Wednesday, February 10, 2010

Trip ke UK (Liverpool)


25 Dec
Selepas solat Zohor, dalam pukul 12.00pm, kami bertolak ke Liverpool, dalam 45 minit dari Manchester. Bandar Manchester berkabus tebal. Mata 'muda' mama dan papa memang sukar untuk membaca signboard dalam keadaan berkabus. Papa drive slow jer sebab jarak penglihatan sekitar 10meter. Masuk jer highway Liverpool, cuaca terang benderang. A clear blue sky! Snow pun x de sepanjang highway. Begitu juga di dalam bandar Liverpool. Kami ke tempat bersejarah Liverpool yakni terletak ditepi pantai.


Anak2 teruna begitu ceria bermain di sini. Ada yang mengejar burung merpati.. tak tahulah kenapa anak teruna mama ni suka sungguh kejar burung merpati. Ada yang mengejar adik Iman. Ada yang main naik turun tangga. Memang seronok anak2 teruna mama dapat tempat luas begini.


Boleh buat cover album..hihi

Kami bertolak pulang ke Manchester dalam pukul 3pm. Maghrib masuk pukul 3 lebih. Mata usang mama dan papa sukar untuk mencari jalan dalam gelap. Tambahan pulak tak biasa dengan jalan di sini. Masuk aje Manchester kabus cukup tebal. Memang tak nampak apa2 di hadapan. Ianya cukup menakutkan. Jarak penglihatan dalam 0meter. Ok, mama exaggerate tapi memang mama dan papa tak nampak apa2. Signboard memang tak nampak langsung tulisannya. Nasib baik tak de kereta, so papa bawa kereta sepantas kura2 mencari jalan balik ke hotel. Alhamdulillah, kami selamat tiba di hotel.

Dalam kepenatan tu sempat lagi Abang dan Jat ajak mama main snow fight lagi di belakang hotel. Terpaksala melayan kehendak Abang dan Jat. Kali ni anak teruna kecik tak tidur, merengek nak ikut jugak tapi mama tak boleh layan Abang dan Jat kalau bawak Apik dan Iman sebab si kecik dua orang ni memang 'setepek' dengan mama. Samada kena dukung atau pimpin, camana nak main snow fight. Mesti frust Abang dan Jat. Lagipun tiap2 hari di Saudi mama memang melayan si kecik dua orang ni jer. Abang dan Jat sempat dilayan masa makan atau time homework. Abang dan Jat banyak main sendirian.


Mama and my most responsible Abang!

Mama memang nak layan Abang dan Jat sepuas hati mama. Lagipun bila lagi mama nak main snow kan? hihihi... Kalau balik Saudi sah kena melayan Apik dan Iman memanjang. So, mama tinggalkan Apik dan Iman dengan papa dalam hotel, turun dengan Abang dan Jat.


Ijat and his big snow ball!

Dalam syok2 dok main, tiba2 nampak kelibat seorang dewasa dan 2 kanak2 kecil. Apalagi, satu family main snow fight!

Dah selesai main snow kami menghabiskan sisa bekalan makanan dari Saudi. Habis semua Indomie kami 'bedal'.. dah dua hari kami tak makan nasi tau..hahaha..

Mama and my little 'setepek'

Monday, February 8, 2010

Trip ke UK(Manchester)

25 Dec 09

Alhamdulillah, demam papa dah ok cuma sakit kepala sikit2. Hari Krismas, semua kedai tutup. 24 Dec, kami tak makan nasi sebab dah penat sesangat tapi sempat beli pisang sebagai bekalan untuk hari Krismas sebab pihak hotel bagitau hari Krismas, semua kedai tutup. Pihak hotel bagitau diaorang ada serve vegetarian breakfast, tapi masa tu rasa tak berminat untuk 'telan' vegetarian breakfast@ala2 sombong gitu.. hehe..

Paginya selepas makan bekalan Indomie sebagai breakfast, bekalan yang dibawa dari Saudi, kami memulakan operasi menjelajah Manchester walaupun terdapat suara2 kecil nak main snow ball di belakang hotel. 'Kita cari snow kat tempat lain pulak' pujuk papa. 'Err...jalan mana nak pergi stadium Old Trafford?' bisik peminat MU kepada mama. GPS asyik tak de line ajer. Walaupun hotel kami dalam daerah Old Trafford, tak de pulak signboard Stadium Old Trafford. Kami jumpa stesen bas yang ada peta, so mama turun dan mula menghafal peta ke Stadium Old Trafford. Nasib baik petanya senang untuk dihafal. Tiap kali jumpa round about, pi pukul 12.. hihi.. Akhirnya, signboard ke Stadium Old Trafford mula muncul, so mama erase je lah hafalan peta ke Stadium Old Trafford dari memori mama ni.. ikut jelah signboard tu.

Bila dah nampak stadium, tak boleh pulak nak masuk betul2 depan stadium. Since hari tu hari Krismas dan baru pukul 7.30am. Tak de sorang pun keluar, kami jelah tourist yang meredah hari yang cukup sejuk ni. Since tak jumpa jalan masuk depan stadium, kami berhenti di satu tempat parking yang nampak stadium Old Trafford dari kejauhan untuk meredakan keresahan anak2 yang tak henti2 merengek nak main snow.


