Sunday, May 16, 2010

Bahasa Arab

Tadi, mama dok main 'sek, sek, sek, mi, mi, mi' dengan Iman, dalam pada tu terdengar jugak suara Apik follow slow2 rentak, 'sek, sek, sek,...' tanpa jelas biji butirnya. Dah lepas 'Osom!' dengan Iman yang asyik2 tunjuk tanda pistol, 'Ito' ujar Iman, Apik pun cakap pada mama, 'Mama, tadi Apik cakap sek, sek, sek, dalam bahasa Arab..' ... ekekekek..tergelak mama.

Masa awal2 datang dulu, pantang tengok gambar2 binatang, kuda, penyu, lembu.. pasti Apik akan tanya, 'Mama, kuda.. bahasa Arab apa?'. Ngangala si mama ni. Pernah sekali tu, tengah syok2 kunyah keropok, tiba2 Apik tanya, 'Mama, keropok.. bahasa Arab apa?' Aduhai...

Bahasa Arab disini tebahagi kepada 3:

1. Bahasa Arab klasik - Al-Quran.
Bahasa Arab klasik ni macam Bahasa Melayu Klasik. Ingat dulu, masa SPM ada Bahasa Melayu Klasik. Perkataan yang masih ingat ialah, 'hatta' dan 'tatkala'. Mama pun tak faham sangat Bahasa Melayu Klasik.

Ini pengakuan dari rakan sekerja hubby yang masih muda mengatakan anak2 muda Arab sekarang makin kurang memahami maksud Al-Quran kerana ianya B.A klasik.

Ada sekali tu masa mama dok tunggu nak naik lif selepas solat di Masjidil-Haram, seorang anak muda Arab menegur mama dalam Bahasa Inggeris yang cukup fasih. Rupa2nya dia pelajar Bahasa Inggeris di sebuah universiti di sini. Mama bagitau anak muda tersebut betapa mama wish sesangat nak belajar Bahasa Arab. Ujar anak muda itu, 'I don't like Arabic language' Terkejut jugak mama. Sebelum masuk lif, mama sempat bagitahu anak muda tu, 'Arabic is the language of the Quran'. Kalau mama jadi anak muda tu, I'll be proud sebab Bahasa Arab telah dipilih oleh Allah swt sebagai bahasa perantaraan antaraNYA dengan manusia.

2. Bahasa Arab Moden
Bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi seperti urusan surat menyurat rasmi, berita, akhbar atau dipanggil Bahasa Arab Persuratan. Lebih kurang macam Bahasa Melayu @ Malaysia baku yang kita belajar di sekolah. Bahasa Arab yang kita belajar di Malaysia adalah Bahasa Arab Moden.

3. Bahasa Arab Pasar
Bahasa percakapan biasa/harian. Macam kita dok cakap hari2, kita tak guna Bahasa Malaysia baku, tapi lebih kepada bahasa percakapan harian tu la, x retila nak terangkan cuma kita rasa lebih mesra kalau kurang formal.

Bahasa Arab Pasar ni lah yang mama tahu sikit2. Ni mama nak share ilmu Bahasa Arab Pasar yang mama tahu sikit2.
B.M(Bahasa Malaysia), L.K(Loghat Kelate) dan B.A(Bahasa Arab)

Situasi 1:
Katalah kita bertemu saudara-mara/rakan atau jiran. Biasanya kita akan bertanya khabar dahulu

Contohnya:
B.M: Apa khabar? Pekabo?
L.K: Ghano demo lonih?

B.A: Kai fahal?

Masa bulan Ramadhan, bila dah terbiasa tengok muka mama yang macam chips more kejap pi solat tarawikh, kejap tak pi sebab gilir2 dengan papa. Mak2 Arab sedikit sebanyak tahu kami nak belajar B.A, tiap kali masuk masjid dan bersalam sambil cium pipi, mama akan disapa dengan 'Kai fahal?'

