Friday, March 11, 2011

Happy B'day My Dearest Abang!

Hari ni genaplah 9 tahun usia anak sulung mama yang handsome, my darling Abang!
peluk2 tahun.
Ni gambar paling awal diambil dengan digital kamera. Papa yang beria-ia nak beli digital kamera to capture wajah2 comel anak2 terutama sekali masa kecik.

3 tahun.

Ingat lagi masa Abang dilahirkan. Kelasakan Abang terserlah semenjak hari Abang keluar melihat dunia. Abang 'melompat' keluar pada 'push' mama yang terakhir. Nasib baik nurse sempat sambut.
Papa azankan Abang sebelum Abang dimandikan oleh nurse yang baik2 di HRPZ(II) (dulu dikenali dengan nama Hospital Kota Bharu (HKB). Setelah selesai dimandikan dan wangi dibedak2kan oleh nurse, Abang dikembalikan kepada mama. Surprisingly, Abang tidak menangis malahan mata Abang memandang2 melihat sekeliling cuba mengenali dunia baru.
Ayoh Ngoh cakap muka Abang macam orang Jepun. Masa lahir, mata Abang sepet dan runcing ke atas di bahagian hujung. Rambut Abang hitam berkilat dan lebat.
4 tahun.

Seawal usia 1 tahun, Abang suka belajar ABC yang mama lekatkan pada dinding. Abang juga pandai mengecam bentuk A, B, C, .., Z dan dapat meletakkan di tempat yang betul hanya setelah beberapa kali ditunjuk. Abang mengenal ABC pada usia 2 1/2 tahunbukan dari mama tapi atas usaha Abang sendiri. Papa beli komputer untuk kanak2. Abang suka main2 dengan komputer tu dan mengenal kesemua huruf dengan pantas.

Abang suka menonton Bob The Builder sampai mama menghafal lagu temanya. Abang suka menari terutama sekali lagu Hi-5 dan Wiggle. Abang suka menonton kartun sehingga mama dan papa tak boleh tukar ke channel lain. Abang juga suka menyanyi lagu nasyid Raihan.

Walaupun Abang dapat adik, Jat pada usia 1 tahun 3 bulan, tapi Abang sentiasa berkawan baik dengan Jat. Abang jarang berebut mainan dengan Jat.

Sekarang, Abang dah besar. Abang dah punya 3 adik lelaki. Tapi, Abang tetap abang yang baik dengan adik2.

Abang with Jat and Apik.

Abang jarang bergaduh dengan adik2. Abang pandai main elok2 dengan adik.

Guci, guci, guci..

Abang sentiasa pandai pujuk adik kalau adik menangis. Adik2 semua menyenangi Abang. Adik2 suka tanya Abang macam2 persoalan dan Abang jawab dengan baik dan jawapan Abang memuaskan hati adik2.

Alala.. sayang.

Abang juga ringan tulang. Kalau mama minta tolong Abang, pasti Abang akan tolong. Abang tolong mama set the table sebelum makan. Abang tolong mama buang sampah. Abang tolong mama hantarkan makanan pada jiran mama. Abang tolong mama beli roti dan susu di kedai bila selesai mengaji Quran tanpa meminta sebarang upah. Masa mama kecik2 dulu, pantang Nek Mi dan Tok Ayah suruh pergi kedai pasti mama minta upah!


Mama ingat lagi, sebelum datang ke sini, Abang sempat bersekolah dalam darjah 1 selama 5 bulan sahaja di Malaysia. Membaca BM pun Abang merangkak2 lagi. Seingat mama Abang lebih menyenangi BI dari BM sebab suka sangat menonton rancangan kartun Disney Channel.

Bila datang ke sini, sekolah cuti musim panas bermula Jun hingga Ogos. Mama pula tidak punya ruang untuk mengajar Abang dan Jat. Hujung Ogos, Abang dan Jat perlu menduduki assessment test untuk menentukan grade mana. Mama memang terkejut kerana Abang dimasukkan ke grade 2 dan Jat ke grade 1. Bila bertemu guru kelas dan Abang diminta membaca karangan BI, Abang dapat membacanya dengan fasih. Guru tersebut bagitahu mama dan papa, 'Imran is a very smart boy!'. Rupa2nya Abang belajar membaca BI melalui lagu2 di youtube yang ada subtitle di bawah.

Hari ni usia Abang dah genap 9 tahun. Abang dah setinggi dagu mama. Abanglah anak mama yang paling bertanggungjawab. Mama dan papa didik Abang supaya solat 5 waktu dan mengaji Quran setiap masa. Jagalah solat yer Abang. Mama akan sentiasa doakan Abang menjadi anak yang soleh sepertimana nama yang diberikan kepada Abang, Wan Imran Solihin.

Mama saaaaaaaayang Abang.

6 comments:

aida said...

Huhu abang sejuk hati mama kan :)

Nida said...

Alhamdulillah Da, though Abang lasak sikit tp baik hati ;)

Yasmin's Mummy said...

Selamat hari lahir Abang. Dah tinggi dia. Anak sulong.. tetap ada riak manja di wajahnya. Dari dulu maksu tak tahu abang ikut muka siapa.. tapi yang pasti tetap hensem!

Nida said...

YM..sememangnya masih manja, makan masih bersuap esp balik dr sklh n kdg2 masih nak tido bawah ketiak mama n papa :) Abang ikut muka Abe Re, kalu tgk gamba masa Abe Re kecik, sebijun!

tinidewi said...

oooo selamat hari jadi, abang. harapnya, dengan usia abang yang semakin meningkat, ibu abang kurang-kuranglah bengkeng selalu kih3x :-p

Nida said...

tini..ngan abang n jat x bekeng doh, nga hok kecik dua org yg masih menumpahkan itu, ini, conteng sana, sini..ibu mereka akan bertukar ke warna hijau ;)