Tuesday, August 18, 2009

Happy B'day Apik Mama..














Hari ni b'day Apik yang ke-3. Mama ingat lagi, masa Apik kecik semua orang cakap Apik baik. Che Long Siti cakap, Apik nampak cool aje. Che Long Aida (SIL) cakap dia tak pernah dapat anak yang sebaik Syafiq, tak banyak merengek masa kecil2..

Masa mama mengandungkan Apik, 110% mama confident mama akan dapat anak pompuan sebab rasa lain sikit mengandungkan Apik. Asyik nak something yang berbau rose ajer. Mama beli pencuci muka berbau Rose supaya gian pada bau Rose masa mengandung tu berkurangan. Mama suka tengok tennis, sebab dah confident sangat dapat anak pompuan, tiap kali Maria Sharapova main, mesti mama tenung jer orangnya. Mengikut petua sesetengah orang, kalau nak anak secantik/sehensem sapa2 tengoklah sentiasa muka orang tersebut. Sebab berkenan sangat kat Sharapova, mama nak anak pompuan secantiknya..hihi..

Mama bersyukur yang keluar ialah Wan Ikhwan Syafiq. Masa mengandungkan Syafiq, Papa sedang sibuk gotong-royong buat surau Al-Ikhwan. Kami menamakan Syafiq sempena nama surau tersebut.

Memang dari kecik sampailah sekarang, Apiklah anak mama yang paling tak banyak karenah. Dari kecik Apik suka tidur awal, bangun pagi tak merengek. Walaupun Apik masih hisap botol sekarang, Apik dah tak bangun malam.

Sebab Apik terlalu baik, mama kerap terlepas pandang pada Apik. Mama kerap melayan Iman, Abang dan Jat dari melayan Apik. Mama memang tak perasan sehinggalah masa mama balik bercuti di Kelantan, mama kerap ternampak Ayah Chik sentiasa melayan Apik. Mama tanya Ayah Chik, nape suka layan Apik, Ayah Chik jawab, 'Napok K.Da tok berapo cagho sangat ko dio..'. Mama rasa macam satu tamparan hinggap di muka mama..masa tu baru tersedar kebenaran kata2 adik mama itu..

Sejak berpindah ke sini banyak perkara menyebabkan mama rasa cukup tersentuh hati dengan kebaikan Apik. Mama masih ingat, masa tu mama tengah mandi. Apik tersedar, padahal papa ada tidur sebelah Apik. Bila mama melangkah keluar dari tandas tengok papa dah bangun. Mama pun terasa pelik kenapa papa dah bangun, hari masih awal. Papa cakap nampak Apik dok tercongok tunggu depan tandas nak susu. Tu yang papa bangun.

Kebiasaannya, Apik dan Iman tidur siang hari pada waktu yang sama. Entah kenapa satu hari tu Apik terlelap depan TV terlalu awal. Iman masih ceria lagi. Bila tengah hari, Apik dah segar bugar, Iman pula nak tidur. Kepenatan, mama terlelap bersama Iman. Beberapa kali mama tersedar dan ternampak Apik duduk di kepala mama. Bila mama betul2 sedar, mama tanya, 'Nape Apik tak main kat luar?'. Apik jawab, 'Apik tunggu mama...mama dah tak penat? Apik nak susu..'..

Dua tiga hari lepas, tengah malam Apik datang bisik di telinga mama Apik nak susu. Mama rasa malas pulak nak bangun malam tu. Mama cakap kat Apik, Apik minta dengan papa. Beberapa kali mama suruh Apik minta dengan papa. Mama nampak Apik berjalan ke arah papa. Pastu mama terlelap. Esoknya papa cerita, terkejut papa sedar2 tengok Apik berdiri kat tepi katil sebelah papa. Bila nampak papa buka mata, baru Apik cakap Apik nak susu..

Tapi, Allah swt itu sentiasa menguji hambaNya. Walaupun Apik baik dan tak banyak karenah, Apik kerap tidak sihat. Masalah keturunan asma turun kepada Apik. Sudah dua kali dimasukkan ke hospital.

Pertama kali masuk wad kerana jangkitan kuman di paru2. Mama ingat sampai sekarang. Masa tu mama hairan kenapalah Apik tak nyenyak tidur. Bila mama stop buai, Apik berbunyi 'uh..uh'. Dua jam begitu, mama angkat Apik dan mandikan. Selesai mandi, Apik memang tidak bermaya. Hanya terbaring dan tidak bergerak dan memejamkan matanya kembali. Mama cuba menelefon papa beberapa kali namun tidak bersambut kerana papa sedang meeting. Mama tinggalkan mesej kepada papa.

