Friday, June 5, 2009

Merewang di Panda

22 Mei 2009
Since kami dah bersiap awal2 pagi lagi, memang pagila 5am semua dah siap. Breakfast, mengemas sikit barang2 dan anak2 mama keeps on exploring. Pastu tak tahu nak buat apa. Papa ajak mama dan anak2 pi shopping di Panda. Kami memang seronokla, maklumla first time nak explore kat tempat baru ni...

Kat atas jalan, mama tengok sunyi sepi ajer. Mama rasa macam dah pukul 9.30am sebab dah terang benderang. Mama tanya papa pukul berapa sekarang? Papa jawab kul 7.30 pagi. Arrk?! baru pukul 7.30 pagi?! Rasa macam dah lama bangun, yelah bangun kul 3.00am..memang dah lamalaa...Mama tanya papa lagi, dah bukak ke Panda masa ni? Papa cakap kat sini hari Jumaat, kul 7.30am dah bukak.

Bila kami sampai, Panda baru bukak. Mama rasa masa tu kami 6 beranak ajer dalam Panda. Yang keje kat Panda semua lelaki. Papa melayan karenah anak yang nak membeli mainan. Mama ingat mula2 nak explorela sorang2 tengok periuk belanga, pisau, senduk dan barang2 dapur yang hendak dibeli macam mama selalu buat di Alamanda. Tapi, mama tengok macam mamat2 yang keje kat Panda pandang2 jer mama. Mama pun pegi kat papa dan anak2 balik sebab tak tahu adat di sini macamana.

Dah siap papa mententeramkan anak2 dengan membeli mainan satu sorang, barula upacara beli barang2 dapur bermula. Dah pilih peralatan dapur, mama dan papa pun pegi pulak bahagian lauk pauk dan sayur. Mama nampak semua Pak2 Arab aje yang dok membeli belah, tak de langsung pompuan mahupun anak2 kecil. Semuanyer lelaki Arab berjubah putih. Cepat2 mama merapati papa dan berbisik, "B, Pak Arab tak bawak pun bini datang shopping, B ajer bawak bini..". Papa meyakinkan mama, ada Pak Arab yang bawak bini. But's there's no other women except me! And no other kids except mine!

Mama mula rasa tidak selesa. Camner nak pilih sayur di kalangan Pak2 Arab ni ye? Tiba2 mama nampak ada sorang pompuan kalut2 pilih sayur. Huh...orang Asia macam mama jugak. She came with her hubby to..Only my hubby and her hubby wear jeans, pak2 arab semuanya berjubah putih dan dengan wajah yang serius memilih sayur2 untuk dimasak oleh isteri tercinta.

Mama pun cepat2 ambik sayur dan cepat2 merapati papa kembali. Barulah mama faham kenapa perempuan Arab pakai purdah, memang sungguh tidak menyelesakan. Papa ada tanya Pak Arab kat tempat kejenya samada di sini wajib ke berpurdah. Pak Arab jawab tidak, cuma ianya tradisi.

Dalam mama syok melihat kepelbagaian barang2 yang dijual di Panda, anakanda Iman terlelap atas dukungan papa. Jat pula kroooh..kroooh...dalam trolley. Masa nak bayar di kaunter, tersengih2 orang kat kaunter tengok Jat yang memang lena sakan dek serangan jet lag. Nasib baik tak scan dengan Jat sekali..hihi..

2 comments:

Ummu Auni said...

wah lepas ni sepupuku berpurdah la ek :)). bolehlah pesan kat abg amran suruh dia belikan barang basah lepas ni, hihihi

Nida said...

aini..cita2 tu ada. Since semua kaum adam kat mana2, rasa teramat tidak selesa...kalau kat m'sia, pakai jubah n serba hitam tu kira habis longgarla. Tapi kat sini tetap rasa cam x tutup sepenuhnya, asyik kena pandang2 jer. Abg Amran tu mmg suka angkut kami 5 beranak pi pasar, pi shopping brg dapur...sanggup siapkan anak supaya boleh diangkut bersama2 dgnnya