Dah ditanya khabar kita kenalah jawabkan. Mula2 mama ternganga jugakla walaupun papa dah ajar tapi sebab tak bergaul, bila tak praktis, lupalakan.. Tapi, mak2 Arab ni baik, diaorang ajar mama.

Situasi 2:
Bila ditanya khabar, kita mestilah bagitau keadaan diri kita.

B.M: Alhamdulillah, sihat/Alhamdulillah, baik.

B.A: Alhamdulillah, Qois.

Kita boleh cakap Alhamdulillah sahaja. Mula2 tu mama cakap Alhamdulillah ajer. Pastu papa ajar cakap, Alhamdulillah, Qois. Qois tu maksudnya baik. Bila mama pi solat tarawikh di hari yang lain, dan sebut Qois pulak, tersengih Mak2 Arab tu.. kikikik.. sajer nak tunjuk terer sikit kat Mak2 Arab tu. Padahal tu je la yang mama tahu.. heheh.

Sebab mama pergi dalam keadaan sentiasa sihat, kalau tak sihat, tak belajar lagi bab tu..;P

Situasi 3:
Bila mama bagitau Mak2 Arab tu betapa mama nakkkkkk sgt2 belajar B.A. Mak Arab tu jawab:
B.A: Shuwey, shuwey.

B.M: Pelan-pelan/perlahan-perlahan
L.K: Koho-koho

Situasi 4:
Kalau papa nak teh susu.

L.K: Nok minum 'Shai Halib'.

Shai Halib tu maksudnya teh susu.

Situasi 5:
Kalau nak beli barang dan nak tanya berapa harga.

B.M: Berapa harga ni?
L.K: Beghapo ghiya ni?

B.A: Kam Riyal?

Kam=Berapa.

Dah tanya gitu, bila Pak Arab (sini Pak Arab jer yang menjual, Mak Arab tukang shopping jer.. hihi..) jawab, mama tak fahamla pulak kalau Pak Arab cakap 25 Riyal dalam B.A. So, mama tukar kepada 'How much?'.. heheh. Papa lebih faham B.A bab2 nombor ni, mama cuma tahu sampai sepuluh ajek.

Dah cakap pasal nombor, masa mama belajar B.A dulu di sekolah.

B.M: Satu
B.A (masa belajar di sekolah): wahidun

B.A (disini): wahid

B.M: dua
B.A (masa belajar di sekolah): ithnaanin

B.A (disini): ithnaan

B.M: tiga
B.A (masa belajar di sekolah): thalaathatun

B.A (disini): thalaatha

B.M: empat
B.A(masa belajar disekolah): arba a'tun

B.A (disini): arba'

B.M: lima
B.A(masa belajar di sekolah): khamsatun

B.A (disini): khamsa

Secara amnya, 'tun' dibelakang tidak disebut.

enam = sitta
tujuh = sab a'
lapan = thamaaniya
sembilan=tis a'
sepuluh = a'shara

Situasi 6:
Anak lelaki dipanggil 'walad' dalam B.A.
Mama yang punya empat anak lelaki, secara ringkasnya boleh cakap:

Árba' walad.

Tiap kali mama cakap pada mak2 Arab yang mama nak belajar B.A, pasti diaorang akan tanya, 'Do you know how to read Quran?'

Mama akan jawab,
'I can read the Quran, but I don't know the meaning..'

Pasti Mak2 Arab dengan yakinnya akan jawab;
'Insyaallah, u will. If u know how to read Quran, then u will learn Arabic Language, insyaallah, insyaallah...' begitu yakin sekali Mak2 Arab ni meyakinkan mama.

17 comments:

jie said...

he he he...tak lame lagi brabuk2 la awk ckp arab yek. Kita punye kelas arab pun terbengkalai di tengah jalan. sayang rasanya, tapi hari tu waktu kelas tu di tukar ke malam or hari ahad tengahari..so susah le sikit nak commit. Nanti lah kita nak sambung la balik, ari tu baru tahap 2 still got another 6 levels to go he he..Tengok awak dok mentioned bout arabic language ni semangat la plak nak sambung semula...

