan disapa dengan 'Kai fahal?'
Dah ditanya khabar kita kenalah jawabkan. Mula2 mama ternganga jugakla walaupun papa dah ajar tapi sebab tak bergaul, bila tak praktis, lupalakan.. Tapi, mak2 Arab ni baik, diaorang ajar mama.
Situasi 2:
Bila ditanya khabar, kita mestilah bagitau keadaan diri kita.
B.M: Alhamdulillah, sihat/Alhamdulillah, baik.
B.A: Alhamdulillah, Qois.
Kita boleh cakap Alhamdulillah sahaja. Mula2 tu mama cakap Alhamdulillah ajer. Pastu papa ajar cakap, Alhamdulillah, Qois. Qois tu maksudnya baik. Bila mama pi solat tarawikh di hari yang lain, dan sebut Qois pulak, tersengih Mak2 Arab tu.. kikikik.. sajer nak tunjuk terer sikit kat Mak2 Arab tu. Padahal tu je la yang mama tahu.. heheh.
Sebab mama pergi dalam keadaan sentiasa sihat, kalau tak sihat, tak belajar lagi bab tu..;P
Situasi 3:
Bila mama bagitau Mak2 Arab tu betapa mama nakkkkkk sgt2 belajar B.A. Mak Arab tu jawab:
B.A: Shuwey, shuwey.
B.M: Pelan-pelan/perlahan-perlahan
L.K: Koho-koho
Situasi 4:
Kalau papa nak teh susu.
L.K: Nok minum 'Shai Halib'.
Shai Halib tu maksudnya teh susu.
Situasi 5:
Kalau nak beli barang dan nak tanya berapa harga.
B.M: Berapa harga ni?
L.K: Beghapo ghiya ni?
B.A: Kam Riyal?
Kam=Berapa.
Dah tanya gitu, bila Pak Arab (sini Pak Arab jer yang menjual, Mak Arab tukang shopping jer.. hihi..) jawab, mama tak fahamla pulak kalau Pak Arab cakap 25 Riyal dalam B.A. So, mama tukar kepada 'How much?'.. heheh. Papa lebih faham B.A bab2 nombor ni, mama cuma tahu sampai sepuluh ajek.
Dah cakap pasal nombor, masa mama belajar B.A dulu di sekolah.
B.M: Satu
B.A (masa belajar di sekolah): wahidun
B.A (disini): wahid
B.M: dua
B.A (masa belajar di sekolah): ithnaanin
B.A (disini): ithnaan
B.M: tiga
B.A (masa belajar di sekolah): thalaathatun
B.A (disini): thalaatha
B.M: empat
B.A(masa belajar disekolah): arba a'tun
B.A (disini): arba'
B.M: lima
B.A(masa belajar di sekolah): khamsatun
B.A (disini): khamsa
Secara amnya, 'tun' dibelakang tidak disebut.
enam = sitta
tujuh = sab a'
lapan = thamaaniya
sembilan=tis a'
sepuluh = a'shara
Situasi 6:
Anak lelaki dipanggil 'walad' dalam B.A.
Mama yang punya empat anak lelaki, secara ringkasnya boleh cakap:
Árba' walad.
Tiap kali mama cakap pada mak2 Arab yang mama nak belajar B.A, pasti diaorang akan tanya, 'Do you know how to read Quran?'
Mama akan jawab,
'I can read the Quran, but I don't know the meaning..'
Pasti Mak2 Arab dengan yakinnya akan jawab;
'Insyaallah, u will. If u know how to read Quran, then u will learn Arabic Language, insyaallah, insyaallah...' begitu yakin sekali Mak2 Arab ni meyakinkan mama.
















