Sunday, June 21, 2009

Umrah

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik dari umrah dalam keadaan tenang dan selamat walaupun mama tak berapa gemar dengan goyangan kapal terbang tiap kali merempuh awan tebal. Since bawa semua anak2 teruna, satu dua keluarga Malaysia yang kami bertembung di airport menegur sapa kami tambah2 tengok papa, abang dan jat dalam ihram. Syafiq atas dukungan papa, manakala Iman pula atas dukungan mama. Sebenarnya mereka dok wonder camne kami nak buat umrah dgn anak2 yang masih kecil.

Alhamdulillah walaupun dengan anak2 kecik, Allah swt permudahkan segala urusan. Sebenarnya sepanjang perjalanan dan seminggu sebelum bertolak, kami sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala2nya. Maklumlah kali pertama buat umrah, dengan anak2 yang masih kecil pulak tu, tak tau apa nak expect cuma mengharapkan dapat beribadat dengan tenang.

Kami tiba di Mekah lebih kurang pukul 2 pagi. Memandangkan semua anak2 terjaga dari tidur, mama dan papa membawa kesemua anak2 teruna kami ke Masjidil Haram. Kami memang tak sabar nak tengok Kaabah. Subhanallah, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan bila lihat Kaabah tersergam di depan mata. Selama ini hanya tengok di atas sejadah sahaja..

Kami melakukan tawaf secara bergilir2. Mama tawaf dulu bersama-sama dengan Abang dan Jat. Alhamdulillah kedua2nya sabar sehingga selesai tawaf. Semasa mama, Abang dan Jat tawaf tak ramai orang sebab masa tu baru pukul 3 pagi. Kami sebenarnya dinasihatkan oleh rakan sepejabat papa yang telah kerap melakukan umrah supaya kami melakukan tawaf pada waktu tersebut memandangkan orang tak ramai.

Apabila selesai tawaf, mama tak jumpa cari papa yang sedang jaga Syafiq dan Iman di dalam Masjidil Haram. Mama tinggalkan 'hint' kepada papa bahawasanya mama, Abang dan Jat dah balik ke hotel dengan mengambil selipar yang diletakkan bersama dalam satu plastik di rak 10, pintu 1 dan tinggalkan plastik tersebut yang hanya berisi selipar papa dan Syafiq. Papa yang terperasan selipar kami telah tiada faham bahawa kami telah meninggalkan Masjidil Haram dan pulang ke hotel.

Dalam pukul 4.30am, Abang dan Jat terlelap kepenatan. Sementara Syafiq dan Iman yang tak penat2 memulakan operasi reliabilility test ke atas suis2 lampu dan memanjat perabot. Papa turun melakukan tawaf. Kepenatan, akhirnya Syafiq dan Iman pun tertidur. Selesai tawaf papa naik semula ke hotel. Pada awalnya papa mencadangkan kami sekeluarga sa'i bersama. Mata mama pula tak rasa nak pejam, pastu kepala lak rasa gatal2. Takut terlanggar pantang larang ihram, mama minta izin dari papa untuk lakukan sa'i sendirian. Papa izinkan.

Masa sa'i, airmata rasa nak mengalir mengenangkan kesukaran Siti Hajar mencari2 air dalam kepanasan, sendirian di padang pasir yang sepi untuk si anak yang masih kecil, Nabi Ismail. Naluri ibu memang cukup tersentuh waktu tesebut. Round ke-4 memang dah rasa slightly penat, tapi fikirkan kesukaran Siti Hajar manakala mama pula hanyalah berjalan di bawah kipas yang sentiasa berpusing untuk menyejukkan badan dan lantai yang telah di 'tile' elok dan bukan berjalan di atas pasir yang panas, barulah mama terasa selama ini hidup mama jauh lebih baik dari Siti Hajar tapi mulut mama tak reti2 nak bersyukur.

Alhamdulillah, mama berjaya menyelesaikan sa'i dan pulang ke hotel untuk bertahalul. Papa pula turun sa'i dan seterusnya bertahalul. Alhamdulillah Mama dan Papa selesai melakukan umrah buat pertama kalinya.

Namun, kami berdua akui yang kami kurang berpuashati dengan umrah pertama ini sebab kami hanya melakukan perkara wajib dan rukun sahaja, yang sunat2 kami tidak begitu berkesempatan di atas kenaifan kami tentang banyak ibadah dan doa2 sunat. Insyaallah, sekira ada kelapangan kami akan ke sana lagi dalam keadaan yang lebih bersedia.

Semasa umrah, barulah mama tersedar tentang betapa selama ini solat mama bukan setakat solat tahap compang camping, malah ditahap koyak rabak. Malunya pada Yang Esa, yang teramat menyayangi mama tapi mama pula hambaNya yang cukup lalai. Mama juga terasa di sana mama mesti sentiasa mendidik hati supaya sentiasa berfikiran positif tiap kali melihat perkara yang kurang menyenangkan.

