Bulan April lepas sebelum datang sini, mama, Abang dan Jat dah buat medical check-up untuk dapatkan visa. Full medical check-up, x-ray, ambik darah, urine dan stool.. semuanya nak. Mama pegi Hospital Pakar An-Nur di Bangi untuk dapatkan botol untuk collect sampel urine dan stool so that bila nak buat medical check-up the next day, tak yahla nak menunggu bilala kami semua rasa nak pee and poo nih...
Masa kat M'sia hari tu, collection of poos Abang dan Jat, mamala kena buat. Papa di sini. Memang jadi zorola mama nih sebab... pergh...the smell...
Mama siap bawa x-ray kat M'sia datang sini, kot2la ada yang interested. Rupa2nya yang kat M'sia diaorang tak nak tengok pun. Kalau tau gitu tak dela mama nak mengangkut x-ray yang besar tu datang sini.
Tup, tup datang sini kena buat full medical check-up sekali lagi untuk masuk bawah iqama papa. Iqama ni macam IC kat M'sia so that kami boleh pegi merewang2 tak payahla lagi nak bawa 5 passport ke mana-mana. Dengan adanya iqama ni, barulah kami boleh daftarkan Abang dan Jat masuk sekolah yang akan bermula bulan Ogos nanti.
This time bukan setakat mama, Abang dan Jat ajer, Syafiq dan Iman pun kena buat full medical check-up. Regulation kat sini buat masa sekarang (here there will change regulations regularly!), 3 months and above kena buat full medical check-up. Memang tak boleh nak imagine camnerla budak2 kecik kena x-ray. In fact mama tak sanggup tengok Syafiq dan Iman kena x-ray. But rules are rules..
11 June 2009 kami pegila ke Dispensary yang mama dapatkan rawatan untuk tonsil hari tu untuk buat medical check-up pula. Sampai2 kat Dispensary, dapat tahu kena bawak gambar. Mama pulak pegi letak gambar dalam beg satu lagi..alahaiiii. Terpaksala kami 6 beranak ni menyeberang jalan yang besar sebab parking dekat dispensary penuh. Berdukung, berheret tengah panas ce ce untuk balik rumah ambik gambar. Nasib baik masa menyeberang ada gak Pak Arab yang bersimpati berhentikan keretanya tengah2 jalan supaya kami 6 beranak dapat menyeberang jalan dengan selamatnya. Errrk..menyebabkan jam sekejap jalan kat situ..heheh... Moga2 Allah swt memudahkan urusan Pak Arab yang baik hati itu..Amin.
Sampai balik kat Dispensary yang beroperasi 24 jam tu dalam pukul 10am lebih. Kat sini time solat semua operasi dihentikan, semua kedai akan ditutup. Zohor kat sini masuk pukul 11.15am. Tapi, mama tak dela fikir hospital akan tutup time solat sebab orang yang sakit tidak mengira waktu...well, that's what I thought..
Papa memulakan operasi pendaftaran yang mengambil masa lebih dari 30 minit. Anak2 mama as usual memulakan operasi mereka tapi kali ni tak bising2 macam sebelumnya. Tak percaya, tengokla gambar kat bawah...hahaha..memang buat macam rumah sendiri.



Orang2 yang dok lalu lalang semuanya tunjuk2 dan sengih tengok anak2 teruna mama. Last2 datangla pak guard gitu, pusingkan TV supaya anak2 mama boleh tengok TV sambil duduk atas kerusi..syukran pak guard!
Baru jer anak2 mama duduk atas kerusi nak tengok kartun, tiba2 nama mama, Jat dan Syafiq dipanggil nurse Filipino. Aik! Papa belum siap lagi di bahagian register...camner ni? Camner mama nak jaga Iman sambil dicheck nurse/doktor? Ah! Apa2lah..
Since tempat register dan bilik untuk mama buat check up tu dekat to each other, dan bilik tu pulak open, mama lepaskan Iman main2 kat luar dan biarkan nurse Filipino ambik tekanan darah dan suhu badan sambil mata melilau tengok Iman kat luar. Nurse check suhu badan Jat dan Syafiq. Nurse cakap kena jumpa doktor dulu tapi masa tu ada pesakit dalam bilik doktor. Mama bergegas bangun untuk ambik Iman yang dah berlari entah ke mana-mana. Mama dukung Iman dan masuk tempat menunggu sambil nurse Filipino tengok ajer kat mama. Imanlak memberontak tak nak didukung. Mama try pujuk Iman sambil2 intai papa yang tak siap2 lagi register.
Iman yang berada atas dukung mama nampak suis, mulala Iman nak main bukak tutup suis kat dinding. Cepat2 mama alihkan perhatian Iman ke arah gambar baby sambil sebut, 'Baby..baby..' Iman pulak nak pegi dekat2 gambar baby. Gambar baby tu berada dekat stor. Nurse Filipino yang dok pandang2 mama tadi mula interview mama..
Nurse 1: How many children?
Mama: 4, all boys..
Nurse tu kira anak2 mama..dia macam pelik sebab ada 3 ajer..Sekali abang datang jenguk dan duduk tepi mama. Terlopong si minah nurse tuh..haha..Tapi, mama sentiasa perasan muka2 sapa2la masam mencuka yang pernah mama berurusan akan mula tersenyum dan tersengih dan mula beramah mesra dengan mama apabila tengok mama bawa 4 anak teruna yang hensem2 nih, tak kirala kat M'sia ke atau kat sini..Proses yang lembab juga tiba2 jadi cepat, so anak2 mama ni kira macam 'lesen' untuk mempercepatkan segala urusan..Inilah antara hikmatnya Allah swt berikan mama 4 teruna almost in a row..alhamdulillah...
Nurse tadi 2/3 kali tanya umur anak2 mama. Lepas tu dia menghafal sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Sekali datang nurse Filipino kedua, nurse yang interview mama pun meng'pangako sayo'kan nurse no.2. Pastu nurse tu cakapla dia citer kat kawan dia tu umur anak2 mama yang semuanya teruna.
Terus 2 orang nurse nih interview mama,
Nurse: Indonesia?
Mama: No, Malaysia..
Nurse: Oooo..Malaysia, Indonesia and Malaysia look the same.
Mama: Yes, our language almost the same..
Cot..cet..cot..cet..
Masuklak cleaner muslim berbangsa Filipino jugak..cot cet cot cet citer nurse no.1 and no.2 pada cleaner Filipino tuh pasal mama dan anak2 teruna mama.
Cleaner: You should have a girl..
Mama senyum ajer sebab semua itu kehendakNya. Pada mama setiap kejadian ada hikmah tersembunyi. Macam hari ni, mama mula nampak hikmah tersembunyi itu..
Datangla pulak nurse no.3, Filipino jugak. Citerla lagi nurse no. 1 dan no. 2 pasal mama dan anak2 pada nurse no. 3. Rasa glamernyer...haha..Nurse no.3 ingatkan mama ni Filipino. Tapi, dia taklah direct tanya mama, cuma nurse no. 1 tukang translate kat mama apa2 ajer yang nurse no. 3 dok tanya nurse no. 1 dan no. 2 pasal mama dan anak teruna mama yang mula mencipta nama dikalangan nurse2 Filipino itu..hihi..Nurse no. 3 tu cakap muka mama macam Filipino jugak. Mama citer kat diorang yang papa kerap jugak orang kat sini ingatkan Filipino.
Dalam dok cot cet cot cet dengan nurse2 Filipino, papa selesai urusan register dan datang menjenguk mama. Mama pun citerla nurse2 tu dok interview mama. Papa senyum ajer. Eloknya pulak doktor dah selesai dengan pesakit sebelumnya. Mama dan anak2 teruna dan dengan papa sekali dijemput masuk berjumpa doktor oleh nurse no. 2 dengan ramah sekali.
Doktor ni doktor lelaki dari Sudan. Dia berdiri sebab tengok sekali masuk penuh satu bilik. Nurse no. 2 suruh kami duduk. Ada 2 ajer kerusi so mama duduk sambil meriba Iman, Abang duduk di kerusi lagi satu. Nurse mula dengan Syafiq, terus dibaringkannya Syafiq kat atas katil .Sakan melalak anakanda Syafiq ketakutan. Mungkin sebab Syafiq kerap experience berada di hospital. Nurse tu minta papa berada di sisi Syafiq. Pastu dengar doktor tu cakap, 'Maluuuu.'. Terkejut jugak mama, pandai jugak doktor ni cakap melayu.
Doktor tu yang masih berdiri tanya papa sambil tunjuk kat anak2 teruna mama. 'All?! Your sons?". Dengan bangganya papa jawab, "YES!". Doktor tu terus, "Masyaallah.. masyallah..". Nampak macam doktor tu nak menepuk dahinya sendiri, cepat2 dia letak tangan dalam poket dan duduk. Sambil2 doktor menulis, doktor interview papa.
Doktor: You work here?
Papa: Yes..
Doktor: Engineer?
Papa: Yes..(papa sebenarnya project planner tapi mungkin sebab kalau explain jadi panjang berjela pulak, papa jawab yes ajelah senang..)
Doktor: Your wife work?!
Papa: No..no..no..
Muahahahahah...Sakan doktor dan papa gelak..mama pun tak tahu tang mana yang lucunya...
Papa: She has to take care of our sons..(ujar papa dalam gelak2 sambil menunjukkan ke arah anak2 teruna mama)
Doktor: Yeah..yeah..yeah..(sambil tergelak2..amboih, setuju sakan doktor nih!)
Nurse pulak sibuk menimbang anak2 teruna mama. Mula2 Jat dipanggil untuk timbang. Mama pun cakap, 'Jat, timbang..timbang..'. Nurse tu terkejut sakan. 'You call it timbang?!' sambil tunjuk kat Jat yang dok atas penimbang. Mama cakap, 'Yes'. Nurse tu cakap. "We call it timbang too..". Mama cakap lagi, "Children are call 'anak'", Mama tahu pasal ni sebab dulu ikutla jugak citer Filipina, Pangako Sayo tu. Nurse tu pun terlopong. Papa pulak tambah, "You know right, left..we say right as 'kanan'". Nurse tu angguk2 tersenyum. Pastu nurse tu pulak cakap, "You know, 'sakit'?.. Pain?..". Mama pulak tersengih, "Yes, sakit ..pain.." Cuma nurse tu sebut sakit, 'k' tu lebih dalam macam 'q'..Saqit..
Selepas selesai check, doktor tu bangun lagi dan interview papa sebelum kami melangkah keluar.
Doktor: Where are you from?
Papa: Malaysia..Malayzi..
Doktor: Malaysia..island?
Papa: No..no..no..
Doctor: See I don't know where Malaysia is but one of my brother been there before.
Papa: You should come to Malaysia, it's a beautiful country..
Doktor: yea..yea..yea..
Nurse: Malaysia is soooo far from Sudan, doctor..Malaysia...Kuala Lumpur?! A lot of Flipines come through back door..
Papa: Yea..yea..ok, syukran jazira..
Alhamdulillah, pertemuan kami dengan doktor berakhir dengan gilang gemilang dan penuh keceriaan.
Nurse tadi explain prosedur seterusnya. 'Kids and papa..x-ray, mama upstairs..go to the lab, do pregnancy test then x-ray.." Mungkin nurse tu nampak muka mama dan papa yang blur tak tahu nak menuju ke mana, terus nurse tu cakap.."It's ok, follow me.." Nurse tu hantar papa dan anak2 ke tempat x-ray, mama pula dihantar ke tingkat atas depan lab.
Since mama sorang2 aje, semua anak2 teruna mama dibawah jagaan papa untuk di x-ray satu-persatu. Terkenang pulak mama kat papa..entah camnerla papa jaga anak2 teruna tu..Pastu, mama terfikir pulak...'Tak payahla fikir, sebelum ni mama dok jaga sorang.2.sekejap jer, paling2 lama pun satu jam..' hihihi..Suddenly, sikap 'don't bother' menerjah diri mama. I should enjoy myself..heheh..so mama pun mula memerhatikan keadaan sekeliling.
Rupa2nya pak2 Arab yang dok kat situ dah lama menunggu untuk dilayan oleh pihak lab. Semuanya muka masam2. Sorang Pak Arab bersama isteri dan anak perempuannya nampak dah naik angin. Bila dia nampak sorang nurse naik, terus dia cakap kat nurse tu boleh tak suruh lab proceed cepat2 sikit. Mama tengok sorang minah African depan mama nih, kejap duduk, kejap bangun..Seorang Pak Arab pulak dok berdiri kat kaunter lab. Kejap tu mama dengar azan zohor. Pastu mama tengok pulak minah Arab yang jaga kaunter lab tu tanpa melayan Pak Arab terus pakai jubah hitam dan purdah keluar meninggalkan kaunter tanpa dijaga dan jugak meninggalkan Pak Arab yang berdiri tepi kaunter tu termangu2..
Pastu mama tengok semua orang dah marah2. Pak Arab depan kaunter tekan2 loceng. Datangla sorang Mat Filipino kalut2 di kaunter dengan tangan pakai glove. Pak Arab tu marah2 Mamat Filipino tu. Mamat Filipino tu tetap melayan Pak Arab dengan baik. Pastu Pak Arab tu belah. Pastu semua orang belah, minah Afrika yang kejap bangun kejap duduk pun dah belah, Pak Arab bersama isteri dan anak perempuan sambil membebel2 belah. Datangla pulak sorang lagi Pak Arab berdiri kat kaunter dan tekan2 loceng. Pastu datang balik Mat Filipino kalut2 lagi, pot pet pot pet Pak Arab tu membebel..mama pun cepat2 bangun dan berdiri di kaunter kot2 Mat Filipino tu menghilangkan diri balik dan tinggal mama termangu2 sorang2. Tak puas hati Pak Arab tu pun belah..
Mama pun dengan sopannya beritahu Mat Filipino tu, "I need to do pregnancy test before I can proceed to x-ray.." Mat Filipino tanya nama mama dan carik fail mama, dia suruh mama masuk dan duduk. 'Sorry...maam, you wait...long?', 'No..no..I just arrived'....Dalam hati sebenarnya nak jawab gini, 'I don't mind waiting even for a longgg time as all my sons are with my hubby downstairs..'... hihi..
Mat Filipino tu kasik 2 botol, satu untuk pee dan satu lagi untuk poo. Mama pun masuk tandas. Pee..no problem..poo?! Aiyaa..cannot paksa2..lagipun, tummy dah merajuk sebab pagi tadi dah tahan untuk poo di hospital. Bila mama keluar dari tandas, mama tengok kat tempat menunggu tinggal sorang mamat Asia sorang2 termangu kat tepi bilik doktor. Doktor pun sorang..sorang keluar dan kunci bilik masing2.
Mama tekan loceng, kalut lagi mat Filipino tu datang. Mama cakap kat Mat Filipino, "Can I give my stool later?". Mat Filipino cakap no problem dan kasi mama plastik untuk letak botol berisi poo dalam plastik tu nanti. Mat Filipino suruh mama masuk dan tunggu result urine untuk pregnancy test, "2 minutes.." kata Mat Filipino tu. Kejap tu Mat Filipino datang untuk ambik darah mama. Mama tanya dia, "Are you alone?" sebab tangok dia sorang ke hulu ke hilir. Mat Filipino cakap memang dia sorang2, dah banyak kali masalah ni diutarakan ke pihak atasan tapi tak de perubahan. "You know at this time, doctor will left their patient unattended.." Terbeliak bijik mata mama dengar penjelasan Mat Filipino tu. Dalam fikiran mama..bukan ker ni hospital swasta? Nape buat tak layan jer? Tak nak carik duit banyak2 ker?
Selesai jer dengan Mat Filipino, Mat Filipino tu suruh mama ikut dia ke bawah. Masa keluar dari lab, tak der sorang pun kat tempat menunggu dan semua bilik doktor tertutup rapat. Mama tengok masa tu pukul 12.15pm. Mat Filipino tu bawak mama ke tempat x-ray. Berlakulah pertemuan antara mama, papa dan anak2 teruna mama. Rupa2nya diaorang dah selesai dan Iman masih teresak2 menangis sebab takut kena x-ray tadi.
Mat Filipino tu letak fail mama kat tempat x-ray, minah India jaga kaunter pulak kasi fail2 anak2 teruna mama pada Mat Filipino. Terbeliak mata Mat Filipino tu. Minah kaunter tadi tunjuk ke arah papa dan anak2. Papa cakap kat Mat Filipino tu, 'Can wait for 10 minutes?' sebab papa nak tunggu mama settle x-ray dan naik bersama-sama...romantiknyer...or papa tak nak jaga anak2 sendirian for the second time..hihi.. Mat Filipino tu kata, 'It's ok, I have an emergency case to settle first.."..Papa cakap ok kat Mat Filipino.
Sebenarnya kat hospital tu dah tak de sape2 kecuali kami 6 beranak ajer dari golongan pesakit/pelanggan yang tinggal. So, mama masuk terus untuk di x-ray...waaaaa..hari tu dah berjuta2 lemon sel2 mama mati, hari ni berjuta2 lemon lagi sel2 mama mati...waaaa...
