Sebenarnyer nak citer terus pasal pi jalan2 di UK, tapi since one of my aunties tertengok gambar dalam FB dan perkara first and foremost that caught her eyes is my ..eerrr.. boots. Ooops.. hihihi...
Sebenarnya mama paling tak nak orang nampak dalam gambar tu ialah kasut but tu lah.. maluuuuuu. Sebelum bertolak, banyak jugak persediaan yang nak dibeli, baju tebal, baju termal untuk anak2, stoking tebal dan kasut mestilah kalis air dan tapaknya kuat mencengkam dalam snow.
Sebenarnya mama paling tak nak orang nampak dalam gambar tu ialah kasut but tu lah.. maluuuuuu. Sebelum bertolak, banyak jugak persediaan yang nak dibeli, baju tebal, baju termal untuk anak2, stoking tebal dan kasut mestilah kalis air dan tapaknya kuat mencengkam dalam snow.
Sebenarnya dah lamaaaaaa mama mengidam nak pakai kasut but ni. Bila dah confirm nak pi UK, hati ni meronta2 nak beli kasut but tapi seganla pulak nak bagitau 'Jejaka Tampan' rasa hati nih. Walaupun beberapa tahun lagi akan mencecah usia 40, tapi jiwa muda mama ni masih lagi segar bugar.. hehehe..

Mama dan Iman
Dek kuatnya hati dok meronta2 dan tak keruan pulak jadinya, lalu terhamburlah niat suci murni dihati kepada si 'Jejaka Tampan'. Dengan penuh kesopanan dan kesusilaan mama memohon keizinan 'Jejaka Tampan' untuk menikmati memakai kasut but. Dan dengan sportingnya jugak si 'Jejaka Tampan' bukan setakat bersetuju malahan memberi cadangan agar mama beli kasut but yang setinggi paras lutut. Ish, kalau ikut naluri mama yang masih muda ni nakla jugak merasa kasut but separas lutut tu! Tapi, takut pengsanla pulak 'Jejaka Tembam'..ooops, maksud mama 'Jejaka Tampan' tengok bininya melaram..kikikik.
Memang syok main snow pakai kasut but, mencengkam ganas gitu. Tak dela licin tergolek jatuh macam masa belajar dulu2. Masa belajar dulu, bila snow start mencair mulala mama tergolek jatuh maklumlah dulu mampu beli satu kasut jer. Kasut tu dipakai dari 1st year sampai final year, naik haus bunga2. Itulah kasut summer dan itulah kasut winter. Bila tengok minah2 saleh dok pakai kasut but terliurla jugak. Tu yang bila nak balik ke UK, terus mama grab the opportunity nak melaram dengan kasut but.
Tapi, yang syoknya kasut but tu bukan setakat boleh dipakai di UK, malahan di Saudi pun dok melaram dengan kasut but tu lah ke hulu ke hilir. Kat sini pakai jubah, so tak der sapa2 yang nampak, tu yang seronok dok melaram. Tiap kali pakai kasut but tu, rasa confident... I feel soooo good dan rasa ...err... cam model gitu.. ekekekek ..
2 comments:
kak da, boots tu high hees ke? tak nampak la dari sini. berapa harganya. teringin nak pakai ni, hehehe
aini..teringin jgk ker? Meme x nak kasi nampak pun..hihi..
Post a Comment