Mama juga terperasan selama 9 tahun berkahwin, walaupun tak pernah dapat hadiah anniversary, ini adalah hadiah yang tiada nilainya. Thank you so much to my dearest hubby. Inilah hadiah yang memang milik mama seorang iaitu dapat beribadah dengan tenang dan hanya denganNYA.

Dalam perjalanan pulang, Dang Anum cakaplah kat Abang Tuah, 'Abang Tuah, Dang Anum tak naklah hadiah di Jarir Bookstore yang Dang Anum cakap tuh. Dang Anum rasa kalau Dang Anum dapat, Dang Anum lagi leka dan lalai.' ungkap Dang Anum dengan nada yang insaf. 'Yelah, benda tu buat Dang Anum lagi bergaduh dengan anak2' tambah Abang Tuah.. Amboi, Abang Tuah nih, Dang Anum dah angkat bendera putih, sempat lagi dia kasik penumbuk sebijik!





Tuesday, June 16, 2009

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapaan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.

Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem focus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!

Berpusat di New York , Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood , Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh.

Eseinya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA .

Points:

1. Makan banyak ikan... jgn makan kepala...

2. Jgn campur makanan darat & laut (rasulullah pun buat macam nie)

3. Byk makan kacang (badan, gajus, etc), kurma & susu

4. Masa mengandung, dengarkan bayi ayat2 Quran... ibu buat soalan2 matematik...

5. Jgn merokok!...

wassalam...

Wednesday, June 10, 2009

Macam ayam dengan itik

Tonsil mama kembali lagi disebabkan cuaca yang teramat panas. Tonsil mula membengkak malam balik dari Auction Market disebabkan terlalu lama berjalan dalam bahang menyebabkan tekak rasa perit dan kering. Balik2 terus minum air banyak2. Esoknya pun minum air dengan banyak jugak tapi tonsil semakin membengkak. Beberapa hari jugakla menahan sakit tonsil sampailah hari Rabu, memang dah tak tahan sangat. Bukan setakat tak boleh nak makan, minum air pun kena sip aje, memang ayu habislah. Nak menguap pun tak boleh sebab sakit sangat2.

Hari tu anak2 mama ni memang ceria habislah sebab mama tak boleh nak pot pet pot pet... Hari tu no rules and regulations, buatla apa yang anak2 teruna mama nak buat asalkan mama bahagia... Selain dari menyediakan makan minum dan mandikan anak2, mama menghabiskan masa dengan baring aje sebab badan jadi sakit2. Nak dijadikan cerita pulak, Syafiq dan Iman cirit-birit hari tu. Nak tak nak terpaksalah berulang beberapa kali ke tandas melangsaikan urusan Syafiq dan Iman walaupun badan rasa cukup tak sihat dan lenguh2.

Hari tu jugak mama rasa cam jadik isteri yang cukup solehah sebab bercakap dengan papa pun sepatah dua kata ajer. Cakap pun lembut, baik dan cukup berhalus...hihi.. Papa yang amat simpati dengan mama terus bawa mama ke hospital swasta kecil2an atau lebih dikenali dengan Dispensary, lebih kurang cam hospital swasta kat M'sia. Cuma di M'sia kalau cakap hospital swasta memang canggihlah, kat sini biasa2 ajer..

Bagunan Dispensary ni...camner nak cakap yek? Lebih kurang macam dok tahun 80-an. Bangunan Hospital Raja Perempuan Zainab (HKB) lagi canggih. First time sepanjang mama berada di sini, ni lah satu2nya tempat yang ramai pompuan dari lelaki. Registrarnya 2 perempuan muda berbangsa Arab berpurdah dan seorang lelaki lembut Filipino pakai seluar jeans dan T'shirt. Mama tak tahu sebenarnya kat mana nak register sebab yang ditulis Window 1 dan Window 2, lain2 dalam bahasa Arab. Bila sampai turn mama, mama tanya, "Register?", minah Arab tu cakap, "1 second, please". 1 second tu lamala jugak menunggu, macam tak nak layan jer..hmmm.

Masa belum datang sini, memang papa ada citer kat mama, orang2 Arab tak layan sangat foreigners. Papa citer kita ni dilayan macam Mat Indon atau Mat Bangla kat M'siala. Yelah, dah jadi perantau, kena accept and be positive. Lagipun kita datang sini bukan nak cari hal, nak cari rezeki. As much as kita tak suka foreigners datang buat kacau kat negara kita, cam tu lah jugak diaorang, though kita semua sama2 muslim..

