Friday, January 29, 2010

Trip ke UK (Part III)

Sebenarnya blog mama ni ada problem since datang Dammam ni(papa cakap kat ofis, ok jer). Tiap kali nak view latest post, yang keluar samada post sebelumnya atau post2 sebelumnya. Sekarang ni kalau nak tengok latest komen terpaksa login. Kadang2 tu rasa annoying jugak time nak cepat, ianya menghilangkan mood untuk berblog.

Dah login ni, nak sambung balik citer pi UK. Flight kami dari Dammam-Jeddah 23 Dec (Rabu), 9.15pm. Jeddah-London, pukul 2am (24 Dec). Kami naik Saudi Airlines.

Papa ambik half day Rabu tersebut. Kami bertolak dari rumah pukul 6.30pm. Jiran M'sia kami tolong hantarkan ke King Fahd International Airport Dammam. Masa check-in, budak Arab yang jaga counter bagitau hari tu ada direct flight dari Dammam-London. Alahaiiiii...mama memang kurang gemar transit dengan askar2 ni, melompat sana, meniarap sini..askar2 mama tak pernah kenal erti letih...


Iman dah bukak kasut

Sementara tunggu flight, kami solat Isya' di airport manakala jejaka2 kecil ni, bergurau, melompat, panjat kerusi...sabar jelah. Naik jer kapalterbang, since 3 anak teruna dapat seat dan makanan sendiri kecuali Iman (masih kategori infant), kejap2 Jat dan Syafiq tanya bila nak dapat makanan.

Sekarang ni tiap kali naik kapalterbang jer, askar 3 orang ni suka sangat2 dapat makanan sendiri. Lepas makan, semua askar2 mama masih lagi segar bugar. Abang dan Jat yang memang tak tidur siang hari, masih lagi bertenaga tahap gaban. Tambahan pulak mereka berdua begitu teruja kerana impian nak main snow akan tercapai dalam masa beberapa jam lagi. Syafiq dan Iman pun masih 'galok'. Perjalanan 2 jam Dammam-Jeddah, dihabiskan dengan melayan karenah askar2, tak der canla papa dan mama nak Zzzzzzzz....


Abang dan Iman

Kami tiba di Jeddah 11.15pm. Nak tunggu flight kul 2am, anak2 teruna yang tak letih2 ni dok berkejar2an, berlompat2an, berniarap2an, .. pastu kejap2 tanya bila nak ke London ni mama? Sebijik macam dalam citer Shrek.


Bila nak sampai London ni mama?

Pukul 1.30am, barulah dipanggil untuk boarding. Naik kapalterbang, sikit jer orang... Yeaa!! Padanler Saudi Airlines offer tambang murah, mungkin nak penuhkan seat sekurang2nya boleh cover their expenses dan tak rugi.. mama rasalah...heheh.

Pramugari Filipina yang sorang tu, punyalah baik. Bila semua dah naik, pramugari tu bagitau duduklah mana2 seat yang menyelesakan kami anak beranak.

Mama duduk di kerusi 4 sederet dengan Syafiq dan Jat. Papa dan Iman pula dudut di seat 2 terkehadapan sebab seat 4 sederet semua penuh dengan penumpang yang dah tak sabar2 nak tidur terguling. Maklumlah jam dah pukul 2.30am. Abang duduk di kerusi 2 belakang papa.

Syafiq terlena atas riba mama, Iman terlelap atas riba papa. Abang dan Jat pulak terlena sambil duduk 'cokoh' sekejap saja selepas berlepas errr.. seat belt light pun tak off lagi. Bila seat belt light off, papa datang angkat Syafiq untuk letak atas seat 2 yang masih kosong. Papa baringkan Abang dan mama baringkan Jat. Semua anak2 teruna dah tidur.. Yeaa!! Seronoknya!! Errr.. tapi mama dan papa tak boleh nak tidur. Biological clock mama sejak dari belajar sampai sekarang memang gitu, kalau lebih dari pukul 12mlm, mata tak boleh nak lelap. Papa pun tak boleh nak tidur tapi papa layan movie. Mama try jugak tengok movie tapi citer2 dalam list tak menarik minat mama. Hmmm...nak buat apa yer malam2 buta dalam flight ni? Mama ambik penutup mata dan cuba tidur tapi tak boleh. Kejap tu, pramugari datang hidang makanan. Apalagi ngap jelah..

Masa tu dah pukul 3 lebih waktu Saudi. Yang dapat kerusi 4 sederet memang macam tidur atas katil. Selesa sungguh, sampai pramugari kejut untuk makan pun tak sedar. Perut dah kenyang, tapi mata tak boleh nak lelap lagi... arrrghhhhh!!