Sok2 bila awak balik M'sia boleh la practice dgn awak kih kih kih...

Nida said...

Jie..eerrk.. atau mungkinkah kita akan balik berguru dengan awak? hihi.. brabuk, hmmmm.. x der minah Arab nak 'mesyuarat tingkap' cam kita dolu2 di Mesia.

Jie, pegila blajar balik, sayang weyyyyyy. Dah banyak tu belajar. Tapi, kena praktis la kan. Cam kita ni, ari2 dok praktis loghat kelate jer ngan hubby..balik nanti kan dok brabuk LK pulok.

p/s: Rugi sungguh dulu x ngikut awak gi blaja dulu :(

Yasmin's Mummy said...

maksu ingat "saba hal khair" "saba hal nuur" je..

Nanti balik m'sia boleh le borak dgn che su in arabic while kitorang melopong mendengar.. rasanya che su pun tau bahasa arab pasar

Nida said...

YM..che su tau rasanya B.A moden n pasar. Ida ni pun tau dr hubby ajer n x praktis pun.

Kena praktis ngan hubby nih ;)

Ibu WA Alim said...

1Am dah ada basic Arab ke sblm p Saudi?

Hcy baru join kelas BA bln April, lewat 3 bln dr classmates. Kelas BA ni dmulakan Jan 2010 tp sbb mcm2 Hcy tertunda mengikutinya sedari awal. Wp begitu test pertama yg diadakan awal Mei Hcy seorg je yg dpt full mark 100 menewaskan kawan2 yg mengikuti kelas tu lbh awal termasuk seorg ustazah yg dah 8 thn bersara dan sepsg suami isteri yg dah berthn2 belajar BA (+-10thn). Pasangan suami isteri tu dpt 97 markah dan kwn2 yg lain hampir kesemuanya dpt over 90..

Yg kelakarnya, ustazah tu tertinggal satu perkataan 'awak' dlm jawapannya manakala suami isteri tu pulak tertinggal satu soalan tak berjwb..tak nampak tak pakai spect katanya..kawan yg duduk sblh Hcy pulak dpt 70 marks je. Hcy heranlah sb tgk dia jwb/tanda betul utk soalan no. 2 dan 3 mengenai dhamir utk dia seorg/dua org lelaki dlm Ba. Hcy suruh dia tanya ustaz kenapa ustaz pangkah. Ustaz jwb..bkn akak yg jwb soalan tu tp saya..tgk tu tanda blt tu dgn dakwat merah..Ya Allah tak perasan pulak. Rupanya2nya dia tinggal kosong soalan objektif tu dan p tulis jawapan kat tepi. (Jawapan yg ditulis kat tepi tu tak menepati kehendak soalan).

Seorg kawan lain yg baru join kelas pd hari ujian djlnkan ttp dia dah belaja BA ni d tempat lain dgn ustaz lain lbh krg mcm pasangan suami isteri tu jugak..jawapannya pun dpangkah ustaz..sbb dia hy tulis jawapan guna simbol jantina utk lelaki dan perempuan mcm simbol yg kita belajar dlm subjek biologi/genetik dulu..

Hcy bknlah terrer tp bernasib baik sb soalan cover bab/kitab sorof yg ustaz mulainya pd hari pertama Hcy join kelas tu dan soalannya pun yg plg basic.

(Susah juga nak ngelak dr bercerita dan tulis pjg2 ni..)

Ibu WA Alim said...

Yg Hcy tau jawapan utk kaifa haluka/i ialah Alhamdulillah, ana bil khair = Alhamdulillah, saya dlm keadaan baik (khair=baik).

Ida tak bawa kamus ke p sana?

Nida said...

Hcy..Tahniah! 100% w/pun baru join. Mesti best kelas Hcy tu, tak sunyi dr gelak tawa.

