Sunday, March 20, 2011

Private sekejap.

Blog ni akan di'private'kan sekejap sebab family in-laws will be in town this Wednesday. Malulah nak share with my in-laws family about my thought, lebih2 lagi saya lebih banyak merapu...hihi.

Blog start private this coming Tuesday. Nobody will be invited sebab memang tak akan update pun blog sepanjang in-laws berada di sini.

Oklah, wasalam.

Friday, March 11, 2011

Happy B'day My Dearest Abang!

Hari ni genaplah 9 tahun usia anak sulung mama yang handsome, my darling Abang!
peluk2 tahun.
Ni gambar paling awal diambil dengan digital kamera. Papa yang beria-ia nak beli digital kamera to capture wajah2 comel anak2 terutama sekali masa kecik.

3 tahun.

Ingat lagi masa Abang dilahirkan. Kelasakan Abang terserlah semenjak hari Abang keluar melihat dunia. Abang 'melompat' keluar pada 'push' mama yang terakhir. Nasib baik nurse sempat sambut.
Papa azankan Abang sebelum Abang dimandikan oleh nurse yang baik2 di HRPZ(II) (dulu dikenali dengan nama Hospital Kota Bharu (HKB). Setelah selesai dimandikan dan wangi dibedak2kan oleh nurse, Abang dikembalikan kepada mama. Surprisingly, Abang tidak menangis malahan mata Abang memandang2 melihat sekeliling cuba mengenali dunia baru.
Ayoh Ngoh cakap muka Abang macam orang Jepun. Masa lahir, mata Abang sepet dan runcing ke atas di bahagian hujung. Rambut Abang hitam berkilat dan lebat.
4 tahun.

Seawal usia 1 tahun, Abang suka belajar ABC yang mama lekatkan pada dinding. Abang juga pandai mengecam bentuk A, B, C, .., Z dan dapat meletakkan di tempat yang betul hanya setelah beberapa kali ditunjuk. Abang mengenal ABC pada usia 2 1/2 tahunbukan dari mama tapi atas usaha Abang sendiri. Papa beli komputer untuk kanak2. Abang suka main2 dengan komputer tu dan mengenal kesemua huruf dengan pantas.

Abang suka menonton Bob The Builder sampai mama menghafal lagu temanya. Abang suka menari terutama sekali lagu Hi-5 dan Wiggle. Abang suka menonton kartun sehingga mama dan papa tak boleh tukar ke channel lain. Abang juga suka menyanyi lagu nasyid Raihan.

Walaupun Abang dapat adik, Jat pada usia 1 tahun 3 bulan, tapi Abang sentiasa berkawan baik dengan Jat. Abang jarang berebut mainan dengan Jat.

Sekarang, Abang dah besar. Abang dah punya 3 adik lelaki. Tapi, Abang tetap abang yang baik dengan adik2.

Abang with Jat and Apik.

Abang jarang bergaduh dengan adik2. Abang pandai main elok2 dengan adik.

Guci, guci, guci..

Abang sentiasa pandai pujuk adik kalau adik menangis. Adik2 semua menyenangi Abang. Adik2 suka tanya Abang macam2 persoalan dan Abang jawab dengan baik dan jawapan Abang memuaskan hati adik2.

Alala.. sayang.

Abang juga ringan tulang. Kalau mama minta tolong Abang, pasti Abang akan tolong. Abang tolong mama set the table sebelum makan. Abang tolong mama buang sampah. Abang tolong mama hantarkan makanan pada jiran mama. Abang tolong mama beli roti dan susu di kedai bila selesai mengaji Quran tanpa meminta sebarang upah. Masa mama kecik2 dulu, pantang Nek Mi dan Tok Ayah suruh pergi kedai pasti mama minta upah!


Mama ingat lagi, sebelum datang ke sini, Abang sempat bersekolah dalam darjah 1 selama 5 bulan sahaja di Malaysia. Membaca BM pun Abang merangkak2 lagi. Seingat mama Abang lebih menyenangi BI dari BM sebab suka sangat menonton rancangan kartun Disney Channel.

Bila datang ke sini, sekolah cuti musim panas bermula Jun hingga Ogos. Mama pula tidak punya ruang untuk mengajar Abang dan Jat. Hujung Ogos, Abang dan Jat perlu menduduki assessment test untuk menentukan grade mana. Mama memang terkejut kerana Abang dimasukkan ke grade 2 dan Jat ke grade 1. Bila bertemu guru kelas dan Abang diminta membaca karangan BI, Abang dapat membacanya dengan fasih. Guru tersebut bagitahu mama dan papa, 'Imran is a very smart boy!'. Rupa2nya Abang belajar membaca BI melalui lagu2 di youtube yang ada subtitle di bawah.

Hari ni usia Abang dah genap 9 tahun. Abang dah setinggi dagu mama. Abanglah anak mama yang paling bertanggungjawab. Mama dan papa didik Abang supaya solat 5 waktu dan mengaji Quran setiap masa. Jagalah solat yer Abang. Mama akan sentiasa doakan Abang menjadi anak yang soleh sepertimana nama yang diberikan kepada Abang, Wan Imran Solihin.

Mama saaaaaaaayang Abang.

Friday, March 4, 2011

Solat Jumaat di Saudi

Sempena hari Jumaat, nak berkongsi tentang solat Jumaat di sini.

Sepertimana yang kita pelajari semasa di sekolah maksud solat Jumaat adalah seperti (ni cut dan paste dari Wikipedia Bahasa Melayu.)

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Kita semua tahu bahawa khutbah Jumaat dibaca sebelum solat Jumaat. Kebiasaan yang dilakukan di Malaysia ialah setelah selesai azan berkumandang, menandakan masuknya waktu solat, khatib akan mula membaca khutbah. Selesai khutbah Jumaat barulah solat Jumaat dikerjakan.

Sedikit perbezaan di sini dilakukan di kebanyakkan masjid (tidak semua masjid).

Katalah masuknya waktu solat pada pukul 12.00pm. Azan pertama akan berkumandang pada pukul 10.30am mengingatkan para2 mukmin bahawa hari ini adalah hari Jumaat. Azan kedua berkumandang pada pukul 11.20am menandakan khutbah Jumaat akan dimulakan dalam masa terdekat. Khutbah Jumaat dibaca sebelum masuknya waktu solat. Setelah masuknya waktu solat dan khutbah berakhir, solat Jumaat dimulakan.

Namun, di Masjidil Haram, khutbah dibaca selesai azan berkumandang sepertimana di Malaysia.