Saturday, August 1, 2009

Jumping Rope @ Tali Skipping

Masa kecik2 dulu, suka main 'tali skipping' nih. Minggu lepas, pegi beli barang2 dapur di Tarmimi Market ternampaklak tali skipping, terusla rembat. Niat di hati nak 'mengecil'kan badan. Lagipun, mama aim 56kg by the end of this year. Alamak lagi 5 bulan! Sejak dok sini selama 2 bulan rasanya badan macam dipam2. Kalau bersenam pun setakat vacuum dan mengemop. Pastu jalan dalam 10 kaki ke tempat jemur kain yang jugak dalam rumah. Bersenam yang paling kerap ialah berjalan ke dapur dan ngap! ngap! ngap!

Shopping Mall kat sini bukan macam kat Malaysia yang tiap2 floor ada mesin penimbang. Kalau kat Alamanda, satu floor tu entah berapa mesin penimbang. Shopping mall kat sini memang tak de langsung mesin penimbang...Tak tahula berapa berat mama sekarang..

3 jam lepas beli, sebelah tempat pemegang dah tercabut. Tak perasan pun bila masa la anak2 teruna mama ambik tali skipping mama nih bawak masuk dalam bilik mereka. Siap tutup pintu lagi. Bila mama bukak pintu, Jat ikat hujung 'tali skipping' tu kat pinggang dan berdiri di tepi katil, manakala Abang dan anak jiran, Umar duduk di hujung katil sambil menarik tali skipping dari hujung sebelah lagi satu. Pastu Jat cakap, 'Pegang kuat-kuat!', Abang dan Umar tarik tali skipping tuh sekuat yang boleh dan 'toing' Jat melompat dari katil yang setinggi peha mama.. Ekekekek.. mama tergelak.. sebijik macam bungee jumping..

'Tali skipping' tu boleh digunakan walaupun sedikit kurang selesa sebab sebelah tak de pemegang. Hari mama mula2 beli, terus mama bersenam dengan tali skipping tanpa warm-up dulu sebab ter'over' excited tambah2 terkenang zaman kanak2 dulu dan ingatkan ek..eleh..semese' (tu dalam loghat kelate, translationnya ..ek..eleh.. toooooo easy...hihihi..). Eheh..terlupalak badan dah berkali2 ganda kembangnya dari zaman kanak2 dulu dan dah lama tak bersenam, 2 kali lompat jer, mama dah semput tahap gaban..kuang, kuang, kuangggggg... Jantung punyala berdenyut kencang...kes lamaaaa tak bersenam, tiba2 toing! toing! toing! melompat..darah pulak rasa menyelinap naik ke kepala..heheh..

Hari ni masuk hari ketiga bersenam dengan tali skipping. Start dengan warm-up dulu, pastu alhamdulillah dapatla mencecah 10x lompat eeeerrrkkkk... still mengah-mengah tahap gaban lepas toing! toing! 10x. Pastu ngada2 sikit cuba lompat dengan tali pusing ke belakang. 2x kali toing! toing! Pastu tak lepas..heheh..tapi memang rasa macam selama ni darah tak berjalan dengan lancar kes tersangkut kat lelemak yang berkumpul dalam saluran darah, lepas toing! toing! rasa segar sikit..ooops..lupa nak cakap, toing! toing! tu dibuat dalam bilik tak de air cond yang kepanasan di luar rumah mencecah 43 darjah celcius..Semalam mencecah 49!

Thursday, July 30, 2009

Woh Seto, Mok te dan Durian

Tadi pegi Tarmimi Market yang jauh sikit dari rumah. Best pergi Tarmimi nih sebab ada barang2 dari Asia. Dah lama sebenarnya rindu nak makan sambal durian Umi. Memang sedap sambal durian Umi ni, makan dengan ayam goreng atau ikan goreng pun dah cukup..siap boleh bertambah2 lagi...tu cerita masa dok M'sia laa...sambil2 menaip nih, naik kecur air liur...

Kat Tarmimi tadi, masuk jer, memang suka start di bahagian buah2an dan sayur. Yang pertama sekali nampak ialah Durian...yeaaaaa! Adala dalam 3 bijik. Tengok harga...SR77 sebijik.. Buah rambutan pulak 10 bijik SR12 dan buah seto (manggis)..7 bijik SR19. (Harga rambutan dan manggis nih tengok masa mula2 datang dulu kat Tarmimi dekat rumah)

Errrrkkk..none of the above kami rembat..:P

Tuesday, July 28, 2009

Kutip-mengutip..

Mama baru jer lepas mengutip something smelly that fell out from my youngest son's diapers. Dalam 3 hari, dah dua kali mama pick up this yucky stuff...ayooooo..