Bila minah Arab tu datang balik kat tempat register, mama kasi pasport mama. Dia tanya mama something yang mama pun tak sure dalam bahasa Arab ke B.I. Dengan bangganya mama cakap bahasa Arab pertama, 'Mafi Arabic, English?'. Minah Arab tu cakap, 'Problem..'...oooo, tanya sakit apa rupanya. Mama cakap tonsil sambil tangan tunjuk kat leher. Entah apa dia menaip tapi lamala.. Minah Arab tu pun kasi kat mama sekeping kad dan pasport mama, pastu minah tu cakap 'seven..'. Mama pun berlalu dan cakap kat papa, bilik no 7. Kami pun carik2 kat bawah, tak de lak bilik no. 7 nih..

Sambil2 carik bilik tu, papa tanya mama, 'Wi sale dok takdi?', 'Dok' jawab mama ringkas. Papa terperasan kot si Minah Arab tu cam tak nak layan mama ajer. Papa pun explain kat mama, kat sini kalau nak layanan yang ok sikit dari orang2 Arab kena kasi salam, kalau tak dia ingat kita ni Filipino. Kat sini Muslim ke, tak muslim ke kena pakai hijab/tudung. Tapi, sepanjang dok jalan2 ramai jugak Filipino tak pakai tudung, tapi jubah hitam memang diaorang pakai.

Ada satu lagi kaunter kat bawah, mama pun menuju kesana. Yang jaga kaunter tu minah India. Mama pun tanyala bilik no. 7 dok tang mana, minah tu cakap kat atas. Nak naik atas kena lalu kaunter register balik, sekali minah Arab yang mama register tadi kuit2 kat mama dan mama nampak dia tergelak. Apahal pulak si minah ni? 'I mean 70 riyal..' katanya. Kikikik mama gelak dan si minah Arab tu pun tergelak, ingatkan bilik no. 7, rupanya tadi dia cakap kena bayar 70 riyal. Kat sini bayar dulu baru dapat servis. Bila dah bayar, dengan mesranya minah Arab tadi cakap, 'Room 11, upstairs..' Bagus jugak mama buat lawak tadi, kurang2nya minah Arab tu dah mula nak mesra dengan mama nih..heheh.

Naikla 6 beranak ni kat atas. Masa naik tu nampak ada doktor dalam bilik 11 dan 2 orang pesakit dok menunggu kat tepi bilik no. 11. Tapi, tak dipanggil2 pulak. Doktor tu pun nampak cam bosan jek, terus dia keluar dari bilik dan naik ke satu lagi tingkat atas. Mama pun duduk tercongok ngan papa kat tepi bilik no 11 tu. Anak2 mama seperti biasalah mulala buat macam hospital sendiri. Berlari, berkejaran dan menjerit2. Tapi, satu perkara yang mama rasa cukup heranlah, anak2 orang Arab ni tak penah pun bising. Camner diaorang didik anak2 diaorang ye? Anak2 mama ni pegila mana2 memang cepat mesra dengan satu2 tempat tu, so kalau anak2 mama tak menjerit pun anak mama yang sorang paling polite tu akan melalak-lalak..aduhaiiii..

Punyala lama menunggu, baru nampak minah Arab yang kat register tadi bawak naik kad. Rupanya kad tak sampai, patutlah doktor tadi keluar. Bosan kot menunggu..Nurse Filipino yang assist doktor bilik no 11 ni dah sampai, doktorlak tak turun2. Rasanya doktor tu naik minum2, sebab tengok semua doktor naik atas sana. Anak2 mama dah mula makin mesra dengan hospital ni, Iman yang kecik pun tumpang sekaki main kejar2. Anak2 mama ni jenis yang cepat mesra bukan saja dengan tempat tapi jugak dengan orang, tup, tup, tengok2 diaorang dah start main2 ngan anak2 Arab. Kira2nya anak2 teruna mamala yang mengajar anak2 Arab tu supaya main bising2 sikit...haha... tapi, anak2 Arab tu tetap sopan, taklah bersuara sangat tapi dok mengikut anak2 teruna mama main lari2...

Since, mama dok menahan sakit tonsil dan perut pun memang laparrrr since tak leh nak makan sehari suntuk..sekali lagi perangai 'Don't bother' mama menyelinap kat dalam diri nih. Papala tukang tengok anak2. Kesian jugak kat papa, dahlah penat baru balik keje, pastu kena layan karenah anak2 kat hospital pulak. Papa dok suruh anak2 mama duduk diam2, tapi semuanya tak makan saman. Dan mama pulak sedikit pun tak bangun membantu, apalaa mama nih..'I'm in pain, sayang..' terdetik dalam hati mama..heheh..

