Fuhhh..Fuh..Fuh..(tiup debu dalam blog
Lama sungguh tak update blog ni.
okeeeeeyyyyyy....3 ayat di atas ditaip dalam masa 45 minit sebabnya baru jer nak menaip, kejap yang ni nak air, pastu yang tu nak susu, pastu anak teruna nombor 3 pulak dari bangun till now kakinya asyik rasa sakit ajer, kejap2 urut kaki Abang Apik sambil2 melayan pelbagai soalan2 anak2 yang kadang2 tu hilanglak fokus nak citer apa. Lagipun, Apik dan Iman kerap tak sihat sejak bermulanya musim sejuk ni. Banyak sebenarnya yang nak dicerita.. ttg musim disini, ttg kehidupan di sini, macam2lah..last2 tak update langsung.. 
Pastukan joinlak The Biggest Loser Mini Malaysia errrk... mama belum update apa2 lagi di sini.
Tujuan utama nak bagi tahu ialah BIL n family from Qatar will be here next week (21 - 26 Feb) and insyaallah MIL bersama2 SIL and another BIL akan datang bercuti di sini from 22 March onwards. Jadinya nak 'private'kanlah blog ni untuk sementara waktu, itulah gempak sangat tajuknyer.
Tapi, sebelum mem'private'kan blog ni, dah janji with one of my aunties nak 'menunjuk' jubah2 Arab @ Abaya koleksi mama. Jadi silalah menjamu mata yer..
Mama mempunyai 6 pasang abaya:
Abaya pertama pemberian bonda mertua ketika menunaikan umrah 2006. Abaya ni mungkin dibeli di Mekah/Madinah.

Abaya kedua juga pemberian bonda mertua ketika beliau menunaikan fardhu haji 2007.
Since x der anak dara nak tolong jadik model, kena jadik model sendiri, potong je lah kepala.Kedua-dua jubah di atas sebenarnya mempunyai tali dipinggang yang cantik. Tapikan, tau2 jelah anak2 teruna mama suka main tarik2 tali tu. Tengah syok2 jalankan, tiba2 rasa tercekik pinggang mama yang bertahun x ramping tu, last2 mama buang je lah. Mengganggu fokus nak menikmati kedamaian alam ajer.
Jubah ke-3 pula adalah pemberian biras yang menetap di Qatar pada tahun 2006/7.

Abaya ke-4 adalah pilihan hati. Dibeli di Mekah ketika pertama kali menunaikan umrah pada bulan Jun 2009. Jahitan motif adalah jahitan tangan.


Abaya ini didatangkan bersama-sama dengan shawl/tudung. Dek kerana abaya ini sedikit labuh, jadi mama suka memakainya dengan ...
Abaya ke-5 adalah pilihan hubby ketika beraya di Madinah pada bulan October 2009. Abaya ini kainnya berkualiti tinggi. Selesa dan motif jahitannya amat kemas. Berbutang 'kacing tah' dibahagian hadapan.
Bahagian hadapan.

Bahagian belakang.
Jahitan motif di tangan.
Abaya ini juga didatangkan bersama shawl

Abaya ke-6 adalah abaya yang kebiasaannya dipakai oleh wanita-wanita Arab tempatan. Tanpa sebarang corak, berbutang dihadapan (kacing tah), berlengan besar dan juga labuh meleret. Jarang mama melihat wanita Arab memakai abaya bercorak kerana wanita2 ini memakai baju yang begitu 'jangok' disebalik abaya dan purdah mereka.

