Saturday, August 1, 2009

Jumping Rope @ Tali Skipping

Masa kecik2 dulu, suka main 'tali skipping' nih. Minggu lepas, pegi beli barang2 dapur di Tarmimi Market ternampaklak tali skipping, terusla rembat. Niat di hati nak 'mengecil'kan badan. Lagipun, mama aim 56kg by the end of this year. Alamak lagi 5 bulan! Sejak dok sini selama 2 bulan rasanya badan macam dipam2. Kalau bersenam pun setakat vacuum dan mengemop. Pastu jalan dalam 10 kaki ke tempat jemur kain yang jugak dalam rumah. Bersenam yang paling kerap ialah berjalan ke dapur dan ngap! ngap! ngap!

Shopping Mall kat sini bukan macam kat Malaysia yang tiap2 floor ada mesin penimbang. Kalau kat Alamanda, satu floor tu entah berapa mesin penimbang. Shopping mall kat sini memang tak de langsung mesin penimbang...Tak tahula berapa berat mama sekarang..

3 jam lepas beli, sebelah tempat pemegang dah tercabut. Tak perasan pun bila masa la anak2 teruna mama ambik tali skipping mama nih bawak masuk dalam bilik mereka. Siap tutup pintu lagi. Bila mama bukak pintu, Jat ikat hujung 'tali skipping' tu kat pinggang dan berdiri di tepi katil, manakala Abang dan anak jiran, Umar duduk di hujung katil sambil menarik tali skipping dari hujung sebelah lagi satu. Pastu Jat cakap, 'Pegang kuat-kuat!', Abang dan Umar tarik tali skipping tuh sekuat yang boleh dan 'toing' Jat melompat dari katil yang setinggi peha mama.. Ekekekek.. mama tergelak.. sebijik macam bungee jumping..

'Tali skipping' tu boleh digunakan walaupun sedikit kurang selesa sebab sebelah tak de pemegang. Hari mama mula2 beli, terus mama bersenam dengan tali skipping tanpa warm-up dulu sebab ter'over' excited tambah2 terkenang zaman kanak2 dulu dan ingatkan ek..eleh..semese' (tu dalam loghat kelate, translationnya ..ek..eleh.. toooooo easy...hihihi..). Eheh..terlupalak badan dah berkali2 ganda kembangnya dari zaman kanak2 dulu dan dah lama tak bersenam, 2 kali lompat jer, mama dah semput tahap gaban..kuang, kuang, kuangggggg... Jantung punyala berdenyut kencang...kes lamaaaa tak bersenam, tiba2 toing! toing! toing! melompat..darah pulak rasa menyelinap naik ke kepala..heheh..

Hari ni masuk hari ketiga bersenam dengan tali skipping. Start dengan warm-up dulu, pastu alhamdulillah dapatla mencecah 10x lompat eeeerrrkkkk... still mengah-mengah tahap gaban lepas toing! toing! 10x. Pastu ngada2 sikit cuba lompat dengan tali pusing ke belakang. 2x kali toing! toing! Pastu tak lepas..heheh..tapi memang rasa macam selama ni darah tak berjalan dengan lancar kes tersangkut kat lelemak yang berkumpul dalam saluran darah, lepas toing! toing! rasa segar sikit..ooops..lupa nak cakap, toing! toing! tu dibuat dalam bilik tak de air cond yang kepanasan di luar rumah mencecah 43 darjah celcius..Semalam mencecah 49!

5 comments:

Ibu WA Alim said...

Lupo nok tanyo..baco doh ko entry pemeriksaan kesihate Cy..
Pahtu ddenu Da tgk TV cerito ggapo?

Nida said...

tok perasan sblm nih sbb nama tajuk bulan, buatla nama tajuk lain cy, baru senang nok detect, cthnya...pemeriksaan kesihatan

tinidewi said...

takpe. biar slow slow. aktiviti yang sedikit, tetapi buat hari2, lebih afdhal kaedahnya. cuma satu je nak cakap... pstt, masa lompat2 tu, tak bergegar ke anggota2 badan? hehehehe....

Ummu Auni said...

hehe, aini buat lompat bintang hari2. mula2 rasa nak pitam..ini rasanya tak sampai sebulan baru buat. keke

Nida said...

tini...eeerrrkkk..of course la my dear...gegaran tang perut tu make me feel happy sbb rasa cam lemak2 tu tergoyang2(ke atas ke bawah tau, bkn ke kiri kanan!) dan rasa cam lemak2 kat citu terhakis tahap kecil2an, my own imaginationla, teorinya entah betul entahkan tidak.. pssst, smlm pi ronda2 shopping mall, tiap kali tgk baju kat patung2 tu, hati masih meronta2 utk try tapi control macho la meh...:P

Aini..abg amran ada cita2 nak beli alat bersenam, k.ida takut hangat2 taik ayam ajek, tu beli tali skipping, kalau hangat2 taik ayam pun taklah rasa bersalah sgt..heheh