Dalam pukul 5am. baru mama rasa mengantuk. Papa masih lagi dok layan movie dengan headphone. Mama pulak terhingguk2 byk kali, mama pun baringkan diri tepi Jat tapi kerap tersedar sebab mama ni darah gemuruh sikit bila naik kapalterbang...especially gegaran kapalterbang merempuh awan....kecuttttttt perut2 ni... trauma sebenarnya tiap kali naik kapalterbang. Citer kemudianla kenapa rasa trauma ni, kang tak sampai2 UK pulak, byk sgt nak citer..

Pukul 7am, pramugari kejut untuk breakfast. Mama kejut anak2 untuk breakfast, semuanya tak bangun. Mama pack ajer breakfast tu untuk makan di UK nanti. Maklumlah nak cari halal food baru2 sampai di London nanti bukannya mudah.

2 jam lagi akan tiba di Heathrow, mata mama dah tak boleh lelap. Papa pun terlelap kejap ajer. Kami solat subuh atas kapalterbang. Memang ada tempat khas disediakan untuk solat dengan arah kiblat.

Mama tengok Syafiq dah berubah cara tidur dari kepala sebelah tingkap ke kaki menghadap tingkap. Batal untuk mengalas kepala Syafiq bertambah dan tersusun elok dan berselimut cantik. Esoknya Syafiq cerita, ada orang letakkan bantal untuk Apik dan selimutkan Apik. Mama rasa masa mama tertidur sekejap tu, tak terdengar Syafiq merengek. Pasti pramugari yang baik hati tu tolong tengokkan.

Setengah jam nak mendarat kami kejut anak2 supaya duduk dengan elok sebab dah dekat nak landing. Semua anak2 duduk tetapi mata tetap terpejam. Kami mendarat di Heathrow pukul 6am waktu London@9am waktu Saudi.

Wednesday, January 27, 2010

Trip ke UK (Part II)

Sebenarnyer nak citer terus pasal pi jalan2 di UK, tapi since one of my aunties tertengok gambar dalam FB dan perkara first and foremost that caught her eyes is my ..eerrr.. boots. Ooops.. hihihi...

Sebenarnya mama paling tak nak orang nampak dalam gambar tu ialah kasut but tu lah.. maluuuuuu. Sebelum bertolak, banyak jugak persediaan yang nak dibeli, baju tebal, baju termal untuk anak2, stoking tebal dan kasut mestilah kalis air dan tapaknya kuat mencengkam dalam snow.

Sebenarnya dah lamaaaaaa mama mengidam nak pakai kasut but ni. Bila dah confirm nak pi UK, hati ni meronta2 nak beli kasut but tapi seganla pulak nak bagitau 'Jejaka Tampan' rasa hati nih. Walaupun beberapa tahun lagi akan mencecah usia 40, tapi jiwa muda mama ni masih lagi segar bugar.. hehehe..
Mama dan Iman
Dek kuatnya hati dok meronta2 dan tak keruan pulak jadinya, lalu terhamburlah niat suci murni dihati kepada si 'Jejaka Tampan'. Dengan penuh kesopanan dan kesusilaan mama memohon keizinan 'Jejaka Tampan' untuk menikmati memakai kasut but. Dan dengan sportingnya jugak si 'Jejaka Tampan' bukan setakat bersetuju malahan memberi cadangan agar mama beli kasut but yang setinggi paras lutut. Ish, kalau ikut naluri mama yang masih muda ni nakla jugak merasa kasut but separas lutut tu! Tapi, takut pengsanla pulak 'Jejaka Tembam'..ooops, maksud mama 'Jejaka Tampan' tengok bininya melaram..kikikik.
Memang syok main snow pakai kasut but, mencengkam ganas gitu. Tak dela licin tergolek jatuh macam masa belajar dulu2. Masa belajar dulu, bila snow start mencair mulala mama tergolek jatuh maklumlah dulu mampu beli satu kasut jer. Kasut tu dipakai dari 1st year sampai final year, naik haus bunga2. Itulah kasut summer dan itulah kasut winter. Bila tengok minah2 saleh dok pakai kasut but terliurla jugak. Tu yang bila nak balik ke UK, terus mama grab the opportunity nak melaram dengan kasut but.

Tapi, yang syoknya kasut but tu bukan setakat boleh dipakai di UK, malahan di Saudi pun dok melaram dengan kasut but tu lah ke hulu ke hilir. Kat sini pakai jubah, so tak der sapa2 yang nampak, tu yang seronok dok melaram. Tiap kali pakai kasut but tu, rasa confident... I feel soooo good dan rasa ...err... cam model gitu.. ekekekek ..

Monday, January 25, 2010

Trip ke UK (Part I)

Alhamdulillah dengan izinNYA, 23-28 Dec 2009 kami bercuti di UK . Citernyer gini...

Satu2nya jiran M'sia kami kat sini nak balik M'sia untuk Raya Haji. Kamilak anggota tentera ramai, kalau nak balik M'sia 'fulus' mesti penuh kantung. Tambang balik M'sia saja tambah beberapa K lagi cukup untuk beli sebijik kancil!

Dalam kebosanan nak balik M'sia tak boleh, sekali sekala mama dok belek2 internet tengok tiket kapalterbang ke UK. Papa peminat setia MU, mama pulak pernah belajaq kat sana 16 tahun yang lalu (Loughborough University 1994-1997) dan Abang n Jat pulak masa dok M'sia lagi dok nak main snow (penangan Disney Channel, Astro). Tu sebab mama dok belek kapalterbang ke UK. Rindu nak tengok tempat belajaq dulu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat penuh nostalgia..
Tiap kali mama belek internet tengok harga tiket pergi balik Saudi-UK dalam 12-15K satu family (6 beranak-2 adults, 3 children and 1 infant), jadi bye, bye jelah. Tambang ajer dah banyak tu, tak masuk penginapan, makan minum dan pengangkutan. Shopping memang tak masuk dalam senarai langsung la yer.

Mama tak tahu rupa2nya dalam diam papa pun kerap dok belek2 internet tengok tiket Saudi-UK. Pada suatu hari baliklah papa dengan penuh keterujaan, 'B tadi saya tengok tiket kapalterbang pergi balik Saudi-UK untuk satu family 6K+.' Terkejut jugaklah mama ni. Betul ker? Apa lagi terus papa terkam komputer, masuk internet dan tunjuk kat mama. Harga sebenar pergi balik satu family 3K pastu campur airport charge, etc jadilah 6K+.

Apa lagi kami pun terus book tiket. Keesokkan harinya papa terus beli tiket tetapi tiket ni bersyarat yakni (org2 Arab suka sebut yakni..) tidak boleh ditukar tarikh. Kalau tak jadi pergi tiket dikira hangus begitu sahaja.

Tarikh antara beli tiket dan tarikh perjalanan ialah sebulan lebih. So, sibuklah kami mencari tempat penginapan dan pengangkutan. Susah jugaklah nak cari hotel dan pengangkutan. Hotel kebanyakkannya penuh sebab masa tu cuti Krismas. lagi satu UK lebih mementingkan safety first. Kalau 6 beranak, x leh nak dok penuh satu hotel cam kat Saudi dan M'sia. At least kena book 2 hotel per night..adehhh..Tapi, nasib baiklah jugak dalam dok cari2 tu kami ter'land' on satu website ni yang book thru internet, murah (of coursela kan..heheh) dan boleh sumbat 6 beranak dalam satu hotel. Sepanjang di UK kami dok di Rangkaian Premier Inn (Premier Inn Manchester, Premier Inn Nottingham dan Wimbledon).

Pengangkutan pun problem jugak till last minute baru dapat book sebabnya lagi sekali Safety First. Kami 6 beranak tak leh sewa kereta, kena ambik MPV. So, half perbelanjaan kami habis pada transportation, mahal sungguh! Kalau dapat sewa kereta, memang jauh murah sesangat. Kat UK ni, anak tak boleh diriba. Mesti duduk di baby seat di belakang. Nasib baik Iman merengek hari mula2 jer nak dok atas riba mama, tapi buat tak tahu jelah, kalau tak kena saman. Alhamdulillah, lepas tu Iman ok jer.. memang baiklah anak kecik mama yang sorang ni.. Tempat duduk belakang ada empat seat, so semua diberi children car seat dan boleh duduk mengadap antara satu dengan lain. 2 kerusi boleh dipusing2.Dekat2 tarikh keramat nak bertolak ke UK, papa hilang suara 'husky'nya itu dan mempunyai simptom nak demam. Kesian pulak, tapi tarikh x boleh ditukar, tak nak tak nak kami pergi ke UK dengan papa yang sudah kehilangan suara.

Monday, January 18, 2010

Apa-apalah..

Tak tahu nak start citer mana dulu. Ni pun baru jer nak start menaip, Cit Tot datang merengek. Tadi elok2 jer Cit Tot dok main bola dengan Abang, Jat n Umar (anak jiran) kat luar. Cam tu lah dugaan nak berblogging sekarang.

