Sunday, June 21, 2009

Umrah

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik dari umrah dalam keadaan tenang dan selamat walaupun mama tak berapa gemar dengan goyangan kapal terbang tiap kali merempuh awan tebal. Since bawa semua anak2 teruna, satu dua keluarga Malaysia yang kami bertembung di airport menegur sapa kami tambah2 tengok papa, abang dan jat dalam ihram. Syafiq atas dukungan papa, manakala Iman pula atas dukungan mama. Sebenarnya mereka dok wonder camne kami nak buat umrah dgn anak2 yang masih kecil.

Alhamdulillah walaupun dengan anak2 kecik, Allah swt permudahkan segala urusan. Sebenarnya sepanjang perjalanan dan seminggu sebelum bertolak, kami sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala2nya. Maklumlah kali pertama buat umrah, dengan anak2 yang masih kecil pulak tu, tak tau apa nak expect cuma mengharapkan dapat beribadat dengan tenang.

Kami tiba di Mekah lebih kurang pukul 2 pagi. Memandangkan semua anak2 terjaga dari tidur, mama dan papa membawa kesemua anak2 teruna kami ke Masjidil Haram. Kami memang tak sabar nak tengok Kaabah. Subhanallah, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan bila lihat Kaabah tersergam di depan mata. Selama ini hanya tengok di atas sejadah sahaja..

Kami melakukan tawaf secara bergilir2. Mama tawaf dulu bersama-sama dengan Abang dan Jat. Alhamdulillah kedua2nya sabar sehingga selesai tawaf. Semasa mama, Abang dan Jat tawaf tak ramai orang sebab masa tu baru pukul 3 pagi. Kami sebenarnya dinasihatkan oleh rakan sepejabat papa yang telah kerap melakukan umrah supaya kami melakukan tawaf pada waktu tersebut memandangkan orang tak ramai.

Apabila selesai tawaf, mama tak jumpa cari papa yang sedang jaga Syafiq dan Iman di dalam Masjidil Haram. Mama tinggalkan 'hint' kepada papa bahawasanya mama, Abang dan Jat dah balik ke hotel dengan mengambil selipar yang diletakkan bersama dalam satu plastik di rak 10, pintu 1 dan tinggalkan plastik tersebut yang hanya berisi selipar papa dan Syafiq. Papa yang terperasan selipar kami telah tiada faham bahawa kami telah meninggalkan Masjidil Haram dan pulang ke hotel.

Dalam pukul 4.30am, Abang dan Jat terlelap kepenatan. Sementara Syafiq dan Iman yang tak penat2 memulakan operasi reliabilility test ke atas suis2 lampu dan memanjat perabot. Papa turun melakukan tawaf. Kepenatan, akhirnya Syafiq dan Iman pun tertidur. Selesai tawaf papa naik semula ke hotel. Pada awalnya papa mencadangkan kami sekeluarga sa'i bersama. Mata mama pula tak rasa nak pejam, pastu kepala lak rasa gatal2. Takut terlanggar pantang larang ihram, mama minta izin dari papa untuk lakukan sa'i sendirian. Papa izinkan.

Masa sa'i, airmata rasa nak mengalir mengenangkan kesukaran Siti Hajar mencari2 air dalam kepanasan, sendirian di padang pasir yang sepi untuk si anak yang masih kecil, Nabi Ismail. Naluri ibu memang cukup tersentuh waktu tesebut. Round ke-4 memang dah rasa slightly penat, tapi fikirkan kesukaran Siti Hajar manakala mama pula hanyalah berjalan di bawah kipas yang sentiasa berpusing untuk menyejukkan badan dan lantai yang telah di 'tile' elok dan bukan berjalan di atas pasir yang panas, barulah mama terasa selama ini hidup mama jauh lebih baik dari Siti Hajar tapi mulut mama tak reti2 nak bersyukur.

Alhamdulillah, mama berjaya menyelesaikan sa'i dan pulang ke hotel untuk bertahalul. Papa pula turun sa'i dan seterusnya bertahalul. Alhamdulillah Mama dan Papa selesai melakukan umrah buat pertama kalinya.