Puah dok mmikir gapola '1Am' tu. Pahtu baru nakak. 1Am x dok basic langsung BA, maso dkt sibuk dok hafal nombor, x leh 1Am oyak, nombor keno blaja sbb kait nga pitih .. hihi. Ida ado basic BA, tapi loni boleh doh BA pasar.

Hok hcy dok blaja tu BA moden. Sbb tu bila tanya jadi 'Kaifa haluka/i?' = Apa khabar saudara/i. Ni cara yg formal. MAce kito kecek2 biasa, serupo hok Ida dale blog tu. Tok payoh mention saudara / saudari belake. Mace di M'sia la, bila kita jupo, kita sapa 'Apa Khabar?' jah, informal.

Bila jawab cara formal, mace hok Hcy tulis tu. Informal, Alhamdulillah, Qois @ Toyyib @ Tamam. Qois = Baik, Toyyib = OK, Tamam = ??. Ni BA hok 1Am dok kecek ari2 di opis. Mace kito biasa2 tu Hcy.

Beli kamus BM-BI-BA kanak2 di m'sia, tertinggal la pulok. Sini beli pocket book BI-BA utk traveller.

Nida said...

typo error, 'Ida ado basic Arab, tapi loni 1Am boleh doh BA pasar' Ida x leh lagi, tok praktis. Keno praktis dgn 1Am ni.

Ibu WA Alim said...

Tk. Biasalah kelas dewasa ni..tp taklah sampai ke thp kelas doremi..

Saja je tulis 1Am lbh2 krg 1M..

Hok Hcy belajar skrg BA classic..sbb ustaz gunapakai kitab dia masa belajar d pondok dlm thn 90an..lbh kpd BA al Q..BA lama..

Kaifa haluka/i tu Hcy pernah dgr sblm2 ni..

Hcy masa d kampus dlm thn 80an dulu pernah ambil 1 paper BA selama 1 semester..level 100..ustazah kata standard budak sekolah rendah..Hcy dpt B je..itu jelah basic BA yg Hcy ada..Arab moden kot belajar masa tu..Hcy pun dah tak berapa ingat..

Sbnrnya Hcy takut Da confius ant qois dan khoir..sori..

Tamam = sempurna kot..sbb dlm al Q ada ayat 'wa atmamtu lakum diinakum wa rodhiitu lakumul islama diina' = 'dan tlh Aku sempurnakan bg kamu agamamu dan tlh Aku redhai bg kamu Islam sbg agama'..ini Hcy harfiahkan satu persatu..

Sbnrnya juga pelajaran harfiah al Q Hcy yg dah nak masuk 7 thn (bermula Ogos 2002 hingga skrg) byk membantu Hcy dlm mempelajari BA ni..

Tertinggal 1 cerita lg..ada kawan2 yg sengaja tak hadir kelas pd hari ujian djlnkan krn takut/tak nak ambil ujian..

Ibu WA Alim said...

Kalau tak silap ayat yg popular d atas tlh dibacakan oleh Rasulullah saw semasa baginda berkhutbah wida' pd haji terakhir semasa berwukuf d Jabal Rahmah, d Arafah yg menyebabkan sahabat baginda Saidina Abu Bakr As Siddiq menangis krn menjangkakan ajal Nabi sudah hampir dgn turunnya ayat ini..

Semasa Hcy p kursus bersiri haj thn lps pun ayat ini dceriterakan..

Nida said...

Hcy..bila Hcy tulis kelas doremi, ko'o dok suko sore teringat ko citer P.ramlee.

Sini mace di M'sia jugok, ore klate, kecek loghat klate, orang ganung, cakap ganung, mace2 dialek. Tapi, hok standard so jah, BM hok dok blaja di sklh tu la.

Ida dok alek timur, kecek slang timur. kalu Arab selatan, slang lain pulok tapi hok standard, Arab Moden tu la.

Ida ada dgr pasal belaja cara harfiah ni, org kato lagi senang.

Teruskan belajar BA Hcy, kelik nati, bolehla Ida training BA dgn Hcy.

Ibu WA Alim said...

