Alhamdulillah, demam papa dah ok cuma sakit kepala sikit2. Hari Krismas, semua kedai tutup. 24 Dec, kami tak makan nasi sebab dah penat sesangat tapi sempat beli pisang sebagai bekalan untuk hari Krismas sebab pihak hotel bagitau hari Krismas, semua kedai tutup. Pihak hotel bagitau diaorang ada serve vegetarian breakfast, tapi masa tu rasa tak berminat untuk 'telan' vegetarian breakfast@ala2 sombong gitu.. hehe..
Paginya selepas makan bekalan Indomie sebagai breakfast, bekalan yang dibawa dari Saudi, kami memulakan operasi menjelajah Manchester walaupun terdapat suara2 kecil nak main snow ball di belakang hotel. 'Kita cari snow kat tempat lain pulak' pujuk papa. 'Err...jalan mana nak pergi stadium Old Trafford?' bisik peminat MU kepada mama. GPS asyik tak de line ajer. Walaupun hotel kami dalam daerah Old Trafford, tak de pulak signboard Stadium Old Trafford. Kami jumpa stesen bas yang ada peta, so mama turun dan mula menghafal peta ke Stadium Old Trafford. Nasib baik petanya senang untuk dihafal. Tiap kali jumpa round about, pi pukul 12.. hihi.. Akhirnya, signboard ke Stadium Old Trafford mula muncul, so mama erase je lah hafalan peta ke Stadium Old Trafford dari memori mama ni.. ikut jelah signboard tu.
Bila dah nampak stadium, tak boleh pulak nak masuk betul2 depan stadium. Since hari tu hari Krismas dan baru pukul 7.30am. Tak de sorang pun keluar, kami jelah tourist yang meredah hari yang cukup sejuk ni. Since tak jumpa jalan masuk depan stadium, kami berhenti di satu tempat parking yang nampak stadium Old Trafford dari kejauhan untuk meredakan keresahan anak2 yang tak henti2 merengek nak main snow.

Stadium Old Trafford nun jauh di belakang
Awal2 Iman protest tak nak pakai baju sejuk, topi dan gloves. Baru 2/3 minit Iman main snow dengan jari2 jemari tembamnya, Iman melalak tunjuk tangannya yang mula kebas. Masa Iman menangis, kami ambik peluang pakaikan baju sejuk. Nak dijadikan cerita, puas kami cari gloves dan topi Iman, tak jumpa padahal memang dah letak dalam beg. Last2 kami pakaikan topi papa dan scarf Abang. Tangan Iman, kami sorokkan dalam lengan baju sejuk. Beginilah rupa anakanda bongsu mama..
Kat sini, Abang dan Jat mula main snowball. Tapi, sebenarnya snow ni dah banyak hari, dah tak fluffy dan tak boleh nak kepal bulat2 untuk dijadikan snow ball atau snowman. Jadi, mana2 snow yang berkeping dijadikan snow ball, sakit jugak main snow fight ni...
Kat sini, Abang dan Jat mula main snowball. Tapi, sebenarnya snow ni dah banyak hari, dah tak fluffy dan tak boleh nak kepal bulat2 untuk dijadikan snow ball atau snowman. Jadi, mana2 snow yang berkeping dijadikan snow ball, sakit jugak main snow fight ni...

Dah puas anak2 main snow, papa cuba cari jalan masuk ke Stadium Old Trafford dan Alhamdulillah, kami dapat parking betul2 depan stadium.
Dah selesai snap! snap! depan stadium, kami masuk bandar Manchester dengan niat nak cari Restoran Melayu Ning sbb baca dalam internet katanya bukak hari krismas tapi tak jumpa pulak. Tapi, jumpa banyak restoran halal, rasanya restoran mamak/pakistan tapi semuanya tutup. Alahai...
Kami singgah di stesen minyak untuk beli sedikit bekalan @ junk food yang ada tanda daun yakni 'suitable for vegetarian', panadol dan buku peta UK. Kami balik ke hotel, cari topi dan gloves Iman tapi tak jumpa. Kepala papa pulak makin sakit. Papa cakap kesejukkan menyebabkan kepala papa makin berdenyut. Eloknya zohor dah masuk, kami jama' takdim Zohor dan Asar. Kami memang bawak kompas kiblat yang papa beli suatu ketika dulu di Malaysia. Tiap kali kami travel, kompas kiblat akan kami bawa bersama. Sebelum bertolak ke sini, kami print waktu solat di Manchester, Nottingham dan London supaya kami tahu solat dah masuk. Sini azan tidak berkumandang.
Pastu papa cakap, 'Ish! tak nakla datang sini dok dalam hotel ajer..' Mama sebenarnya takut sakit kepala papa bertambah. 'I'm ok..' ungkap papa dan menelan panadol, papa ajak menjelajah bandar Liverpool.
Pastu papa cakap, 'Ish! tak nakla datang sini dok dalam hotel ajer..' Mama sebenarnya takut sakit kepala papa bertambah. 'I'm ok..' ungkap papa dan menelan panadol, papa ajak menjelajah bandar Liverpool.