Agak sasau dan rasa sebak mula menyesakkan dada. Mama minta Abang dan Jat bersedia, mama kemaskan barang2 Apik. Hati naluri mama merasakan Apik akan ditahan dalam wad. Mama angkat Syafiq yang tidak bermaya ke dalam kereta. Abang dan Jat mengikut sahaja. Mama bawa aje kereta tak tahu samada nak menuju ke hospital swasta atau hospital Putrajaya. Berlegar2 mama seketika cuba untuk mencari jawapan yang terbaik dalam keadaan separa sasau itu. (Papa baru tiba dari ofis memangku Syafiq yang tidak bermaya)

3 hari sebelum sudah ke hospital Putrajaya. Sudah terlalu arif dengan karenah hospital kerajaan, mama berniat untuk bawa Syafiq ke hospital swasta. Dalam mama berlegar2 itu papa telefon minta mama tunggu sehingga papa tiba dirumah. Mama menuju ke rumah menunggu papa. Bila papa tiba kami membuat keputusan untuk bawa Apik ke hospital swasta. Company papa tidak menaja perubatan anak dan isteri. Papa dan mama sanggup berhabisan beribu ringgit demi kesihatan Apik. Asalkan Apik sihat dan ceria kembali, itu sahaja harapan mama dan papa.

Syafiq memang perlu diwadkan. Mama ingat lagi, hari tu Syafiq masuk wad, keesokkan harinya bulan Ramadhan. Mama memulakan Ramadhan di hospital. Masa tu juga mama sedang mengandungkan Iman 6 bulan. Keluarga mertua banyak membantu ketika ini. Mami datang ke hospital mengambil Abang dan Jat untuk tidur di rumahnya.(Diwadkan kali pertama berusia setahun)

Masa di hospital, Apik perlu dibuang kahak menggunakan alat khas. Kami berdua perlu tabah ketika proses dijalankan. Syafiq dibalut kemas dengan kain selimut kecil supaya tidak dapat bergerak. Pergerakan yang kuat boleh membawa kepada pendarahan. Papa dan mama sendiri yang perlu memegang Syafiq yang sudah dibalut kemas dalam selimut kecil. Wayar jernih dimasukkan ke dalam hidung dan mulut. Sesekali ternampak darah keluar. Raungan Syafiq cukup menyentuh hati. Hati ibu mama perlu kuat. Mama cuma mahu sayang mama cepat2 sihat.

Pada awalnya, Jat sempat merakamkan proses ini. Tapi, disebabkan kami berdua tidak tahan melihatnya, kami 'delete'kan sahaja.

Alhamdulillah, 5 hari berkampung di hospital, Apik sihat kembali. Masa tu Apik genap setahun.Apik kurus selepas keluar dari hospital..

Kali kedua, Apik masuk wad lagi pada hari raya kedua di Hospital Raja Perempuan Zainab I (dulunya dikenali dengan HBKB), juga lung infection. Mama tetap setia menunggu Apik sehingga Apik sihat. 3 hari berkampung di hospital. Nasib baik keluarga mama di sisi. Umi, Ayah, adik-beradik dan ipar semua memberi sokongan padu dengan menolong tengok2kan Abang, Jat dan Iman yang baru berusia 8 bulan. Umi puji Iman. Umi cakap senang tidurkan Iman. Gosok2kan kepalanya, Iman terlelap. Baik budak ni, ujar Nek Mi pada mama. Alhamdulillah semua Allah swt permudahkan. Masa Apik diwadkan kali kedua, Apik genap dua tahun.

Doktor yang melihat rekod Syafiq mengkategorikan penyakit Apik sebagai yearly event!

Semalam masa mama nak solat maghrib, mama cakap kat Apik, 'Esok b'day Apik. Esok Apik 3 years old..'. Apik diam saja. Apik cakap Apik nak solat dengan mama. Mama ambik sejadah kecik untuk Apik. Mama cakap kat Apik, 'Kalau Apik rajin solat, nanti Allah swt sayang Apik, mama pun sayang Apik.' Apik tanya mama, 'Nanti Allah sayang Apik yer mama?'. Mama jawab, 'Yelah, Apik solat pastu Apik doa pada Allah swt supaya Apik sentiasa sihat.' Mama sentiasa percaya doa anak2 kecil ini akan dimakbulkan.

Tiba-tiba Apik cakap kat mama, 'Mama...Apik tak nak sakit lagi...Apik tak nak cucuk kat tangan lagi...Apik sakit cucuk kat tangan'..

Hari ni B'day Apik, Apik tak berapa sihat. Muntah2. Ni Apik sedang tidur kepenatan selepas muntah entah untuk kali ke berapa. Mama doakan sayang mama semoga cepat2 sihat...