Kejap lagi pulak my 'Martian' (ni kes dok baca buku 'Men Are From Mars, Women Are From Venus') akan balik dari ofis. So, for sure kena stop blogging. Ni pun tak masak malam lagi. Sebenarnya tengahari tadi menghabiskan nasi semalam dengan Abang, Jat n Cit Tot. Cit Tet pulak tidur masa tu. So, habislah kami 4 beranak membedal nasi dingin tu. Nasib baik tadi jiran kasi nasi lengkap dengan lauk pauk tapi rasanya nasi tu enough sekali ngap oleh my 'Martian' jer. Malasnyer nak masak walaupun lauk ayam dah keluarkan dari pagi lagi. Mood malas masak ni dah lama. Tapi, dok sini x leh nak 'cilok' cam dok Malaysia. Kalau kat M'sia, time mood malas masak datang, bolehla mama singgah kedai siam Che Noor sambil2 ambik anak2 teruna balik dari sekolah.

Kat sini pompuan x leh drive dan x banyak choice of food cam dok M'sia. Nasi Arab 'sepesen' ajer, yang berbeza cuma lauk (ayam atau daging). Sini, orang Arab jarang (sekali jer sebenarnya pernah makan nasi Arab lauk ikan). Lauk udang, sotong tu tak yah cakap memang x der. Tapi, dok ingat baca2 kisah Rasulullah saw, hanya daging yang kerap disebut.

Ni di Kudu..tengok muka sorang2 tunggu makanan sampai..

Kat sini pun breakfast tak cam Malaysia yang kedainya, kuihnya dan lauknya yang bermacam2. Pilih je kak! Sepanjang datang sini, baru 5 kali kot keluar breakfast tu pun di Ikea dan Kudu. Dua2 style mat saleh punya breakfast. Sekali sekala bolehla telan. Maklum jelah, tekak orang Malaysia apatah lagi oghe Kelate yang memang dianugerahkan dengan bermacam2 jenis lauk pauk dan kuih muih.. ish.. rasa nak menitiklak air liur terkenangkan Kelantanese Delight nih.. hihi..

Abang breakfast di Ikea

Oklah, dah kena stop. Ni dah Maghrib. Sat lagi my 'Martian' will be back. Cit Tet pun dah datang merengek. Insyaallah will continue again.

Monday, January 11, 2010

Lama tak berblog

Lama sungguh tak menulis dalam blog. Banyak sebenarnya yang nak diceritakan seperti kisah skill memasak (permintaan Aini sebelum pi Haji), citer sekolah Abang dan Jat, citer Apik dan Iman, macam2 sebenarnya kat dalam kepala yang nak dikongsi bersama 'peminat setia' blog ni (ekekekek..).

Dok belek2, last entry banyak 'cut and paste'. Ada pulak yang tak suka K.Ida 'cut and paste', sapa tu yer? Heheh..Sebenarnya, banyak sebab kenapa tak berblog. Antaranya:

1. 2 anak teruna, Abang(grade 2) dan Jat(grade 1) dah start sekolah di Dammam International School (American curriculum) sejak hujung bulan Ogos. Bukan setakat Abang dan Jat ajer yang struggle, mama dan papa pun struggle macam kami lak yang nak ambik test. Everyweek ada test, mama pulak yang gabra lebih. Adehhh....

2. Sekarang ni malam2 dok 'drill' Jat with reading.

3. 2010, Apik 4 tahun dan Iman 3 tahun (walaupun Iman baru masuk 2 tahun DOB: 31/12, Iman dah dikira 3 tahun). Kat sini grade 1, 6 tahun. Kindergarten start umur 4 tahun. Nak spent as much as possible masa dengan Apik dan Iman. Tau2 jelah kalau dah mengadap komputer, memang terabai anak2 dibuatnya. Tapi, kami akan hantar Apik kindergarten umur 5 tahunla. Entahla tak sampai hati pulak nak hantar Apik gi sekolah. So, ni dok ajar Apik ABC.

4. Sebenarnya sejak mengenali mukabuku@facebook@fb ni lebih senang guna fb sebab tulis sepatah dua kata ajer. Tapi, I'm still blog-hopping..hihi..

5. Kelam pulak rasanya dunia blog sejak saudara mara semuanya menyepikan diri. Blog MYU terpaksa delete dari blog list sebab blog beliau telah dikacau oleh mamat mana entah dengan tajuk2 blog boleh dikategorikan 18SX. Tak nakla orang berburuk sangka pulak.

6. Sekarang ni musim sejuk di sini. Mood nak menulis pun sesejuk cuaca di sini. Dalam rumah pun berstoking dan berbaju sejuk. Kalau boleh nak berselimut jer sepanjang masa.

7. Sebab..errr..sebab..errr...sebab..eerr..dua pengomen setia menunaikan fardhu haji, tak nakla cam syok sendiri je kan...kikikik..