Pastu tengok macam doktor jugakla datang menjenguk bilik no 11, pastu dia naik atas. Pastu tengok doktor no 11 pun turun. Barulah satu per satu pesakit yang tiga orang nih dipanggil. Mama yang ketigalah..sorang2 masuk punyala lama. Bila turn mama, patutla lama doktor ni memang peramah orangnya. Doktor lelaki yang sudah berusia.

Kali ni mama kasi salam kat doktor nih, teringat pesan papa. Nursenya pula rasanya Filipino Muslim sebab dia cover rambut sepenuhnya compare dengan nurse Filipino yang lain. Bila dah kasi salam, mama duduk. Tempat duduk tu mengadap doktor macam interviewlah, bukan duduk tepi doktor macam kat M'sia.

Mama: English?
Dr: Ok..problem?
Mama: Tonsil
Dr: How long?
Mama: Few days, today is the worst..can't swallow anything except water..
Dr: Fever?
Mama: No
Dr: Something come out from nose? (hingusla tu..)
Mama: No
Dr: Ears?
Mama: No
Dr: Any body pain?
Mama: Yes..(dalam hati terfikir camner dr tahu mama sakit2 badan yek? Kalau jumpa dr2 biasa sebelum ni check tekak jer, kasik antibiotik..tak penah tanya detail)
Dr: You must be having this for a long time..(wah! cekapnyer doktor nih, macam tau jek dah lama mengalami masalah tonsil. Cuma bila dah kawin, masalah tonsil hilang)
Mama: Yes
Dr: How many times a year?
Mama: errr...actually, my tonsil stop when I got married. It comes back again since my husband left to come and work here..heheh (gelak sopan)
Dr: Wakakakaka..(gelak sakan si dr nih, pandai gak mama buat lawak lagi sekali).
Nurse: Kikikik..
Dr: Blame it your husband..wahahah..where are you from?
Mama: Malayzi (kat kad mama nationality ditulis Malizi, Pak Arab memang panggil M'sia, Malizi), came here last Thursday..
Dr: Ahlan Wasahlan
Mama: Thank you (mama patut cakap Syukran..lupalak masa tu..)
Dr: eeerrrk..how many times a year (referring to tonsil mama), 2 times, 3 times?
Mama: more..(masa zaman lum kawin dulu memang kerap sangat2)
Dr: Ok..(tunjuk supaya mama duduk kat kerusi macam kerusi kat dentist tu. Kerusi tu lagi jauh dari doktor)

Nurse start check temperature dan tekanan darah mama. Pastu doktor datang duduk depan mama. Kat tepi mama tu ada satu mesin yang sama besar dengan freezer (freezer yang biasanya digunakan untuk frozen food tu). Doktor ambik macam topi besi dan letak kat atas kepalanya, sekali tengok sebijik cam citer 'Back to the Future'. Ditekannya suis kat mesin tu.. TING! menyala lampu kat topi doktor tu. Oh! Lampu suluh rupanyer..heheh. Doktor suruh mama nganga dan check dalam mulut.

Dr: oooooo...too big, on your left..(memang sakit sebelah kiri pun..). You know what....I suggest you to.....(doktor tunjuk macam nak pancung kepala gitu..)
Mama: You mean remove it?
Dr: Yes. You know, it will come back..it will disturb your life, you cannot concentrate on your work (Wah! Doktor ni memang ariflah..memang sepanjang dok sakit tonsil 3/4 hari tu, asyik rasa nak marah ajer kat anak2, buat keje yang wajib aje..mandikan anak2, masak, cuci baju (guna washing machinela..), jemur dan angkat kain. Pastu baring aje, ngemas rumah memang not in the mood. Kepala asyik dok fikir..Sakitnya..nape tak leh telan nih? bila papa nak sampai nih..nak rehat..nape budak2 ni bising? Diamlah!)

Dah siap semuanya. Doktor kasi slip sebesar A4. Kat slip tu tertera semualah... maklumat mama, bil 70 riyal tadi dan list ubat2 yang diperlukan. Mama tanya doktor tu, farmasi kat mana? Sebab masa masuk memang tak nampak pun farmasi. Doktor tu cakap boleh beli kat farmasi situ atau mana2 farmasi. Awal2 confuse jugak, nape boleh pi beli kat farmasi lain? 70 riyal tadi bukan sekali dengan ubat ker?

Cot..cet..cot..cet.. doktor dan nurse tu explain direction kat mama.. mama just..ohhh..ok..ok..tapi, sebenarnya tak faham pun direction diaorang..hahaha.. Melangkah keluar dari bilik doktor, mama mengucapkan, 'Syukran..' dengan bangganya..heheh. Actually, papa cakap ucaplah 'Syukran Jazeera' maknanya lebih kurang terima kasih banyak2.

Rupa2nya 70 riyal tadi hanya untuk berjumpa doktor aje, ubat beli asing. Padanler doktor tu tak kisah beli kat farmasi mana2 ubat2an tu..Oh! Begitu rupanya kat sini yer, hmmm...lainla dari negara kelahiran mama.