Mama gemar memakai abaya ini setiap kali tibanya bulan Ramadhan menunaikan solat tarawikh. Agak kurang gemar memakai abaya ini untuk berjalan-jalan dek kerana bila dikenakan dengan handbag, senteng jadinya.
Ok, itu koleksi abaya mama. Kali terakhir beli abaya 2009. Kali terakhir men'jenguk2' abaya bulan Mac tahun 2010 menemami bonda mertua membeli-belah abaya sebelum pulang ke Malaysia. Tema/Trend pada tahun lepas ialah abaya berlabuci, memang bergemerlapan betul tahun lepas.
Dah tak tahu apa trend terkini, tapi last week pergi meronda-ronda bandar Dammam menjenguk2 abaya, trend terkini adalah bermotif seperti jubah pertama/kedua (cuma motifnya semakin sedikit iaitu di dada dan tangan) dan dihiaskan dengan labuci.
Punyalah lama (4 jam mak oih!) dok mengadap komputer ni sampai tiba2 rasa macam sakit kepala.
Alamak! Lauk lom masak lagi, sat lagi Abang dan Jat balik dari sekolah. Telur gorengla nampaknya anak2 mama kena makan tengahari ni.
Ok, itu koleksi abaya mama. Kali terakhir beli abaya 2009. Kali terakhir men'jenguk2' abaya bulan Mac tahun 2010 menemami bonda mertua membeli-belah abaya sebelum pulang ke Malaysia. Tema/Trend pada tahun lepas ialah abaya berlabuci, memang bergemerlapan betul tahun lepas.
Dah tak tahu apa trend terkini, tapi last week pergi meronda-ronda bandar Dammam menjenguk2 abaya, trend terkini adalah bermotif seperti jubah pertama/kedua (cuma motifnya semakin sedikit iaitu di dada dan tangan) dan dihiaskan dengan labuci.
Punyalah lama (4 jam mak oih!) dok mengadap komputer ni sampai tiba2 rasa macam sakit kepala.
Alamak! Lauk lom masak lagi, sat lagi Abang dan Jat balik dari sekolah. Telur gorengla nampaknya anak2 mama kena makan tengahari ni.
Part of the reasons nape menjauhkan diri from blogging dan keluar terus from FB!