By the way, I enjoy reading this simple and yet touching Invisible Mom (songlap from Aini's blog..heheh)

Invisible Mother......

It all began to make sense, the blank stares, the lack of response, the way one of the kids will walk into the room while I'm on the phone and ask to be taken to the store.

Inside I'm thinking, 'Can't you see I'm on the phone?'

Obviously, not.

No one can see if I'm on the phone, or cooking, or sweeping the floor, or even standing on my head in the corner, because no one can see me at all.

I'm invisible. The invisible Mom. Some days I am only a pair of hands, nothing more: Can you fix this? Can you tie this? Can you open this?

Some days I'm not a pair of hands; I'm not even a human being. I'm a clock to ask, 'What time is it?' I'm a satellite guide to answer, 'What number is the Disney Channel?' I'm a car to order, 'Right around 5:30, please.'

I was certain that these were the hands that once held books and the eyes that studied history and the mind that graduated sum a cum laude -but now they had disappeared into the peanut butter, never to be seen again. She's going; she's going; she is gone!

One night, a group of us were having dinner, celebrating the return of a friend from England ..

Janice had just gotten back from a fabulous trip, and she was going on and on about the hotel she stayed in.

I was sitting there, looking around at the others all put together so well. It was hard not to compare and feel sorry for myself.

I was feeling pretty pathetic, when Janice turned to me with a beautifully wrapped package, and said, 'I brought you this.'

It was a book on the great cathedrals of Europe ..

I wasn't exactly sure why she'd given it to me until I read her inscription:

'To My Dear Friend, with admiration for the greatness of what you are building when no one sees.'

In the days ahead I would read - no, devour - the book. And I would discover what would become for me, four life-changing truths, after which I could pattern my work:

No one can say who built the great cathedrals - we have no record of their names.

These builders gave their whole lives for a work they would never see finished.

They made great sacrifices and expected no credit.

The passion of their building was fueled by their faith that the eyes of God saw everything.

A legendary story in the book told of a rich man who came to visit the cathedral while it was being built, and he saw a workman carving a tiny bird on the inside of a beam. He was puzzled and asked the man, 'Why are you spending so much time carving that bird into a beam that will be covered by the roof? No one will ever see it.' And the workman replied, 'Because God sees'

I closed the book, feeling the missing piece fall into place.

It was almost as if I heard God whispering to me, 'I see you. I see the sacrifices you make every day, even when no one around you does. No act of kindness you've done, no sequin you've sewn on, no cupcake you've baked, is too small for me to notice and smile over. You are building a great cathedral, but you can't see right now what it will become.'

At times, my invisibility feels like an affliction. But it is not a disease that is erasing my life.

It is the cure for the disease of my own self-centeredness. It is the antidote to my strong, stubborn pride.

I keep the right perspective when I see myself as a great builder. As one of the people who show up at a job that they will never see finished, to work on something that their name will never be on.

The writer of the book went so far as to say that no cathedrals could ever be built in our lifetime because there are so few people willing to sacrifice to that degree.

When I really think about it, I don't want my son to tell the friend he's bringing home from college for Thanksgiving, 'My Mom gets up at 4 in the morning and bakes homemade pies, and then she hand bastes a turkey for three hours and presses all the linens for the table.' That would mean I'd built a shrine or a monument to myself. I just want him to want to come home. And then, if there is anything more to say to his friend, to add, 'you're going to love it there.'

As mothers, we are building great cathedrals. We cannot be seen if we're doing it right.

And one day, it is very possible that the world will marvel, not only at what we have built, but at the beauty that has been added to the world by the sacrifices of invisible women.

Great Job, MOM!

For Aini eyes only

Aini...nak tanya, nape k.ida boleh baca blog aini tapi tak leh nak komen. Hari ni punya entry tak leh komen, semalam punya entry Invisible Mom sakan k.ida komen tapi tak boleh masuk komen tu..

Thursday, July 23, 2009

Jat yang mengajar mama erti kasih sayang..

Mama ingat lagi, masa tu papa berkursus sebulan di Singapura. Tinggallah mama bersama dengan 4 anak teruna kesayangan mama. Iman baru berusia 8 bulan dan Syafiq baru masuk 2 tahun. Terkena pulak kursus papa sepanjang Ramadhan. Sekarang ni bila fikir balik entah macamana mama bukak puasa sendirian..

Mama memang kerap bawa anak2 mama main taman petang2 sambil2 tunggu papa balik dari ofis. Berdukung, berheret dan terkedek2 berlari mengejar anak2 supaya keselamatan anak2 terjaga. Walaupun tunggu anak2 main taman, mata mama tetap melilau tengok kot2 kereta papa yang balik. Kalau bernasib baik papa balik awal, dapatlah kami 5 beranak menumpang sekaki naik kereta. Kalau papa lewat, sekali lagi mama berdukung, berheret dan terkedek2 mengejar anak2 pulang ke rumah..