Masuk kereta, mama cakap kat papa, 'Boleh tehe jugok dio charge ye..' sambil tangan dok belek2 slip tadi. Pastu tengok cop doktor...laaa pakar ENT rupanyer, padanler begitu arif tentang tonsil nih. Patutla kena bayar 70 riyal dan padanler masa register minah Arab tu tanya sakit apa supaya boleh direct terus kepada pakar mengikut masalah masing2. Rupa2nya kat Dispensary nih, semuanya pakar bukan jumpa doktor biasa macam pesakit luar kat M'sia...Aiseh..baru mama faham.. I like it anyway..tak pelah bangunan macam in 80's pun as long as boleh jumpa pakar terus!

Monday, June 8, 2009

Auction Market

Hari ketiga papa bawa mama dan anak2 pi Auction Market. Ni kira tempat kedua kami rewang2 selepas Panda. Since our travelling bags jadi our wardrobe selama beberapa hari, mama n papa bersetuju untuk beli perabot second hand dahulu. At least baju tak bersepah2. Papa balik dari ofis, solat Asar dan kami pun berarak ke Auction Market.

Semasa papa dok pusing2 cari parking, mama nampak ramai jugak yang jual segala jenis mak nenek alat perkakas kat tepi2 jalan. Semuanya second hand. Dah jumpa cari parking, kami pun memulakan operasi rewang2 kami. Papa dukung Syafiq, mama dukung Iman. Abang n Jat pulak dok komplen sakit kaki sebab asyik kena pakai kasut. Mama terlupa nak pack selipar Abg n Jat dari M'sia, so tiap kali keluar rumah, Abg n Jat terpaksa pakai kasut. Kami janji akan beli selipar untuk Abg n Jat.

Baru jer beberapa langkah jalan, mama nak tergelak sakan bila papa cakap, "Mama, acu tengok tuh, tv bughuk be' nyo nok jual lagi.." Mentang2la diaorg tak faham Bahasa Melayu, selamba jer papa cakap kuat2. Tapi, TV tu memang tahap yang kronikla..

Tapi, bila masuk kawasan berpagar yang memang khas untuk jual barang2 second hand, Mama terkejut tengok perabot2 yang masih dalam keadaan bagus dengan harga yang berpatutan. Actually, perabot first hand pun ada tapi mahalla sikit. Seperti biasa semuanya lelaki, seingat2 mama ada dua atau tiga orang ajer pompuan termasuk minah rewang penulis blog ni. Pompuan yang mama nampak kat situ pakai purdah. Normally kalau jumpa yang tak pakai purdah adalah orang yang seangkatan dengan mama iaitu yang tidak berasal dari tanah Arab. Rewang kedua ni jugak menambahkan lagi ketidakselesaan mama untuk berjalan2 dikalangan kaum2 adam. Mama jugak tak nampak kanak2 lain, kecuali 4 orang anak teruna. Anak teruna sape tu ye? Hihi..

Lama gakla kami pusing2 kat situ, adala dalam 2 jam lebih. Abg n Jat dah komplen sakit kaki, Jatla yang paling kuat komplen. Bila Jat cakap semalam jari kaki Jat sakit kena pintu, baru mama teringat..Kesian Jat, Jat jalan slow ajer. Jat asyik terkebelakang ajer. Mama pun sebenarnya dah rasa sakit kaki, apatah lagi Jat yang kakinya memang dah luka. Dahla bahang kepanasan masih terasa. Kat sini memang panas, temperature 40C and above. Pernah sekali mencecah 47C. Tekak mama dah mula rasa kering dan perit.

Sepanjang mama rewang kat Auction Market ni, yang mama nampak semuanya mat2 bangla, dari yang menjual hinggalah tukang2 angkut perabot naik van dan jugak driver van. Tertanya jugak mama, nape tak de orang arab yang menjual kat sini ye?

Punyala lama kami rewang, tup..tup..dengar orang azan maghrib. Rasa tak seronok ajer rewang time2 maghrib. Kat Auction Market ada masjid, actually kat mana2 pegi kat sini, memang tak susah nak solat, memang ada masjid...everywhere...Kaum2 Adam ramai jugakla masuk dan solat berjemaah dalam masjid dan ramai jugakla yang buat tak endah ajer. Since masjid memang dipenuhi oleh kaum Adam sebab kat sini memang jarang mama nampak kaum hawa rewang2, mama ternampak sorang perempuan berpurdah menunaikan solat kat dalam Auction Market di atas karpet yang dibukak separuh. Suaminya menunggu di sebelah. Mama cuit papa supaya tengok pompuan tu solat tang tu jugak without worrying about... kat mana nak solat yek? I guess the way they dress dah tutup aurat, so ambik wudhu', solat jelah. Papa cakap kat mama, kat sini pak2 arab solat di mana2 tak semestinya dalam masjid. It reminds mama back during my time when mama was in UK. Mama prays everywhere, find the kiblat n solat ...kat mana2 ada ruang as long as solat tak tinggal.