19 comments:
pergh! penuh satu beg plastik hitam debu-debunya, kak! :-p
kak ida rindunya nak baca latest update kak ida.. rindu sgt
abaya tu cantik2, aida pun same taste as you la kak da.. nanti dah abis nyusu fateh nak bawa keluar abaya hitam yang berkelip-kelip dengan macam2 jahitan tu buat pi office
Sedih baca hok last sekali tu..
Hcy tak paksa Da blogging..
Fuyyoo boots? Me likey them so much!!
Maksu paling suka jubah yg Amran beli. pandai dia pilih. Tapi kacing 'tah' tak bahaya ke Da? Takut nanti tengah syok makan, tiba2 'terbelah' kat bahagian perut hihi.
Semalam BIL call, still x leh visa to enter Saudi, so postponed to somewhere in April. Jadinya, blog x privatekan till the arrival of MIL.
Tini..sakit kepala smlm 'cuci' blog nih :).
Da..Terharu k.ida..hukhukhuk. Will try my best to update blog, at the same time I have to make sure rumah dan org2 dlm rumah ni x terbengkalai. :)
IWA..jgnla rasa gitu bonda sedara tersayang. Ida update atas kerelaan diri-sendiri n mmg nok update blog diet tu insyaallah tonite to get motivated. MMg lamo doh dok nok update blog, tapi tulah, masalah diri sendiri sebenarnyer. Lagipon esok n lusa weekends, bolehla berlenang sikit..hihi.
YM..'caught' yr taste!! Tahu maksu suker boots. ida beli jubah labuh sikitlah yer, boleh maksu melaram dgn boots. ;) U should buy onela maksu, that kind of feeling tu sukar utk diungkapkan..heheh.
Mcm2lah kome..
Tgh hari tadi pun Hcy dah hampir2 tak sempat nak masak lauk utk Alim..dah terfikir dah..alamak aku kena goreng telur mcm Ida..tp Alim ni telur bkn feveret dia..tp dia mkn la..tgk2 ada udang yg dah bersih/siang dlm sinki..so tanya dia..Alim nak lauk telur ke udang..jwbnya..mana2 pun tak kisah..asalkan dgoreng..Alim ni mmg tak berkira sgt pasal lauk..setakat ini..hrp2 berterusanlah..so Hcy bubuh 3 ekor udang dlm sedkit minyak masak dtambah sedikit rempah kari dan secubit garam..masak 5 minit.. dah siap..terus bagi dia makan..dgn nasi drenjis kicap..lps tu baru masak utk org lain..
Okay now I have an idea what to request from hubby as my birthday present.. tapi sesuwei ke pakai boots kat M'sia ni Da? kang berpeluh kaki demi fesyen hehe.
Hcy..alahai, bakpo goreng 3 ekor jah? Sedap udang tu..gorengla byk sikit, pas2 Dammam ni..:) Anak2 Ida mace2 pesen, ado hok brehi telur, ado hok x brehi, sorang jah anak brehi udang, hok lain x brehi, daging, ikan n ayam semua brehi. :)
YM..terlupa nak jwb soalan awal, sini abaya mahal/murah semua kacing tah. Mmg mudah terbuka n mudah cabut. Masuk keta, duduk terbuka. Kalu anak2 mai dok atas riba/dukung lagilah. Tiap kali nak keluar kereta, mmg kena 'tah' kan balik :)
Boots tu masa pakai musim panas sini, x la rasa panas, mungkin sbb hok Ida beli tu x tebal n pendek.
Kalu yg separas lutut tu x taula, maksu berkenan yg tu ker? hiks..
Hcy ni kalu paka hok kacing tah tu sene terbuko/terbuko sokmo..pah kacing..kacing..kalu dudok terbuko sokmo..kalu ddiri pun ada juga celahe/bukoe d antarao kacingnyo..mugo paka hok bo bo buleh masok..sendat..nok paka hok besa lagi nyo payoh jjupo saiz..
Kalu Mmekah..ado hok takdok kacing..keno check mmolek..sbb ccapo dgn hok ado kacing..
Hcy..jubah hok mekah from MIL mmg x beloh depe, Ida senang pakai hok x terbeloh sbbnyer anak2 suka mai dok atas riba :)
Kak Ida, aini nak order jubah hitam boleh tak? Tak nak abaya. Nanti kacing buka2 depan. Jubah tak berkacing la ni. Boleh ke?
Rajin2 lah update blog weh :D :D
Boleh Aini sayang. Ari tu kan Aini dah minta K.Ida tgkkan. Tapi, k.ida nak tau awak punya taste so that worth yr money la kan. Out of six tu yg mana Aini paling suker?
Rajin update blog kang telor gorengla anak2 teruna kena makan, entah2 ngan bapa kepada anak teruna pon kena makan telor goreng :D
nak tanya juga range harga berapa...
ikut pilihan hati:
1. yang abg amran pilih tu lawalah,
2. yang kak ida pilih sendiri pun lawa.
tapi tu lah tak nak yang kancing depan. asal boleh sarng, setakat pakai kain dalam bahagian dalam (maknanya nak yang tak nipis benar sampai berbayang time pakai)
boleh?
Aini..k.ida letak tahun pembelian sbb k.ida x ingat harga doh pon. Cuma ingatnyer yg Abg Amran pilih paling mahal. Insyaallah, akan ke Mekah n Madinah early April with MIL nanti. Kat sana design cantik2.
Nanti k.ida tgk n will inform the price. Di Dammam, k.ida gi tgk di kedai last wk, x der yg berkenan di hati lg. Lgpun dr satu kedai ke satu kedai di Ramez (kedai2 jual jubah) supplier sama. Nak try gi tgk di Al-Bilad pulok nanti. k.ida akan gi 'jajak'lah kedai2 tgk2 jubah.
Thanks Kak Ida. yang Abg Amran pilih tu design dia lawa. Yang Kak Ida pilih tu, Aini berkenan sebab warna merah tu nampak menyerlah. Design pun cantik juga.
Aini suka kalau warna macam jubah Aida tu. Nampak kontras sikit dari warna jubah. Harganya mahal sedikit tapi puas hati, tak payah nak gosok (tak nak yang kena gosok, hihihi)
Kalau tak jumpa macam Aida, yang macam pilihan hati Kak Da tu lawa juga :)
Aini..yg Aida punya camana? Boleh beri gambaran dok or soh Aida upload jer gambar jubah dia..:) At least k.ida ada idea pilihan hati Aini.
Album FB konvo ada
http://www.facebook.com/album.php?aid=113856&id=692454711#!/photo.php?fbid=150543064711&set=a.150531709711.113856.692454711&theater
Aini..okay, dah tgk.
Post a Comment