Stadium Old Trafford nun jauh di belakang

Awal2 Iman protest tak nak pakai baju sejuk, topi dan gloves. Baru 2/3 minit Iman main snow dengan jari2 jemari tembamnya, Iman melalak tunjuk tangannya yang mula kebas. Masa Iman menangis, kami ambik peluang pakaikan baju sejuk. Nak dijadikan cerita, puas kami cari gloves dan topi Iman, tak jumpa padahal memang dah letak dalam beg. Last2 kami pakaikan topi papa dan scarf Abang. Tangan Iman, kami sorokkan dalam lengan baju sejuk. Beginilah rupa anakanda bongsu mama..


Iman dengan topi papa dan scarf Abang.

Kat sini, Abang dan Jat mula main snowball. Tapi, sebenarnya snow ni dah banyak hari, dah tak fluffy dan tak boleh nak kepal bulat2 untuk dijadikan snow ball atau snowman. Jadi, mana2 snow yang berkeping dijadikan snow ball, sakit jugak main snow fight ni...


Abang dan Jat main snowball

Dah puas anak2 main snow, papa cuba cari jalan masuk ke Stadium Old Trafford dan Alhamdulillah, kami dapat parking betul2 depan stadium.


Dearest hubby

Dah selesai snap! snap! depan stadium, kami masuk bandar Manchester dengan niat nak cari Restoran Melayu Ning sbb baca dalam internet katanya bukak hari krismas tapi tak jumpa pulak. Tapi, jumpa banyak restoran halal, rasanya restoran mamak/pakistan tapi semuanya tutup. Alahai...

Kami singgah di stesen minyak untuk beli sedikit bekalan @ junk food yang ada tanda daun yakni 'suitable for vegetarian', panadol dan buku peta UK. Kami balik ke hotel, cari topi dan gloves Iman tapi tak jumpa. Kepala papa pulak makin sakit. Papa cakap kesejukkan menyebabkan kepala papa makin berdenyut. Eloknya zohor dah masuk, kami jama' takdim Zohor dan Asar. Kami memang bawak kompas kiblat yang papa beli suatu ketika dulu di Malaysia. Tiap kali kami travel, kompas kiblat akan kami bawa bersama. Sebelum bertolak ke sini, kami print waktu solat di Manchester, Nottingham dan London supaya kami tahu solat dah masuk. Sini azan tidak berkumandang.

Pastu papa cakap, 'Ish! tak nakla datang sini dok dalam hotel ajer..' Mama sebenarnya takut sakit kepala papa bertambah. 'I'm ok..' ungkap papa dan menelan panadol, papa ajak menjelajah bandar Liverpool.

Friday, February 5, 2010

Trip ke UK (IV)

Niat utama kami ke UK nak bawak anak2 main snow. Sepanjang mama berada di UK (94-97), snow x penah turun sebelum 25 Dec, normally January. Dua minggu sebelum bertolak, mama e-mail sorang x-colleague UUM yg buat PhD di UK samada ada kemungkinan x snow turun masa kami berada di sana. Kawan mama bagitau snow x turun time tu, snow biasanya dlm bulan Jan/Feb. Bila mama bagitau papa, papa cakap x pelah, kita try carik snow di Scotland. Susah jugak hati mama masa tu, takut Abang dan Jat frust sebab dah banyak kali cakap nak ke UK dan main snow.


Kami dah book hotel, 2 malam pertama di Manchester. Beberapa hari sebelum bertolak, papa yang mula bersuara garau balik dari ofis bagitau Manchester dah turun snow, salji tebal pulak tu dan airport Manchester terpaksa ditutup. Hati mama berbunga kembali..at least anak2 boleh main snow. Tapi, ingat pengalaman masa belajar dulu, hari ke-3, snow dah mula mencair. Alahai..kalau sampai, snow dah cair mmg x syok.

Kami tiba di Heathrow, London pukul 6am waktu tempatan. Dalam airport tak sejuk sangat, kami cuma pakai sweater. Keluar jer dari airport ke kereta, sejuk sangat2, dahla hujan rintik2, cepat2 kami pakaikan anak2 kami baju tebal.


Since kami akan bermalam di Manchester, orang yang kami sewa kereta bagitau jalan keluar dari kawasan airport dan masuk highway M4. Anak2 yang dah teruja asyik bertanya mana snow. Masuk jer highway M4, yang hanya beberapa minit dari kawasan airport.. jeng, jeng, jeng... SNOW!!! Ya, Allah..memang snow memutih sepanjang highway. Anak2 dah x sabar nak main snow tapi kat UK ni, mana boleh main hentam parking tepi jalan. Terpaksala mendengar rengekan anak2 yang beberapa kali suruh papa berhentikan kereta sebab nak main snow.