Hari pertama papa ke Singapura, mama bawa anak2 ke taman. Seperti biasa mata mama melilau mencari kereta papa dengan penuh harapan. Pastu baru teringat, 'Eh, apalah aku nih..papa kan pegi S'pura..'

Pagi2 mama akan hantar Abang dan Jat ke sekolah. Syafiq dan Iman memang seronok kalau dapat naik kereta. Balik dari sekolah kalut pula memasak. Walaupun bulan Ramadhan, hari2 kena masak di atas kesukaran nak pegi pasar Ramadhan dengan power rangers mama ni. Lagipun, anak2 teruna mama tak pose, nak makan..

Tengahari, keluar pegi ambik Abang dan Jat balik dari sekolah. Petang2 bawa anak2 pegi taman. Pernah sekali tu, saja2 bawa anak2 pegi taman depan PICC sebab nampak anak2 dah boring main taman sama aje. Masa nak balik untuk berbuka puasa, tup, tup tayar pancit. Nasib baik ada 2 keluarga yang belum balik lagi. Merekalah yang membantu tukar tayar kereta sampai terpaksa bukak puasa kat taman tu...Moga Allah swt membalas jasa2 mereka..

Stress?! Hanya DIA yang mengerti perasaan mama ketika itu...

Yes..I YELL to my lovely sons..I YELL to them a lot! Simple mistake by them, I YELL.. Trust me, I hate doing it, but I can't help it.. It was sooooo stressful...

Kadang2 mama menangis sorang2. Bila anak2 nampak mama menangis, Jat, Abang dan Syafiq akan datang tanya kenapa.. Mama cuma cakap, 'Mama feel so sad...'. They will hug me and say 'I love you mama'..

Pada anak2 mama, bila peluk mama, moga2 kesedihan dihati mama terubat.. Yes, my dear...hati mama memang terubat, terus mama seka air mata and focus on my precious ones...

When I was young, I still remember many times, I saw my Umi cried. Bila tanya, Umi akan jawab, 'Umi sakit gigi..' I believed her before. Now, comes to think of it, I don't think my Umi sakit gigi all the times.. At that young age, I NEVER hug my Umi everytimes I see her cries..apatah lagi mengungkapkan 'Ida sayang Umi..'

Mama ingat lagi, sepanjang papa berkursus di Singapore, tiap2 malam Jat NEVER miss kissing my cheek and say 'I LOVE YOU, MAMA'.. Jat NEVER EVER miss a night to say that wonderful words even though I scolded him the most that day!

Sekiranya hari tersebut mama terlebih2 marah Jat, malamnya Jat datang peluk mama, cium pipi mama dan ungkapkan kata2 indah itu..Mama peluk Jat erat sambil menangis and keep on saying, 'Mama is so sorry..' dan cium Jat berkali2...

Pernah 2 weeks, anak2 mama mengalami sleeping disorder. Kejadian berlaku di sini. Pernah anak2 mama pukul 1.30am, baru tidur. Subuh pulak masuk pukul 3.30am.. Memang cukup letih dan memenatkan masa tu. I didn't YELL this time..Alhamdulillah..mungkin sebab hubby di sisi walaupun hubby sudah tidur lena seharian kepenatan bekerja... Namun, sekali sekala mulut mama membebel2 tambah2 dah letak belakang, anak pula dua atau tiga kali minta susu, dua tiga kali bangun dan tidur, tapi anak2 masih tak tidur2 lagi..

Dua tiga hari lepas, waktu malam, mama dah baringkan badan dan terlelap. Jat dan Syafiq belum tidur lagi dan bermain2 di dalam bilik. Tiba2 terdengar Syafiq datang berbisik di telinga, 'Mama...mama...nak cucu (susu)...' bisik Syafiq. Mama pun bangun dan ke dapur untuk buatkan susu. Dalam perjalanan ke bilik, terdengar Jat menasihati Syafiq, 'Apik, mama dah tidur tadi, mama penat... Apik janganla suruh mama bangun buat susu lagi yer... mama nak rehat'.. memang hati ibu mama cukup tersentuh mendengar kata2 Jat yang cukup memahami kepenatan seseorang yang bernama ibu..

Jat tidak pernah malu sekiranya Jat inginkan kasih sayang. Dalam Jat main2, tiba2 Jat teringatkan mama, Jat akan cari mama dan peluk mama.. Kadang2 Jat datang duduk atas riba mama bila Iman atau Syafiq tak duduk atas riba mama. Kalau tak dapat duduk riba, Jat akan pastikan tangan atau kaki Jat bersentuhan dengan mama. Jat sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan kasih sayang mama. Sekiranya Jat inginkan mama atau papa temankan Jat tidur malam, Jat akan pastikan samada Jat peluk mama atau papa atau yang kerap mama ingat kalau mama terlupa nak letak tangan atas Jat, Jat akan suarakan, 'Mama tak nak peluk Jat ke?'

Defination of love for kids is so pure and plain. Love is caring.. Love is sharing.. tidak perlu hadiah, wang ringgit mahupun harta benda, not even ego..

Walaupun di marahi, erti kasih sayang pada Jat ialah as long as mama sentiasa berada di sisinya.. Yes, with Jat, mama always feel wanted and appreciated..

Once, I pray that one day he will become a romantic husband to a solehah wife..

Tuesday, July 21, 2009

Medical Check-Up (Again?!)

Bulan April lepas sebelum datang sini, mama, Abang dan Jat dah buat medical check-up untuk dapatkan visa. Full medical check-up, x-ray, ambik darah, urine dan stool.. semuanya nak. Mama pegi Hospital Pakar An-Nur di Bangi untuk dapatkan botol untuk collect sampel urine dan stool so that bila nak buat medical check-up the next day, tak yahla nak menunggu bilala kami semua rasa nak pee and poo nih...

Masa kat M'sia hari tu, collection of poos Abang dan Jat, mamala kena buat. Papa di sini. Memang jadi zorola mama nih sebab... pergh...the smell...

Mama siap bawa x-ray kat M'sia datang sini, kot2la ada yang interested. Rupa2nya yang kat M'sia diaorang tak nak tengok pun. Kalau tau gitu tak dela mama nak mengangkut x-ray yang besar tu datang sini.

Tup, tup datang sini kena buat full medical check-up sekali lagi untuk masuk bawah iqama papa. Iqama ni macam IC kat M'sia so that kami boleh pegi merewang2 tak payahla lagi nak bawa 5 passport ke mana-mana. Dengan adanya iqama ni, barulah kami boleh daftarkan Abang dan Jat masuk sekolah yang akan bermula bulan Ogos nanti.

This time bukan setakat mama, Abang dan Jat ajer, Syafiq dan Iman pun kena buat full medical check-up. Regulation kat sini buat masa sekarang (here there will change regulations regularly!), 3 months and above kena buat full medical check-up. Memang tak boleh nak imagine camnerla budak2 kecik kena x-ray. In fact mama tak sanggup tengok Syafiq dan Iman kena x-ray. But rules are rules..

11 June 2009 kami pegila ke Dispensary yang mama dapatkan rawatan untuk tonsil hari tu untuk buat medical check-up pula. Sampai2 kat Dispensary, dapat tahu kena bawak gambar. Mama pulak pegi letak gambar dalam beg satu lagi..alahaiiii. Terpaksala kami 6 beranak ni menyeberang jalan yang besar sebab parking dekat dispensary penuh. Berdukung, berheret tengah panas ce ce untuk balik rumah ambik gambar. Nasib baik masa menyeberang ada gak Pak Arab yang bersimpati berhentikan keretanya tengah2 jalan supaya kami 6 beranak dapat menyeberang jalan dengan selamatnya. Errrk..menyebabkan jam sekejap jalan kat situ..heheh... Moga2 Allah swt memudahkan urusan Pak Arab yang baik hati itu..Amin.

Sampai balik kat Dispensary yang beroperasi 24 jam tu dalam pukul 10am lebih. Kat sini time solat semua operasi dihentikan, semua kedai akan ditutup. Zohor kat sini masuk pukul 11.15am. Tapi, mama tak dela fikir hospital akan tutup time solat sebab orang yang sakit tidak mengira waktu...well, that's what I thought..

Papa memulakan operasi pendaftaran yang mengambil masa lebih dari 30 minit. Anak2 mama as usual memulakan operasi mereka tapi kali ni tak bising2 macam sebelumnya. Tak percaya, tengokla gambar kat bawah...hahaha..memang buat macam rumah sendiri.

Orang2 yang dok lalu lalang semuanya tunjuk2 dan sengih tengok anak2 teruna mama. Last2 datangla pak guard gitu, pusingkan TV supaya anak2 mama boleh tengok TV sambil duduk atas kerusi..syukran pak guard!

Baru jer anak2 mama duduk atas kerusi nak tengok kartun, tiba2 nama mama, Jat dan Syafiq dipanggil nurse Filipino. Aik! Papa belum siap lagi di bahagian register...camner ni? Camner mama nak jaga Iman sambil dicheck nurse/doktor? Ah! Apa2lah..

Since tempat register dan bilik untuk mama buat check up tu dekat to each other, dan bilik tu pulak open, mama lepaskan Iman main2 kat luar dan biarkan nurse Filipino ambik tekanan darah dan suhu badan sambil mata melilau tengok Iman kat luar. Nurse check suhu badan Jat dan Syafiq. Nurse cakap kena jumpa doktor dulu tapi masa tu ada pesakit dalam bilik doktor. Mama bergegas bangun untuk ambik Iman yang dah berlari entah ke mana-mana. Mama dukung Iman dan masuk tempat menunggu sambil nurse Filipino tengok ajer kat mama. Imanlak memberontak tak nak didukung. Mama try pujuk Iman sambil2 intai papa yang tak siap2 lagi register.

Iman yang berada atas dukung mama nampak suis, mulala Iman nak main bukak tutup suis kat dinding. Cepat2 mama alihkan perhatian Iman ke arah gambar baby sambil sebut, 'Baby..baby..' Iman pulak nak pegi dekat2 gambar baby. Gambar baby tu berada dekat stor. Nurse Filipino yang dok pandang2 mama tadi mula interview mama..

Nurse 1: How many children?
Mama: 4, all boys..
Nurse tu kira anak2 mama..dia macam pelik sebab ada 3 ajer..Sekali abang datang jenguk dan duduk tepi mama. Terlopong si minah nurse tuh..haha..Tapi, mama sentiasa perasan muka2 sapa2la masam mencuka yang pernah mama berurusan akan mula tersenyum dan tersengih dan mula beramah mesra dengan mama apabila tengok mama bawa 4 anak teruna yang hensem2 nih, tak kirala kat M'sia ke atau kat sini..Proses yang lembab juga tiba2 jadi cepat, so anak2 mama ni kira macam 'lesen' untuk mempercepatkan segala urusan..Inilah antara hikmatnya Allah swt berikan mama 4 teruna almost in a row..alhamdulillah...

Nurse tadi 2/3 kali tanya umur anak2 mama. Lepas tu dia menghafal sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Sekali datang nurse Filipino kedua, nurse yang interview mama pun meng'pangako sayo'kan nurse no.2. Pastu nurse tu cakapla dia citer kat kawan dia tu umur anak2 mama yang semuanya teruna.

Terus 2 orang nurse nih interview mama,
Nurse: Indonesia?
Mama: No, Malaysia..
Nurse: Oooo..Malaysia, Indonesia and Malaysia look the same.
Mama: Yes, our language almost the same..
Cot..cet..cot..cet..
Masuklak cleaner muslim berbangsa Filipino jugak..cot cet cot cet citer nurse no.1 and no.2 pada cleaner Filipino tuh pasal mama dan anak2 teruna mama.

Cleaner: You should have a girl..
Mama senyum ajer sebab semua itu kehendakNya. Pada mama setiap kejadian ada hikmah tersembunyi. Macam hari ni, mama mula nampak hikmah tersembunyi itu..

Datangla pulak nurse no.3, Filipino jugak. Citerla lagi nurse no. 1 dan no. 2 pasal mama dan anak2 pada nurse no. 3. Rasa glamernyer...haha..Nurse no.3 ingatkan mama ni Filipino. Tapi, dia taklah direct tanya mama, cuma nurse no. 1 tukang translate kat mama apa2 ajer yang nurse no. 3 dok tanya nurse no. 1 dan no. 2 pasal mama dan anak teruna mama yang mula mencipta nama dikalangan nurse2 Filipino itu..hihi..Nurse no. 3 tu cakap muka mama macam Filipino jugak. Mama citer kat diorang yang papa kerap jugak orang kat sini ingatkan Filipino.

Dalam dok cot cet cot cet dengan nurse2 Filipino, papa selesai urusan register dan datang menjenguk mama. Mama pun citerla nurse2 tu dok interview mama. Papa senyum ajer. Eloknya pulak doktor dah selesai dengan pesakit sebelumnya. Mama dan anak2 teruna dan dengan papa sekali dijemput masuk berjumpa doktor oleh nurse no. 2 dengan ramah sekali.

Doktor ni doktor lelaki dari Sudan. Dia berdiri sebab tengok sekali masuk penuh satu bilik. Nurse no. 2 suruh kami duduk. Ada 2 ajer kerusi so mama duduk sambil meriba Iman, Abang duduk di kerusi lagi satu. Nurse mula dengan Syafiq, terus dibaringkannya Syafiq kat atas katil .Sakan melalak anakanda Syafiq ketakutan. Mungkin sebab Syafiq kerap experience berada di hospital. Nurse tu minta papa berada di sisi Syafiq. Pastu dengar doktor tu cakap, 'Maluuuu.'. Terkejut jugak mama, pandai jugak doktor ni cakap melayu.

Doktor tu yang masih berdiri tanya papa sambil tunjuk kat anak2 teruna mama. 'All?! Your sons?". Dengan bangganya papa jawab, "YES!". Doktor tu terus, "Masyaallah.. masyallah..". Nampak macam doktor tu nak menepuk dahinya sendiri, cepat2 dia letak tangan dalam poket dan duduk. Sambil2 doktor menulis, doktor interview papa.

Doktor: You work here?
Papa: Yes..
Doktor: Engineer?
Papa: Yes..(papa sebenarnya project planner tapi mungkin sebab kalau explain jadi panjang berjela pulak, papa jawab yes ajelah senang..)
Doktor: Your wife work?!
Papa: No..no..no..
Muahahahahah...Sakan doktor dan papa gelak..mama pun tak tahu tang mana yang lucunya...
Papa: She has to take care of our sons..(ujar papa dalam gelak2 sambil menunjukkan ke arah anak2 teruna mama)
Doktor: Yeah..yeah..yeah..(sambil tergelak2..amboih, setuju sakan doktor nih!)

Nurse pulak sibuk menimbang anak2 teruna mama. Mula2 Jat dipanggil untuk timbang. Mama pun cakap, 'Jat, timbang..timbang..'. Nurse tu terkejut sakan. 'You call it timbang?!' sambil tunjuk kat Jat yang dok atas penimbang. Mama cakap, 'Yes'. Nurse tu cakap. "We call it timbang too..". Mama cakap lagi, "Children are call 'anak'", Mama tahu pasal ni sebab dulu ikutla jugak citer Filipina, Pangako Sayo tu. Nurse tu pun terlopong. Papa pulak tambah, "You know right, left..we say right as 'kanan'". Nurse tu angguk2 tersenyum. Pastu nurse tu pulak cakap, "You know, 'sakit'?.. Pain?..". Mama pulak tersengih, "Yes, sakit ..pain.." Cuma nurse tu sebut sakit, 'k' tu lebih dalam macam 'q'..Saqit..

Selepas selesai check, doktor tu bangun lagi dan interview papa sebelum kami melangkah keluar.
Doktor: Where are you from?
Papa: Malaysia..Malayzi..
Doktor: Malaysia..island?
Papa: No..no..no..
Doctor: See I don't know where Malaysia is but one of my brother been there before.
Papa: You should come to Malaysia, it's a beautiful country..
Doktor: yea..yea..yea..
Nurse: Malaysia is soooo far from Sudan, doctor..Malaysia...Kuala Lumpur?! A lot of Flipines come through back door..
Papa: Yea..yea..ok, syukran jazira..
Alhamdulillah, pertemuan kami dengan doktor berakhir dengan gilang gemilang dan penuh keceriaan.

Nurse tadi explain prosedur seterusnya. 'Kids and papa..x-ray, mama upstairs..go to the lab, do pregnancy test then x-ray.." Mungkin nurse tu nampak muka mama dan papa yang blur tak tahu nak menuju ke mana, terus nurse tu cakap.."It's ok, follow me.." Nurse tu hantar papa dan anak2 ke tempat x-ray, mama pula dihantar ke tingkat atas depan lab.

Since mama sorang2 aje, semua anak2 teruna mama dibawah jagaan papa untuk di x-ray satu-persatu. Terkenang pulak mama kat papa..entah camnerla papa jaga anak2 teruna tu..Pastu, mama terfikir pulak...'Tak payahla fikir, sebelum ni mama dok jaga sorang.2.sekejap jer, paling2 lama pun satu jam..' hihihi..Suddenly, sikap 'don't bother' menerjah diri mama. I should enjoy myself..heheh..so mama pun mula memerhatikan keadaan sekeliling.

Rupa2nya pak2 Arab yang dok kat situ dah lama menunggu untuk dilayan oleh pihak lab. Semuanya muka masam2. Sorang Pak Arab bersama isteri dan anak perempuannya nampak dah naik angin. Bila dia nampak sorang nurse naik, terus dia cakap kat nurse tu boleh tak suruh lab proceed cepat2 sikit. Mama tengok sorang minah African depan mama nih, kejap duduk, kejap bangun..Seorang Pak Arab pulak dok berdiri kat kaunter lab. Kejap tu mama dengar azan zohor. Pastu mama tengok pulak minah Arab yang jaga kaunter lab tu tanpa melayan Pak Arab terus pakai jubah hitam dan purdah keluar meninggalkan kaunter tanpa dijaga dan jugak meninggalkan Pak Arab yang berdiri tepi kaunter tu termangu2..

Pastu mama tengok semua orang dah marah2. Pak Arab depan kaunter tekan2 loceng. Datangla sorang Mat Filipino kalut2 di kaunter dengan tangan pakai glove. Pak Arab tu marah2 Mamat Filipino tu. Mamat Filipino tu tetap melayan Pak Arab dengan baik. Pastu Pak Arab tu belah. Pastu semua orang belah, minah Afrika yang kejap bangun kejap duduk pun dah belah, Pak Arab bersama isteri dan anak perempuan sambil membebel2 belah. Datangla pulak sorang lagi Pak Arab berdiri kat kaunter dan tekan2 loceng. Pastu datang balik Mat Filipino kalut2 lagi, pot pet pot pet Pak Arab tu membebel..mama pun cepat2 bangun dan berdiri di kaunter kot2 Mat Filipino tu menghilangkan diri balik dan tinggal mama termangu2 sorang2. Tak puas hati Pak Arab tu pun belah..

Mama pun dengan sopannya beritahu Mat Filipino tu, "I need to do pregnancy test before I can proceed to x-ray.." Mat Filipino tanya nama mama dan carik fail mama, dia suruh mama masuk dan duduk. 'Sorry...maam, you wait...long?', 'No..no..I just arrived'....Dalam hati sebenarnya nak jawab gini, 'I don't mind waiting even for a longgg time as all my sons are with my hubby downstairs..'... hihi..

Mat Filipino tu kasik 2 botol, satu untuk pee dan satu lagi untuk poo. Mama pun masuk tandas. Pee..no problem..poo?! Aiyaa..cannot paksa2..lagipun, tummy dah merajuk sebab pagi tadi dah tahan untuk poo di hospital. Bila mama keluar dari tandas, mama tengok kat tempat menunggu tinggal sorang mamat Asia sorang2 termangu kat tepi bilik doktor. Doktor pun sorang..sorang keluar dan kunci bilik masing2.

Mama tekan loceng, kalut lagi mat Filipino tu datang. Mama cakap kat Mat Filipino, "Can I give my stool later?". Mat Filipino cakap no problem dan kasi mama plastik untuk letak botol berisi poo dalam plastik tu nanti. Mat Filipino suruh mama masuk dan tunggu result urine untuk pregnancy test, "2 minutes.." kata Mat Filipino tu. Kejap tu Mat Filipino datang untuk ambik darah mama. Mama tanya dia, "Are you alone?" sebab tangok dia sorang ke hulu ke hilir. Mat Filipino cakap memang dia sorang2, dah banyak kali masalah ni diutarakan ke pihak atasan tapi tak de perubahan. "You know at this time, doctor will left their patient unattended.." Terbeliak bijik mata mama dengar penjelasan Mat Filipino tu. Dalam fikiran mama..bukan ker ni hospital swasta? Nape buat tak layan jer? Tak nak carik duit banyak2 ker?

Selesai jer dengan Mat Filipino, Mat Filipino tu suruh mama ikut dia ke bawah. Masa keluar dari lab, tak der sorang pun kat tempat menunggu dan semua bilik doktor tertutup rapat. Mama tengok masa tu pukul 12.15pm. Mat Filipino tu bawak mama ke tempat x-ray. Berlakulah pertemuan antara mama, papa dan anak2 teruna mama. Rupa2nya diaorang dah selesai dan Iman masih teresak2 menangis sebab takut kena x-ray tadi.

Mat Filipino tu letak fail mama kat tempat x-ray, minah India jaga kaunter pulak kasi fail2 anak2 teruna mama pada Mat Filipino. Terbeliak mata Mat Filipino tu. Minah kaunter tadi tunjuk ke arah papa dan anak2. Papa cakap kat Mat Filipino tu, 'Can wait for 10 minutes?' sebab papa nak tunggu mama settle x-ray dan naik bersama-sama...romantiknyer...or papa tak nak jaga anak2 sendirian for the second time..hihi.. Mat Filipino tu kata, 'It's ok, I have an emergency case to settle first.."..Papa cakap ok kat Mat Filipino.

Sebenarnya kat hospital tu dah tak de sape2 kecuali kami 6 beranak ajer dari golongan pesakit/pelanggan yang tinggal. So, mama masuk terus untuk di x-ray...waaaaa..hari tu dah berjuta2 lemon sel2 mama mati, hari ni berjuta2 lemon lagi sel2 mama mati...waaaa...

Selesai mama x-ray, kami naik ke atas. Mama citer pasal yang Mat Filipino citer kat mama, doktor kalau masa ni tinggal patient gitu jer. Papa kata kat sini diaorang still tak customer oriented.