Maghrib pun dah masuk, anak2 kecik dan besar dah start merengek2. We end up beli set katil and sofa. Jat dah memang tak mampu nak berjalan lagi. Papa yang kesian tengok Jat, suruh Jat naik kekkong papa. Kesian jugak tengok papa, dahla baru balik ofis, dukung Syafiq lagi pastu kekkong Jat pulak. Tapi, mama tau papa memang seorang yang gagah perkasa. Cepat2 kami pulang ke rumah untuk menunaikan solat maghrib.

Friday, June 5, 2009

Merewang di Panda

22 Mei 2009
Since kami dah bersiap awal2 pagi lagi, memang pagila 5am semua dah siap. Breakfast, mengemas sikit barang2 dan anak2 mama keeps on exploring. Pastu tak tahu nak buat apa. Papa ajak mama dan anak2 pi shopping di Panda. Kami memang seronokla, maklumla first time nak explore kat tempat baru ni...

Kat atas jalan, mama tengok sunyi sepi ajer. Mama rasa macam dah pukul 9.30am sebab dah terang benderang. Mama tanya papa pukul berapa sekarang? Papa jawab kul 7.30 pagi. Arrk?! baru pukul 7.30 pagi?! Rasa macam dah lama bangun, yelah bangun kul 3.00am..memang dah lamalaa...Mama tanya papa lagi, dah bukak ke Panda masa ni? Papa cakap kat sini hari Jumaat, kul 7.30am dah bukak.

Bila kami sampai, Panda baru bukak. Mama rasa masa tu kami 6 beranak ajer dalam Panda. Yang keje kat Panda semua lelaki. Papa melayan karenah anak yang nak membeli mainan. Mama ingat mula2 nak explorela sorang2 tengok periuk belanga, pisau, senduk dan barang2 dapur yang hendak dibeli macam mama selalu buat di Alamanda. Tapi, mama tengok macam mamat2 yang keje kat Panda pandang2 jer mama. Mama pun pegi kat papa dan anak2 balik sebab tak tahu adat di sini macamana.

Dah siap papa mententeramkan anak2 dengan membeli mainan satu sorang, barula upacara beli barang2 dapur bermula. Dah pilih peralatan dapur, mama dan papa pun pegi pulak bahagian lauk pauk dan sayur. Mama nampak semua Pak2 Arab aje yang dok membeli belah, tak de langsung pompuan mahupun anak2 kecil. Semuanyer lelaki Arab berjubah putih. Cepat2 mama merapati papa dan berbisik, "B, Pak Arab tak bawak pun bini datang shopping, B ajer bawak bini..". Papa meyakinkan mama, ada Pak Arab yang bawak bini. But's there's no other women except me! And no other kids except mine!

Mama mula rasa tidak selesa. Camner nak pilih sayur di kalangan Pak2 Arab ni ye? Tiba2 mama nampak ada sorang pompuan kalut2 pilih sayur. Huh...orang Asia macam mama jugak. She came with her hubby to..Only my hubby and her hubby wear jeans, pak2 arab semuanya berjubah putih dan dengan wajah yang serius memilih sayur2 untuk dimasak oleh isteri tercinta.

Mama pun cepat2 ambik sayur dan cepat2 merapati papa kembali. Barulah mama faham kenapa perempuan Arab pakai purdah, memang sungguh tidak menyelesakan. Papa ada tanya Pak Arab kat tempat kejenya samada di sini wajib ke berpurdah. Pak Arab jawab tidak, cuma ianya tradisi.

Dalam mama syok melihat kepelbagaian barang2 yang dijual di Panda, anakanda Iman terlelap atas dukungan papa. Jat pula kroooh..kroooh...dalam trolley. Masa nak bayar di kaunter, tersengih2 orang kat kaunter tengok Jat yang memang lena sakan dek serangan jet lag. Nasib baik tak scan dengan Jat sekali..hihi..

Jet Lag

22 Mei 2009
Since pukul 8 lebih dah tidur semalam, mama tersedar dan rasa macam dah lamaaa tidur. Mama terus carik jam yang papa baru beli dan boleh set 2 waktu, satu waktu Saudi dan satu lagi waktu M'siala kan..Rupa2nya baru kul 1am. Adehhhh...apasal mata mama dah tak leh nak lelap. Papa yang terkejut tengok mama meraba2 cari jam di tangan papa (jam tu jam tangan, papa pakai malam tu.. mungkin dah penat sangat, tidur pun dgn jam..). Mama tanya papa, 'Kul berapa subuh?', papa jawab kul 3.15am. Sini subuh pukul 3.15am, sunrise pukul 4.30am. Hmmmm...lambat lagi subuh. Mama paksa diri untuk tidur balik, nasib baik terlelap balik.