Pd Hcy belajar BA bknlah 1 perkara yg senang..pulak2 pd umur spt yg skrg ni..apa yg dipelajari minggu lps minggu ni dah lupa..rasa mcm tak pernah dgr/belajar pun ada..jauh lagilah drp nak menguasai dan mempraktiskannya.. apatah lagi balik rumah tak buat latihan @ revisi..

Kelas harfiah al Q yg Hcy ikuti skrg adalah menghafal terjemahan ayat2 al Q kalimah demi kalimah. Bkn kelas BA ttp kita dpt mengerti BA sedikit demi sedikit cuma BA lama, BA al Q. Sampai skrg, slps hampir 7 thn, Hcy dah sampai 1/2 al Q. Kalau nak ikutkan dah byk tu, dgn masa yg lama jugak tu. Spttnya kalu Hcy baca al Q Hcy dah taulah makna2nya kan? Tp hakikatnya ianya taklah semudah yg dsangka..sbnrnya drp mula hinggalah beberapa bln lps Hcy agak cepat menghafalnya..ttp beberapa bln kebelakangan ni merosot sedikit dr segi kelancaran dan jumlah yg dpt dhafal..sbb umur ke apa tak taulah..dan benda yg kita dah hafal tu mcm padam..padam dr ingatan kita..

Kelas BA yg Hcy ikuti skrg pun lbh menjurus kpd utk memahami Al Q..sb awal2 ustaz dah ckp..dia bknlah pakar/lulusan phd dlm BA..cuma lulusan sekolah pondok..apa yg diajarnya cuma apa yg dipelajarinya masa kat pondok dulu..dan dia pun dah mula lupa apa yg pernah dpelajarinya lbh 10 thn dulu..so apa yg dia buat adalah utk recall balik apa yg dpelajarinya dulu utk manfaat dirinya sambil bermuzakarah dgn kita org..dan dr situ kita org akan mendpt manfaatnya juga..

Nida said...

Hcy..Tak merosot la Hcy, kalu merosot x dpt pulok 100% tu ;) Bagusla Ustaz tu, dgn mengajar, dia sendiri pun boleh ingat balik. Keep on Hcy, bagus belajar BA Al-Q ni.

Masa gi solat terawih, bila start baca qunut, orang2 Arab ni khusyuk n bersungguh jer, best tengok. Kalau tgk solat tarawih di Mekah dlm TV, malam last, imam n makmum nangis2, org2 Arab yg faham..best jer..

Ibu WA Alim said...

Takut juga Hcy ni jenis yg terrer masa ujian..lps ujian lupa..masa hafal dpn ustazah ingat..lps tu tak berapa ingat..wal 'iazubillah..

Itulah solat kat masjidil haram pun terkdg imam termenangis d tgh bacaan..ialah dia fhm apa yg dbacanya..

Pttnya dgn pelajaran harfiah al Q Hcy pun blh memahami patah2 ayat al Q..

Kalau tak skrg hrp 1 masa nanti Hcy akan dpt juga..

Nida said...

Hcy..insyaallah, satu hari Hcy akan menguasainya.

p/s: Bila citer jeng, jeng, jeng tu?

tinidewi said...

25 = khamsa ithnuun :-) agaknya la kot?

kalau tak silap, grammer bagi nombor, kalau belas, root word tambah 'asharo (iaitu sepuluh). contoh: 15 jadi khamsa 'ashar / 'asharo. kalau puluh, root word tambah wau nuun. contoh: 2 ithna, 20 ithnuun.

cik abang pun tgh giat belajar BA dekat PERKIM. sekarang dah masuk Buku 2. kalau ameer tanya pasal BA, tini suruh ameer tanya abah dia je hehehe.

psstt k.da, kuda in BA ialah HISOONUN. [double O sebab sod alif i.e. hukum mad 2 harkat]

Nida said...

Tini..tq dear..bagusla cik abe gi belajar BA, cik adik boleh belajar ngan cik abe ;)