Lama jugak menunggu Mat Filipino yang ke hulu ke hilir sorang2 nih. Kejap dia naik, kejap dia turun dengan fail2 anak teruna mama terkepit bawah ketiak. Pastu dia panggil kami untuk jumpa sorang lagi doktor. Tak kena check apa2 pun, doktor tu cuma nak tahu kami yang mana satu pastu dia cop fail dan sain. Dia cuma semak dan pastikan doktor sebelumnya tak tertinggal apa2 yang perlu ditulis pada report card kami.

Pastu kami ke lab untuk ambik darah anak2 teruna mama. Mat Filipino tu membekalkan 2 botol setiap sorang untuk pee and poo. Semua anak teruna mama seronok dapat botol 2 sorang dan diletakkan dalam plastik masing2. Semuanya tak sabar2 nak pee dan poo dalam botol tu sebab sebelumnya dah pernah buat. Macam sesuatu yang cukup interesting bagi anak2 teruna mama..hmmm. Kami cakap kat Mat Filipino tu nak bawak our pees and poos later.

Selesai semuanya dalam pukul 1.30pm. Still hospital ni lengang tanpa pesakit dan doktor walaupun mereka berehat start dari pukul 11 lebih tadi. Dalam perjalanan keluar, mama cakap kat papa, 'Pukul berapa diaorang start balik?'. Papa jawab, 'Huh..orang Arab ni tak rajin mana, biasanya lepas Asar baru bukak balik.' Mama cakap balik, 'I thought it's 24 hours?!'...

Tuesday, July 14, 2009

Warkah buat bonda saudara di Besut

Bonda saudara di Besut yang dihormati lagi disayangi dan sentiasa diingati,

Pertama2 sekali anakanda sedara nak ucapkan terima kasih byk2la kepada bonda saudara di Besut sana di atas kesudian berkongsi resepi kerabu udang yang telah menjadi juara pertandingan memasak pada Hari Guru pada suatu ketika (bonda saudara tak cakap bila la pulak..heheh).

Walaupun, tok leh nok buat sepertimana yg telah diajar oleh bonda saudara dan resepi tersebut terpaksa anakanda sedara 'Jamie Oliver'kan memandangkan ketiadaan bunga kantan dan daun kesum..nyum, nyum..(anakanda sedara mmg suka sgt2 daun kesum..). Terpaksala anakanda sedara menggantikannya dengan daun ketumbar tapi since anakanda sedara menantu ngap dan hampir2 menghabiskannya sorang2 sebelum ditegur oleh anakanda sedara nih, 'Tok se share ko?'. Barulah anakanda sedara menantu tu perasan dan jawab, 'Oh, tok make lagi ko? Heheh'..gelak anakanda saudara menantu malu2. Terpaksala anakanda sedara ni makan kongsi2 dengan Iman yang dah tinggal sejemput ajer.

Ni rupa bentuk kerabu udang yang telah anakanda saudara 'Jamie Oliver'kan.
Resepinya ala2 seorang isteri yang memang malas nak masak..(anakanda saudarala tu..hihi..)

10-15 ekor udang yang dibuang kulit
(anakanda saudara menantu kurang gemar makan udang berkulit, mengganggu konsentrasi ngapnyer..heheh)
Daun ketumbar sesuka hati
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Lemon
Bihun

Hiasan (menambah kaler jer supaya nampak cantik, kalau tak de pun, tak de kena mengena dengan rasa)
Cili hijau Thai (Lado mudo, kat sini ada dijual, kat KL jenuh carik cili nih, x pernah jumpa..)
Cili merah

Cara2nya:
Rebuskan udang bersama sedikit garam. Air tu letak banyak sikit untuk digunakan merebus bihun pulak. Toskan udang dan letakkan ke dalam pinggan. Campakkan bihun ke dalam air rebusan tadi sehingga lembut. Setelah bihun lembut, toskan dan gaulkan bersama2 udang tadi.

Campakkan garam dan lada hitam secukup rasa ke atas bihun dan udang tadi. Gaulkan pula daun ketumbar yang dipotong kecil2. Perahkan lemon secukup rasa ke atas bihun dan gaulkan. Bila dah secukup rasa kesemuanya, letakkan hirisan cili hijau dan merah sebagai hiasan. Siappp.. Sedap dimakan ketika masih panas, kalau sejuk kurang 'kick'.

Begitulah jadinya wahai bonda saudara. Anakanda sedara terpaksa tukar kepada bihun mengenangkan tak bestnyer kalau dimakan kerabu udang yang anakanda saudara buat dengan nasik. Resepi bledo tu tok de lagi anakanda saudara nok buat sebab baru jer jumpa 'ajar-ajar', tak do huruf 'go', jadi eja dalam jawi ganti dengan huruf 'jim'..hihi..

Sebelum mengundurkan diri, anakanda saudara amat2 berharap bonda saudara dapat share lagi koleksi resepi2 yang ada.

Wasalam,

Anakanda saudara yang jauh