Friday, June 5, 2009

Jet Lag

22 Mei 2009
Since pukul 8 lebih dah tidur semalam, mama tersedar dan rasa macam dah lamaaa tidur. Mama terus carik jam yang papa baru beli dan boleh set 2 waktu, satu waktu Saudi dan satu lagi waktu M'siala kan..Rupa2nya baru kul 1am. Adehhhh...apasal mata mama dah tak leh nak lelap. Papa yang terkejut tengok mama meraba2 cari jam di tangan papa (jam tu jam tangan, papa pakai malam tu.. mungkin dah penat sangat, tidur pun dgn jam..). Mama tanya papa, 'Kul berapa subuh?', papa jawab kul 3.15am. Sini subuh pukul 3.15am, sunrise pukul 4.30am. Hmmmm...lambat lagi subuh. Mama paksa diri untuk tidur balik, nasib baik terlelap balik.

Tak lama lepas tu, mama tersedar lagi dan kali ni rasa dah puassss tidur. Sekali lagi mama tengok jam di tangan papa, aaaaaaa....baru pukul 3am. Tak subuh lagi! Mata dah tak ngantuk...Fikir sorang2... laaa...patutla, tadi masa pukul 1am, kat M'sia dah pukul 6am. Kat M'sia mama bangun pukul 5.30am, siapkan anak2 sekolah..kalau pukul 3am kat sini, maknanya pukul 8am la kat M'sia. Patutler dah tak mengantuk. Nak tidur dah tak boleh. Mama teringatlak, barang2 masih dalam kotak..Ah! Mengemas barang2 dapur jelah, lagipun kabinet dapur dah ada. Mama pun memulakan operasi mengemas. Bila azan subuh berkumandang, mama solat subuh dulu.

Selesai solat, sorang demi sorang anak teruna mama bangun. Pukul 3.30am semua anak teruna mama dah bangun. Anak2 teruna mama kalau kat M'sia, pukul 7.30am semua dah bangun, pasang TV dan mula order makanan pagi. Besar esok2 pun mama harap anak2 teruna mama bangun awal2 pagi ye..

Pukul 4.20am, anak2 teruna mama dah berendam dalam bath tub. One of the toilets equips with bath tub. Seronokla anak2 teruna mama ni. Empat2 dok berendam.. adik Man pun cibuk nak join sekali..hihi.. Sebelum pukul 5am, anak2 teruna mama semua dah siap lengkap berpakaian. Pastu diaorang start explore the house lagi dan main kejar2. Apa2la, as long as they are happy.

Hari ni keje mama asyik terlelap ajer. Kul 11am, adik Man mengantuk, mama tidurkan Iman dengan mama sekali tidur. Bila adik Man jaga, main2 kejap dengan Iman. Pastu Syafiqlak mengantuk, cepat2 mama meng'offer'kan diri pada papa untuk tidurkan Syafiq. Sebenarnya mama rasa mengantuk lagi...heheh.. Bila tidurkan Syafiq, sekali lagi mama tertidur. Bila Syafiq bangun, mama pun bangun.

Sebenarnya mama tak tahu nak buat apa. Baju tak leh nak kemas sebab tak de wardrobe. Nak masak pun tak boleh sebab periuk belanga dan lauk pauk tak de. TV dan internet tak subscribe lagi.....hmmm.. nak buat apa yer....tiba2 mama terlelap lagi..ekekekek. Pastu terdengar papa cakap, 'Ya! Allah! Mama tidur lagi..' Mama yang baru terlelap 2 saat (hihi..)..tersipu2 malu kat papa. Walaupun termalu mulut ni tetap menjawab, 'Ari tu masa papa balik M'sia, asyik tidur ajer sebab papa jet lag...sekarang mama's turn to jet lag..' Chewah! Camla papa tak jet lag

A few days gakla mama and the boys bangun pukul 3am dan siap bersiap sebelum pukul 5am which papa pening kepala with us..hihihi. Once papa cakap selepas solat subuh, 'Papa nak tidur lagi..' Body clock papa easily adjusted to Saudi time since papa dah 2 months berada di Arab Saudi sebelum mama n the boys join papa. Furthermore, papa kena bertolak dari rumah untuk ke ofis pukul 6.30am. Papa needs to have enough rests.

Lepas breakfast, mama melepak dengan anak2 teruna. Papa of coursela pegi keje. Pukul 8am, 'Mama lapar nasi, nak makan nasi..' ujar Jat. Mula2 rasa pelik jugak. Apasal lak Jat dan Abang pagi2 dah mintak nak makan nasik?! Congak punya congak...laa..dah pukul 1pm kat M'sia, patutlerrr..

No comments: