Monday, January 25, 2010

Trip ke UK (Part I)

Alhamdulillah dengan izinNYA, 23-28 Dec 2009 kami bercuti di UK . Citernyer gini...

Satu2nya jiran M'sia kami kat sini nak balik M'sia untuk Raya Haji. Kamilak anggota tentera ramai, kalau nak balik M'sia 'fulus' mesti penuh kantung. Tambang balik M'sia saja tambah beberapa K lagi cukup untuk beli sebijik kancil!

Dalam kebosanan nak balik M'sia tak boleh, sekali sekala mama dok belek2 internet tengok tiket kapalterbang ke UK. Papa peminat setia MU, mama pulak pernah belajaq kat sana 16 tahun yang lalu (Loughborough University 1994-1997) dan Abang n Jat pulak masa dok M'sia lagi dok nak main snow (penangan Disney Channel, Astro). Tu sebab mama dok belek kapalterbang ke UK. Rindu nak tengok tempat belajaq dulu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat penuh nostalgia..
Tiap kali mama belek internet tengok harga tiket pergi balik Saudi-UK dalam 12-15K satu family (6 beranak-2 adults, 3 children and 1 infant), jadi bye, bye jelah. Tambang ajer dah banyak tu, tak masuk penginapan, makan minum dan pengangkutan. Shopping memang tak masuk dalam senarai langsung la yer.

Mama tak tahu rupa2nya dalam diam papa pun kerap dok belek2 internet tengok tiket Saudi-UK. Pada suatu hari baliklah papa dengan penuh keterujaan, 'B tadi saya tengok tiket kapalterbang pergi balik Saudi-UK untuk satu family 6K+.' Terkejut jugaklah mama ni. Betul ker? Apa lagi terus papa terkam komputer, masuk internet dan tunjuk kat mama. Harga sebenar pergi balik satu family 3K pastu campur airport charge, etc jadilah 6K+.

Apa lagi kami pun terus book tiket. Keesokkan harinya papa terus beli tiket tetapi tiket ni bersyarat yakni (org2 Arab suka sebut yakni..) tidak boleh ditukar tarikh. Kalau tak jadi pergi tiket dikira hangus begitu sahaja.

Tarikh antara beli tiket dan tarikh perjalanan ialah sebulan lebih. So, sibuklah kami mencari tempat penginapan dan pengangkutan. Susah jugaklah nak cari hotel dan pengangkutan. Hotel kebanyakkannya penuh sebab masa tu cuti Krismas. lagi satu UK lebih mementingkan safety first. Kalau 6 beranak, x leh nak dok penuh satu hotel cam kat Saudi dan M'sia. At least kena book 2 hotel per night..adehhh..Tapi, nasib baiklah jugak dalam dok cari2 tu kami ter'land' on satu website ni yang book thru internet, murah (of coursela kan..heheh) dan boleh sumbat 6 beranak dalam satu hotel. Sepanjang di UK kami dok di Rangkaian Premier Inn (Premier Inn Manchester, Premier Inn Nottingham dan Wimbledon).

Pengangkutan pun problem jugak till last minute baru dapat book sebabnya lagi sekali Safety First. Kami 6 beranak tak leh sewa kereta, kena ambik MPV. So, half perbelanjaan kami habis pada transportation, mahal sungguh! Kalau dapat sewa kereta, memang jauh murah sesangat. Kat UK ni, anak tak boleh diriba. Mesti duduk di baby seat di belakang. Nasib baik Iman merengek hari mula2 jer nak dok atas riba mama, tapi buat tak tahu jelah, kalau tak kena saman. Alhamdulillah, lepas tu Iman ok jer.. memang baiklah anak kecik mama yang sorang ni.. Tempat duduk belakang ada empat seat, so semua diberi children car seat dan boleh duduk mengadap antara satu dengan lain. 2 kerusi boleh dipusing2.Dekat2 tarikh keramat nak bertolak ke UK, papa hilang suara 'husky'nya itu dan mempunyai simptom nak demam. Kesian pulak, tapi tarikh x boleh ditukar, tak nak tak nak kami pergi ke UK dengan papa yang sudah kehilangan suara.

11 comments:

Ibu WA Alim said...

Sapa posing kat papan label L Uni tu? Tak jelasla..

jie said...

waa...syioknye jalan2 di U.K yek...tapi nape storynya tu ciput je, tengah syok2 baca ehh dah abis..so, cepat2 la sambung story yek, teruja sungguh ni..he he...

Ummu Auni said...

bestnya...ni kena sambung cerita cepat2 ni

Nida said...

Hcy..sapo lagi kalu bkn peminat setia MU. Kelik sini baru tahu taktik x sir ore napok kecik tp nok napok b'ground blkg jelas, ore tu keno dok dekat nga kamera..aiseh..

Jie..salam..buku@blog travelog haji tu bila nak sambung penulisannya? Publisher dah lama dok nunggu ni..hihi. Ciput tu sbb dah azan maghrib, 'Abangda' pun dah balik dr ofis, kena stopla kan..kalau ikut rasa nak menulis, bykkkkkkkk sesangat.

Aini..semangat nak menulis dah membara tambah2 tgk blog sedara mara pakat aktif kembali. Tapi, CB punya x leh nak masuk komen pulok.

Nida said...
This comment has been removed by the author.
Nida said...

Hcy..silap jwpan..ingat ko soalan tanya depe stadium MU. Abang la tu Hcy, tu la model paling sporting masa gi balik Univ tu..

Ibu WA Alim said...

Tanya tu sbb last2 baru agak2 nampak mcm budak2..mula2 tu ingat ko Da posing dpn ex uni dah jadi budak semula..
Sedara mara ni bersemangat semula ni sbb thn baru dah masuk..@ sbb pembaca/jumper setia dah masuk/balik..

Ibu WA Alim said...

Eh tak perasan tadi ada gambar video..ingatkan gambar kereta je..
Kenapa ye watak si jejaka tu kelihatan tembam je..?
Agaknya puas hati sungguhla no jejaka2 kecil tu..sampai terlentang tertonggeng atas salji tu..
Dan Da pun terharu sungguh jugalah kot dpt kembali ke nostalgia lama..?

Nida said...

Hcy...ekekekek..meme ngekek suko baco komen Hcy. Watak jejaka 'paling ensem' ko hok tembam tuh? Buke setakat jejaka tu jer tembam, bini jejaka tu pun boleh tahan jugok loni. Meme naik badanla dok sini, makeeee jah, exersize dok, ghano tuh?

Hahaha..jejaka2 kecik tu buat mace citer kartun disney..telete, tunggeng, neghat, soyok kasut2, lok je lah..

jie said...

hmm..kita pn bru perasan ada video disebalik avanza tu..mula2 puas pk apa kaitannya avanza tu dgn story g U.K he he he sorry lah lampi (lambt pick up) ckt..oh one more thing, asik tayang gambar jejaka2 comel awak tu je(how they've grown up!!)..how bout the leading actress..nok gak tengok rupe since dok kat Damam ni hehe...

Nida said...

Jie..actress pemalu orgnyer..