Kami pulak since GPS (yang papa download thru handphone) still x der line, kami slightly 'mutar itik'. Kami pulak dah terlupa arahan orang yang sewa kereta tadi, lepas masuk M4 kena masuk M4 East atau West. GPS still tak berfungsi, anak2 tak sabar2 nak main snow. Last2 kami follow signboard ke Birmingham. Mama mententeramkan anak2, kasi breakfast yang dipack dari Saudi Airlines. Sekotak makanan berisi bermacam2 jenis junk food diletak berdekatan dengan anak2. Kami janji dengan anak2, kalau ada R&R(di UK dipanggil Break), kami akan stop dan anak2 boleh main snow.

Akhirnya kami tiba di pit stop pertama (Break). Tempat Break ni snow tak sebanyak kami tengok sepanjang perjalanan tetapi anak2 teruna penuh teruja menyentuh snow untuk kali yang pertama, err.. begitu jugak bapa kepada anak2 teruna itu..heheh.


Pit stop pertama, snow sikit jer..

Pastu entah berapa kali kami melakukan pit stop sebab mata mama dan papa mengantuk yang teramat sangat, semalaman tak cukup tidur. Nasib baik anak2 pun kerap tertidur dalam kereta, kurangla stress kami yang memang dah kepenatan maut.


Premier Inn, Manchester

Kami tiba di Premier Inn Manchester pukul 2.30pm. Hotel tempat kami menginap dikelilingi snow. Masuk hotel, nampak jer katil seriously, mama rasa nak meloncat 'toing' ke atas katil dan zzzzzz sepuas hati. Nasib baik pihak hotel kasi satu beg kecil sorang untuk setiap anak2. Dalam beg kecil tu ada colouring contest dan crayon. Awal2 sibukla anak2 teruna dok mewarna. Bila tengok hadiah utama yakni menginap secara percuma hotel di UK dan kesungguhan sorang2 anak2 dok mewarna, berbunga jugakla hati mama ni nak masukkan anak2 dalam contest tu.

Iman khusyuk mewarna

Bila tengok camner anak2 teruna mewarna yang seninya mama tak berapa faham, muka warna hijau, tangan kiri warna merah, tangan kanan warna hitam, ada pulak yang gambar sampai tak nampak apa2 dah... geram jugak mama nak ambik dan kaler sendiri pastu letak nama anak2.. hihihi..

Nak kaler warna apa yer?

Papa pula demam. Mama minta papa tunggu sehingga selesai semua solat baru tidur. Boleh rehat sampai ke pagi. Kami solat jama' takhir zohor/asar di hotel. 3.15pm dah masuk waktu maghrib (winter - siang hari pendek), kami solat jama' takdim maghrib/isya'. Papa rehat dan tidur sampai ke pagi.

Mama dok melayan karenah anak2 yang dah mula bosan mewarna. Anak2 teruna mama ni tak sah kalau x main bukak tutup suis lampu, on dan off suis heater. Abang dan Jat yang dok mengintai keluar tingkap, asyik ajak mama main snow. 'Jomla mama, Jat/Abang nak buat snowman..' rengek Abang dan Jat. Mata mama pulak dah mengantuk sangat5x. Dalam hati berharap sangat, 'Tidurlah wahai anak2ku, mata mamamu ini kalau letak batang mancis pun, pasti patah batang mancis tu..'. Masa tu dah pukul 5pm lebih. Mama memang tak mampu nak jaga empat2 anak teruna main snow. Mata pula mengantuk yang teramat. Abang dan Jat dah mula merajuk. Mama pujuk Abang dan Jat, kalau Iman dan Apik tidur, kita turun main snow. Mama promise, janji mama pada Abang dan Jat walau mata dah rasa berat sesangat. Abang dan Jat setuju dan kembali ceria.

Bila Apik dan Iman mintak susu, mama tau ada can untuk tidurkan kedua2 si kecik nih dalam masa yang sama mama juga perlu penuhi undangan mata mama yang dah x boleh nak bukak ni. Mama baring bersama Apik dan Iman.. err..mama yang terlelap dulu..hihi.. Tiba2 dengar bisikan, 'Mama, Apik dengan Iman dah tidur, jom main snow..' Alhamdulillah, tidur yang sekejap itu cukup untuk memberi tenaga kepada mama untuk penuhi janji mama pada Abang dan Jat. Lagipun 12 tahun tak main snow, jiwa kanak2 mama masih utuh lagi. Mama pun tak sabar nak main snow...hihihi.. 'Yeay' sorak Abang dan Jat dengan suara yang perlahan bila tengok mama bersiap. 'Jom...shhhh' ujar mama, pastu kami gelak mengekek2 sambil tutup mulut dan keluar dari bilik hotel sebijik macam budak2 nakal yang tunggu mak bapak tidur dan keluar merewang...hahaha...


Sneak out to play snow ball!

Apalagi mama, Abang dan Jat main snow ball sepuas hati kami malam tu..hihihi. Belakang hotel ada satu bukit yang sudah diparas setinggi 2m.. memang syok Abang dan Jat naik atas bukit dan menggelongsor turun...yang paling kelakar mama tengok bila Abang dan Jat pretend jadi penguin, meniarap dan menggelongsor. Mama rasa seronok dan puas hati sangat2 bila tengok impian Abang dan Jat nak main snow tercapai..