Tak lama lepas tu, mama tersedar lagi dan kali ni rasa dah puassss tidur. Sekali lagi mama tengok jam di tangan papa, aaaaaaa....baru pukul 3am. Tak subuh lagi! Mata dah tak ngantuk...Fikir sorang2... laaa...patutla, tadi masa pukul 1am, kat M'sia dah pukul 6am. Kat M'sia mama bangun pukul 5.30am, siapkan anak2 sekolah..kalau pukul 3am kat sini, maknanya pukul 8am la kat M'sia. Patutler dah tak mengantuk. Nak tidur dah tak boleh. Mama teringatlak, barang2 masih dalam kotak..Ah! Mengemas barang2 dapur jelah, lagipun kabinet dapur dah ada. Mama pun memulakan operasi mengemas. Bila azan subuh berkumandang, mama solat subuh dulu.

Selesai solat, sorang demi sorang anak teruna mama bangun. Pukul 3.30am semua anak teruna mama dah bangun. Anak2 teruna mama kalau kat M'sia, pukul 7.30am semua dah bangun, pasang TV dan mula order makanan pagi. Besar esok2 pun mama harap anak2 teruna mama bangun awal2 pagi ye..

Pukul 4.20am, anak2 teruna mama dah berendam dalam bath tub. One of the toilets equips with bath tub. Seronokla anak2 teruna mama ni. Empat2 dok berendam.. adik Man pun cibuk nak join sekali..hihi.. Sebelum pukul 5am, anak2 teruna mama semua dah siap lengkap berpakaian. Pastu diaorang start explore the house lagi dan main kejar2. Apa2la, as long as they are happy.

Hari ni keje mama asyik terlelap ajer. Kul 11am, adik Man mengantuk, mama tidurkan Iman dengan mama sekali tidur. Bila adik Man jaga, main2 kejap dengan Iman. Pastu Syafiqlak mengantuk, cepat2 mama meng'offer'kan diri pada papa untuk tidurkan Syafiq. Sebenarnya mama rasa mengantuk lagi...heheh.. Bila tidurkan Syafiq, sekali lagi mama tertidur. Bila Syafiq bangun, mama pun bangun.

Sebenarnya mama tak tahu nak buat apa. Baju tak leh nak kemas sebab tak de wardrobe. Nak masak pun tak boleh sebab periuk belanga dan lauk pauk tak de. TV dan internet tak subscribe lagi.....hmmm.. nak buat apa yer....tiba2 mama terlelap lagi..ekekekek. Pastu terdengar papa cakap, 'Ya! Allah! Mama tidur lagi..' Mama yang baru terlelap 2 saat (hihi..)..tersipu2 malu kat papa. Walaupun termalu mulut ni tetap menjawab, 'Ari tu masa papa balik M'sia, asyik tidur ajer sebab papa jet lag...sekarang mama's turn to jet lag..' Chewah! Camla papa tak jet lag

A few days gakla mama and the boys bangun pukul 3am dan siap bersiap sebelum pukul 5am which papa pening kepala with us..hihihi. Once papa cakap selepas solat subuh, 'Papa nak tidur lagi..' Body clock papa easily adjusted to Saudi time since papa dah 2 months berada di Arab Saudi sebelum mama n the boys join papa. Furthermore, papa kena bertolak dari rumah untuk ke ofis pukul 6.30am. Papa needs to have enough rests.

Lepas breakfast, mama melepak dengan anak2 teruna. Papa of coursela pegi keje. Pukul 8am, 'Mama lapar nasi, nak makan nasi..' ujar Jat. Mula2 rasa pelik jugak. Apasal lak Jat dan Abang pagi2 dah mintak nak makan nasik?! Congak punya congak...laa..dah pukul 1pm kat M'sia, patutlerrr..

Wednesday, June 3, 2009

Ketibaan..


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar apabila sampai di King Fahd International Airport, Dammam. Bermula daripada pasport dicop hinggalah ke bagasi, semuanya tiada karenah. Cuma bila tiba part ambik bagasi, adala dua orang mat bangla dok bergaduh berebut nak tolong angkat barang...Ahhh! Lantakla korang, non of my bussiness... Papa pun malas nak dengar diaorang gaduh, papa suruh dua2 sekali angkat barang2 kami. Lagipun barang2 kami banyak.