Tuesday, August 4, 2009

Laksam @ isteri solehah

Pagi tadi Kak Dawiyah, satu2nya jiran Malaysia mama yang menyewa kat atas nih kasik laksam. Bessstttttnyer..dah lama tak makan laksam. Kuah laksam tu asli dengan bunga kantannya, dengan daun kesumnya...nyum..nyum...laksamnya vercemilli tapi asalkan kuahnya laksam tak kisahlah. Suami Kak Dawiyah balik Malaysia sorang2 minggu lepas atas urusan penting, tu yang Kak Dawiyah ada semua bahan2nya dan mama cukup bertuah berjiran dengan Kak Dawiyah yang hari2 hantar makanan..heheh..

Ingat tadi nak baham sorang2, tiehee...lagipun bukannya hubby tahu...kikikik... Handphone pulak tengah2 syok tepon cakap dengan my dearest Umi habis kreditlak. Niat untuk mengkhabarkan kisah bahagia makan laksam to hubby pun berkecai. So, dia tak tahu ler ada laksam kat rumah nih..hihihi... Hmmmm...nak habiskan ke tak yer? Tapi, nak jadik isteri solehah..share..share dengan hubby, almaklumlah nak telan laksam kat sini payah bangat... Hmmmm...makan daun kesum saja aci tak? Mama suka dan rinduuuuuuu kat daun kesum... Oit, tadi kata nak jadi isteri solehah! Dah, pi simpan dalam peti! Ngeeee...

Saturday, August 1, 2009

Jumping Rope @ Tali Skipping

Masa kecik2 dulu, suka main 'tali skipping' nih. Minggu lepas, pegi beli barang2 dapur di Tarmimi Market ternampaklak tali skipping, terusla rembat. Niat di hati nak 'mengecil'kan badan. Lagipun, mama aim 56kg by the end of this year. Alamak lagi 5 bulan! Sejak dok sini selama 2 bulan rasanya badan macam dipam2. Kalau bersenam pun setakat vacuum dan mengemop. Pastu jalan dalam 10 kaki ke tempat jemur kain yang jugak dalam rumah. Bersenam yang paling kerap ialah berjalan ke dapur dan ngap! ngap! ngap!

Shopping Mall kat sini bukan macam kat Malaysia yang tiap2 floor ada mesin penimbang. Kalau kat Alamanda, satu floor tu entah berapa mesin penimbang. Shopping mall kat sini memang tak de langsung mesin penimbang...Tak tahula berapa berat mama sekarang..

3 jam lepas beli, sebelah tempat pemegang dah tercabut. Tak perasan pun bila masa la anak2 teruna mama ambik tali skipping mama nih bawak masuk dalam bilik mereka. Siap tutup pintu lagi. Bila mama bukak pintu, Jat ikat hujung 'tali skipping' tu kat pinggang dan berdiri di tepi katil, manakala Abang dan anak jiran, Umar duduk di hujung katil sambil menarik tali skipping dari hujung sebelah lagi satu. Pastu Jat cakap, 'Pegang kuat-kuat!', Abang dan Umar tarik tali skipping tuh sekuat yang boleh dan 'toing' Jat melompat dari katil yang setinggi peha mama.. Ekekekek.. mama tergelak.. sebijik macam bungee jumping..

'Tali skipping' tu boleh digunakan walaupun sedikit kurang selesa sebab sebelah tak de pemegang. Hari mama mula2 beli, terus mama bersenam dengan tali skipping tanpa warm-up dulu sebab ter'over' excited tambah2 terkenang zaman kanak2 dulu dan ingatkan ek..eleh..semese' (tu dalam loghat kelate, translationnya ..ek..eleh.. toooooo easy...hihihi..). Eheh..terlupalak badan dah berkali2 ganda kembangnya dari zaman kanak2 dulu dan dah lama tak bersenam, 2 kali lompat jer, mama dah semput tahap gaban..kuang, kuang, kuangggggg... Jantung punyala berdenyut kencang...kes lamaaaa tak bersenam, tiba2 toing! toing! toing! melompat..darah pulak rasa menyelinap naik ke kepala..heheh..

Hari ni masuk hari ketiga bersenam dengan tali skipping. Start dengan warm-up dulu, pastu alhamdulillah dapatla mencecah 10x lompat eeeerrrkkkk... still mengah-mengah tahap gaban lepas toing! toing! 10x. Pastu ngada2 sikit cuba lompat dengan tali pusing ke belakang. 2x kali toing! toing! Pastu tak lepas..heheh..tapi memang rasa macam selama ni darah tak berjalan dengan lancar kes tersangkut kat lelemak yang berkumpul dalam saluran darah, lepas toing! toing! rasa segar sikit..ooops..lupa nak cakap, toing! toing! tu dibuat dalam bilik tak de air cond yang kepanasan di luar rumah mencecah 43 darjah celcius..Semalam mencecah 49!