Wednesday, February 10, 2010

Trip ke UK (Liverpool)


25 Dec
Selepas solat Zohor, dalam pukul 12.00pm, kami bertolak ke Liverpool, dalam 45 minit dari Manchester. Bandar Manchester berkabus tebal. Mata 'muda' mama dan papa memang sukar untuk membaca signboard dalam keadaan berkabus. Papa drive slow jer sebab jarak penglihatan sekitar 10meter. Masuk jer highway Liverpool, cuaca terang benderang. A clear blue sky! Snow pun x de sepanjang highway. Begitu juga di dalam bandar Liverpool. Kami ke tempat bersejarah Liverpool yakni terletak ditepi pantai.


Anak2 teruna begitu ceria bermain di sini. Ada yang mengejar burung merpati.. tak tahulah kenapa anak teruna mama ni suka sungguh kejar burung merpati. Ada yang mengejar adik Iman. Ada yang main naik turun tangga. Memang seronok anak2 teruna mama dapat tempat luas begini.


Boleh buat cover album..hihi

Kami bertolak pulang ke Manchester dalam pukul 3pm. Maghrib masuk pukul 3 lebih. Mata usang mama dan papa sukar untuk mencari jalan dalam gelap. Tambahan pulak tak biasa dengan jalan di sini. Masuk aje Manchester kabus cukup tebal. Memang tak nampak apa2 di hadapan. Ianya cukup menakutkan. Jarak penglihatan dalam 0meter. Ok, mama exaggerate tapi memang mama dan papa tak nampak apa2. Signboard memang tak nampak langsung tulisannya. Nasib baik tak de kereta, so papa bawa kereta sepantas kura2 mencari jalan balik ke hotel. Alhamdulillah, kami selamat tiba di hotel.

Dalam kepenatan tu sempat lagi Abang dan Jat ajak mama main snow fight lagi di belakang hotel. Terpaksala melayan kehendak Abang dan Jat. Kali ni anak teruna kecik tak tidur, merengek nak ikut jugak tapi mama tak boleh layan Abang dan Jat kalau bawak Apik dan Iman sebab si kecik dua orang ni memang 'setepek' dengan mama. Samada kena dukung atau pimpin, camana nak main snow fight. Mesti frust Abang dan Jat. Lagipun tiap2 hari di Saudi mama memang melayan si kecik dua orang ni jer. Abang dan Jat sempat dilayan masa makan atau time homework. Abang dan Jat banyak main sendirian.


Mama and my most responsible Abang!

Mama memang nak layan Abang dan Jat sepuas hati mama. Lagipun bila lagi mama nak main snow kan? hihihi... Kalau balik Saudi sah kena melayan Apik dan Iman memanjang. So, mama tinggalkan Apik dan Iman dengan papa dalam hotel, turun dengan Abang dan Jat.


Ijat and his big snow ball!

Dalam syok2 dok main, tiba2 nampak kelibat seorang dewasa dan 2 kanak2 kecil. Apalagi, satu family main snow fight!

Dah selesai main snow kami menghabiskan sisa bekalan makanan dari Saudi. Habis semua Indomie kami 'bedal'.. dah dua hari kami tak makan nasi tau..hahaha..

Mama and my little 'setepek'

8 comments:

Fertzy said...

bestnyerrr!!

Ummu Auni said...

hahaha. makan kat mana kak da lepas habis bekal tu?

Nida said...

Fertzy..salam. lamanyer x update blog. Visit yr blog semlm, tp x sempat nak tinggalkan komen. Dah balik from ot ke? Hopefully, dah unite with yr wonderful & lovely kids.

Aini..pasni kang citer..kena jeng, jeng, jeng sikit..hahaha..

tinidewi said...

ehem ehem. kak da, apa emel kak da ek? ada sesuatu yg tini nak tanya on behalf of my hubby ^_^

Yasmin's Mummy said...

Bila episod seterusnya ni?

Nida said...

tini..nanti ada masa free n peaceful, i'll reply yr msg, ok.

Maksu..tulis ambik masa, kalu FB sonang!

p/s: komen maksu punya post sblm ni, hilangla pulok..

Ibu WA Alim said...

Perasan, Hcy muda peluk abg..
Merajuk Hcy tak dtg lawat/komen ke tak update blog ni..?
Hcy busy belajar driving la skrg..dan main game..!

Nida said...

Hcy..loni pun Hcy mudo lagi. Kemana tumpahnya iras kalu buke anok sedagho.

Dok dang loni, maintain duo, Blog n FB. Kerap masuk FB..heheh..