Selesai mama x-ray, kami naik ke atas. Mama citer pasal yang Mat Filipino citer kat mama, doktor kalau masa ni tinggal patient gitu jer. Papa kata kat sini diaorang still tak customer oriented.
Lama jugak menunggu Mat Filipino yang ke hulu ke hilir sorang2 nih. Kejap dia naik, kejap dia turun dengan fail2 anak teruna mama terkepit bawah ketiak. Pastu dia panggil kami untuk jumpa sorang lagi doktor. Tak kena check apa2 pun, doktor tu cuma nak tahu kami yang mana satu pastu dia cop fail dan sain. Dia cuma semak dan pastikan doktor sebelumnya tak tertinggal apa2 yang perlu ditulis pada report card kami.
Pastu kami ke lab untuk ambik darah anak2 teruna mama. Mat Filipino tu membekalkan 2 botol setiap sorang untuk pee and poo. Semua anak teruna mama seronok dapat botol 2 sorang dan diletakkan dalam plastik masing2. Semuanya tak sabar2 nak pee dan poo dalam botol tu sebab sebelumnya dah pernah buat. Macam sesuatu yang cukup interesting bagi anak2 teruna mama..hmmm. Kami cakap kat Mat Filipino tu nak bawak our pees and poos later.
Selesai semuanya dalam pukul 1.30pm. Still hospital ni lengang tanpa pesakit dan doktor walaupun mereka berehat start dari pukul 11 lebih tadi. Dalam perjalanan keluar, mama cakap kat papa, 'Pukul berapa diaorang start balik?'. Papa jawab, 'Huh..orang Arab ni tak rajin mana, biasanya lepas Asar baru bukak balik.' Mama cakap balik, 'I thought it's 24 hours?!'...
5 comments:
mak aih, macam2 procedure medical check up tu. tapi hai, org arab ni malas ek...macam pergi indonesia hari tu, kuikui.
p/s kak ida, ada ke muka kak da pakai purdah kat dlm gambar tu :)
Panjangnya..dah hilang punca dah tak tau nak komen apa..hy ingat nak komen part masa Syafiq dibaringkan tu..kalu Cy.. Cy suruh bapanya dulu baring..lps tu abg..pastu Jat..pastu baru Syafiq..barulah dia tak takut sbb dah tgk org lain buat..dan rasa mcm dia pun kena buat jugalah..
Cy pun dulu bila tgk cerita2 Filipina baru perasan byk gak perkataan2 yg sama kita gunakan dgn mrk..tp dah lupa dah apa..rasanya 'tolong' dan 'jgn' pun sama juga..
Rupa2nya BM ni byk ambil bhs org..Inggeris..Arab..Sanskrit..ini mungkin sbb mrk ni dah sampai ke M'sia dulu2..Filipina..? Serumpun..?
aini..heheh..k.ida x pakai purdah. masa awal2 dtg dulu rasa gak nak pakai sbb rasa unconfortable, loni sbb kerap gi mall2 besar yg ramai foreigners, x la rasa x selesa sgt..
iwa..tu pun panjang lagi nak citer.. hihi. Papa diaorg x yah buat medical check-up sbb buat doh maso mula2 dio sapa sore dulu. Ni kami 5 beranak jer kena buat.
betulla cy, byk perkataan m'sia ambik dari arab 'maklum', 'musykil', 'sufra' iaitu ore klate panggil kain sproh.
Mamat Filipina tu oyak forefathers diaorg mari dari M'sia sbb tu byk perkataan sama. Masa mamat tu ambik darah abang, abang menjerit kecil2an, 'sakitttttt...', kejut mamat filipina tu..tu yg diaorg pun start beramah mesra dgn kami 6 beranak nih..
Mmg kita, Filipina, Indonesia, Brunei, Melayu2 di Thailand n Singapura serumpun
salam...hehe mmg pjg tul story awk anyway tergelak jugaklah dgn telatah anak2 teruna tu..oh ye, nak inform kita pn baru belajar nk jadi blogger so jemputla visit kita yek.."jiedanial.blogspot.com"
jie..sebenarnyer tulis story dah lama, cuma dok berkepuk kat dalam list utk dipublish.
YES! YES! YES! kita mmg dok nunggu2 awak jadik blogger utk menghilangkan rindu di hati citer2 DPP. Alhamdulillah.. At least terasala cam dok cot, cet, cot, cet ptg2 kat DPP dulu..hihi. .
p/s: Terasa duniaku semakin bahagia
Post a Comment