Sunday, May 29, 2011

Mail Online: Banyak benda sebenarnya boleh di buat dari khinzir...yikes!! (Translate ikut sedap tanganku!)

Hari tu ada terbaca pasal kopi ada DNA Babi, tak ingat produk apa. Kalau tak silap pernah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Terbaca pun sebab hubby download to this computer untuk baca surat dari JAIJ.

I'm curious, so tanya hubby,

"Whatever stuff babi letak dalam kopi untuk menjadikan kopi tu macamana yer? I mean untuk melikatkan kah? bla, bla, bla.."
(bla, bla, bla..tu sebab tak ingat apa lagi yang saya questionkan)

Dulu2 masa kecik2, ingat lagi pernah dikatakan perencah Maggie dikikis dari tulang babi. Tup, tup.. Maggie halal. Tak tahulah samada nak menjatuhkan sesuatu produk yang sedang meletup ataupun sememangnya betul?

 
Tiba2 tadi rasa nak google carik apalagi produk yang diperbuat dari babi nih.


Banyak sungguh rupanya kegunaan babi ni!!


Lepas baca artikel ni terus rasa nak termuntah..

Saya amat2 berharap JAKIM lebih prihatin dan mengambilberat terhadap produk2 termasuklah ubat2an, produk2 kecantikan samada buatan tempatan mahupun luar negara.

Semoga lebih ramai Muslim menghasilkan produk2 yang halal. Amin.

Tuesday, May 17, 2011

Me and my blog

'Tak nak invite Abang Tuah ker?' tanya Abang Tuah bila Dang Anum privatekan sekejap blog.

'Hahaha..' (eh..ganas pulak bunyi gelak Dang Anum)

'Kikikik..' terkekek-kekek Dang Anum.

'Dang Anum tak invite sapa2 pun Bang Tuah, lagipun bukannya Dang Anum update apa2 pun...'

Itulah citer Hikayat khas untuk Jie, sib baik kita tak cut and paste citer Hikayat Merong Mahawangsa.kenyit

Bila Jie, my dearest ex-neighbour anto e-mel baru2 ni dah lama tak baca citer 'Hikayat' dalam blog nih, baru teringat.. eh, eh, aku ada blog... ihikhik. Seriously, nafsu untuk meng'update' blog tidak membuak2 tambah2 lagi bila privatekan blog nih sekejap, tuan empunya blog pun rasa macam malasnyerrrrrrrr nak log in masuk blog sendiri..jelir

Memang rasa macam main tarik tali dengan blog sendiri.xpasti Banyak yang nak dikongsi bersama tentang kehidupan di negara Padang Pasir, tapi banyak jugak dugaan bila berblog. Baru start nak menaip Iman nak susu, baru taip satu paragraph Iman nak ter'poo' pulak. Haih..

Entahlah macam2 yang bermain di fikiran bila terkenangkan blog sendiri. Sekali fikir nak privatekan sahaja. Sekali fikir nak stop terus. Sekali fikir pulak, kalau tiba2 rasa nak berkongsi citer, kang kena war2kan balik...Jemputlah datang ke blog sayerrr... tak ke malu jadinya?!

Ditambah pulak, sekarang ni bangun jer dari tidur, kepala terus diasak dengan kuat nak balik Malaysia, nak balik...nak balik...nak balik... Itulah suara yang tak henti2 bermain dalam fikiran ni dari bangun tido sampai ke bangun tido balik. Pastu tiap2 hari dok menghitung pulak berapa hari lagi untuk pulang. Nak jugak kira, padahal boleh tolak satu hari jer setiap hari. Memang kalah zaman budak2 dulu menghitung hari bila akan habisnya Ramadhan.sengihnampakgigi

Blog diet, jadi author bersama tapi sekarang lebih kepada pelawat kehormat pulak. Truthfully, tak exercise dan tak jugak jaga pemakanan walaupun masa berkobar2 dulu memang bercita2 nak kurus kering supaya balik Malaysia nanti boleh NGAP sepuas hati tanpa rasa bersalah. Tapi, apakan daya bila tengok Bang Tuah enjoyyyyy jer makan2, Dang Anum pun join sekaki!siul

Kepada yang mengenali Abang Tuah, jangan terkejut melihat kemontelan Abang Tuah pabila pulang nanti. Abang Tuah telah berjaya menapau sebanyak 10kg lemak sepanjang 2 tahun berada di negara kaya minyak. Dang Anum tetap maintain ....ermmmm... maintain gemok.sengihnampakgigi

**Dan dalam ceria2 nak balik, dapat berita ayah didiagnose with prostate cancer tahap awal. Lagilah rasa nak balik... nak balik...nak balik... nak balik...nangih