Namun, kami berdua akui yang kami kurang berpuashati dengan umrah pertama ini sebab kami hanya melakukan perkara wajib dan rukun sahaja, yang sunat2 kami tidak begitu berkesempatan di atas kenaifan kami tentang banyak ibadah dan doa2 sunat. Insyaallah, sekira ada kelapangan kami akan ke sana lagi dalam keadaan yang lebih bersedia.

Semasa umrah, barulah mama tersedar tentang betapa selama ini solat mama bukan setakat solat tahap compang camping, malah ditahap koyak rabak. Malunya pada Yang Esa, yang teramat menyayangi mama tapi mama pula hambaNya yang cukup lalai. Mama juga terasa di sana mama mesti sentiasa mendidik hati supaya sentiasa berfikiran positif tiap kali melihat perkara yang kurang menyenangkan.

Mama juga terperasan selama 9 tahun berkahwin, walaupun tak pernah dapat hadiah anniversary, ini adalah hadiah yang tiada nilainya. Thank you so much to my dearest hubby. Inilah hadiah yang memang milik mama seorang iaitu dapat beribadah dengan tenang dan hanya denganNYA.

Dalam perjalanan pulang, Dang Anum cakaplah kat Abang Tuah, 'Abang Tuah, Dang Anum tak naklah hadiah di Jarir Bookstore yang Dang Anum cakap tuh. Dang Anum rasa kalau Dang Anum dapat, Dang Anum lagi leka dan lalai.' ungkap Dang Anum dengan nada yang insaf. 'Yelah, benda tu buat Dang Anum lagi bergaduh dengan anak2' tambah Abang Tuah.. Amboi, Abang Tuah nih, Dang Anum dah angkat bendera putih, sempat lagi dia kasik penumbuk sebijik!





6 comments:

Ibu WA Alim said...

Amatlah berbaloinya hadiah ini..
Syukurlah Da pamer gamba2 umrah tu d sini..dptlah kami2 yg blm sampai ni menguatkan seru..
Lamanya simpan ni..?
Ingatkan sapa yg botak tadi..
Gamba mamanya mana..?
Takkan tunjuk belakang je kot..?

jie said...

salam. alhamdulillah..kita mmg tunggu entry awk about your trip performing umrah. Sebak jugak tengok gambar2 and reading your post..well..mmg sukar nak describe our feeling for the first time eye to eye with kaabah kan..actually even how many times we look at kaabah those feeling will always be with us. I guess that's why Allah grant us 20 fadhilat just by looking at kaabah..

Looking at your kids in jubah n ihram..comelnya! especially iman n adik..We missed them so..infact we miss our nice neighbour..bila nak balik DPP?? he he he..

Semoga lepas ni dapat perform haji pulak insyaallah..my ustaz said "while Nabi Ibrahim menyeru "labbaikallah..." semua roh-roh menyahut seruan itu including ours..and how many times we answer the seruan representing our chances of coming back to forming haj / umrah. Insyaallah..
Moga roh kita telah menyahut seruan itu berkali2..amin..

Nida said...

IWA..mmg berbaloi sgt2..lama bukan gapo cy, kamera tiba2 kong, byk lagi gambar budak2 ni pakai ihram tergolek tido lepas tawaf..letih, tp gambar2 tu mmg tok leh nak diselamatkan.

Blkg tu bukan blkg ida..kikikik. Ida tok ambik gambar pun..tok ke tok ingat anak sedara ni kan pemalu orgnyer..hehe..

Jie..betulla Jie, tiap kali masuk Masjidil Haram, mmg mata terus cari2 Kaabah. Balik hotel pun rasa rindu kat Kaabah. Kami berdua gilir2 buat ibadat sesempat mungkin, tau2la dgn anak2. Normally, kalau Nida yg tidurkan anak2, Abg Amran will go to Masjidil Haram n if he tidokan anak2, Nida will go there. No words to describe the feelings..

Insyaallah, ada rezeki lebih akan kami balik jenguk jiran2 yg baik hati.Miss u all too..

Haji, insyaallah..

Nida said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Auni said...

bestnya! malam tadi mimpi dapat naik haji...huhu

Nida said...

aini..insyaallah, u will