Dalam dok tunggu teksi, mama teringatlak kata2 papa masa kat Malaysia, 'Kat sini pompuan tak leh drive'. Tapi, mama ternampak beberapa buah kereta yang pompuan berpurdah dok sebelah kanan. Baru jer nak keluar dari mulut mama, 'B, tu pompuan boleh bawak kereta', baru teringat, 'Oh! Lupa... kat sini left hand drive..heheh'.

Bila teksi sampai, cepat2 anak2 teruna mama yang dah keletihan masuk ke dalam teksi. Abang dan Jat yang memang tak tidur sepanjang 7 jam perjalanan dalam kapalterbang, tampak amat2 penat. Masa tu dalam pukul 6pm, mama congak2 dah kul 11pm di M'sia, patutnyer dah lama anak teruna mama zzzzzzz...

Abang baring jer dalam teksi, Mama meriba Iman yang dah sedar dari tidurnya dan start merengek2 balik. Bila Iman tunjuk nak duduk dengan papa kat depan, cepat2 mama pass kat papa...hihi..mama nak enjoy pemandangan baru... Mama ambil anakanda Syafiq yang cukup well behave semasa dalam kapalterbang duduk atas riba mama. Bila Syafiq tanya mama, 'Kita nak pegi mana ni mama?', mama jawab, 'Kita nak balik rumah di Arab Saudi la pik.' Dengar jawapan mama tadi, Syafiq terus merengek2 sepanjang perjalanan..'Apik nak gi Arab Saudi, Apik tak nak balik rumah kita...' sepanjang perjalanan tu jela rengekan Syafiq. Puas mama jawab, 'Pik, ni la Arab Saudi..' Naik confuse gak mama, apasal la pulak anakanda Syafiq ni...hmmm. Instead of enjoying my new view, terpaksalak layan rengekan anakanda Syafiq.. Tapi, nasib baik rengekan Syafiq slow jer, papa yang dok kat depan pun tak dengar..Anakanda Syafiq ni merengek pun polite..heheh..

Mama cakapla kat papa, Syafiq asyik cakap nak gi Arab Saudi. Papa pulak men'ensure'kan Syafiq, 'Ni la Arab Saudi, pik...' Tak puas hati dengan jawapan papa, anakanda Syafiq menangis. 'Apik, nak gi Arab Saudi...'...Terdengar pulak perlahan papa cakap, 'Kenapala pulak Syafiq ni?'

Tiba2 mama teringat balik, masa papa di Arab Saudi manakala mama serta anak2 teruna mama di Malaysia, tiap kali hujung minggu mama akan bawak Abang, Jat n Syafiq ke Alamanda. Iman yang sedang tidur mama tinggalkan pada Ayah Cik. Tiap kali, anakanda bertiga ni masuk Toys R Us atau membelek2 permainan di Alamanda, mama selalu cakap 'Tengok saja ye'. Bila anakanda Syafiq begitu asyik membelek lori, mixer atau apa2la yang Bob the Builder punya stuff, mama selalu cakap kat Syafiq, 'Nanti kita beli di Arab Saudi yer pik..' Anakanda Syafiq ni memang dengar cakap mama..'Apik tengok ajer..' jawab anakanda Syafiq tanpa memberontak atau menjerit2 mengamuk sambil memeluk mainan dengan erat sekali. Itula anakanda Syafiq mama.

'B, mama rasa Syafiq ingat Arab Saudi tu shopping complexla, sebab mama selalu cakap apa2 mainan kita beli di Arab Saudi..' citer mama pada papa.

Bila teksi sampai jer di rumah kami di Ad-Dammam, anakanda Syafiq sudah terlupa pasal shopping complex Arab Saudinyer.

Masuk jer rumah baru, anak2 teruna kami kelihatan cukup riang. Mama pun seronok sangat2 dengan rumah baru yang papa pilih. Rumah ni baru siap, kami ni first tenantla. Alhamdulillah, rumahnya besar dan siap dengan kitchen kabinet sekali. Ada 3 bilik, 3 bilik air, 1 ruang makan, 1 kitchen dan 2 halls. Rumah2 di Arab memang ada 2 halls, 1 hall untuk lelaki dan 1 lagi hall untuk perempuan.

Rumah ni sebenarnya rumah 2 tingkat, kami menyewa di bahagian bawah, manakala satu lagi keluarga dari Malaysia menyewa bahagian atas. Yang uniknya, ianya dibina tanpa kami perlu bertemu di antara satu dengan yang lain. Kami ada privacy kami sendiri manakala jiran di atas ada kawasan privacynya sendiri. Rumah ni ada compound iaitu kawasan untuk anak2 bermain di luar rumah.

Bila dah siap explore rumah baru ni, anak2 teruna mama enjoying their shower. We don't have our dinner sebab dah penat sangat. Selesai solat Isya' pukul 8.15pm (kalau di M'sia dah kul 1am), kami semua terus zzzzzzzzz.....