Masa mama mengandungkan Apik, 110% mama confident mama akan dapat anak pompuan sebab rasa lain sikit mengandungkan Apik. Asyik nak something yang berbau rose ajer. Mama beli pencuci muka berbau Rose supaya gian pada bau Rose masa mengandung tu berkurangan. Mama suka tengok tennis, sebab dah confident sangat dapat anak pompuan, tiap kali Maria Sharapova main, mesti mama tenung jer orangnya. Mengikut petua sesetengah orang, kalau nak anak secantik/sehensem sapa2 tengoklah sentiasa muka orang tersebut. Sebab berkenan sangat kat Sharapova, mama nak anak pompuan secantiknya..hihi..

Mama bersyukur yang keluar ialah Wan Ikhwan Syafiq. Masa mengandungkan Syafiq, Papa sedang sibuk gotong-royong buat surau Al-Ikhwan. Kami menamakan Syafiq sempena nama surau tersebut.
Memang dari kecik sampailah sekarang, Apiklah anak mama yang paling tak banyak karenah. Dari kecik Apik suka tidur awal, bangun pagi tak merengek. Walaupun Apik masih hisap botol sekarang, Apik dah tak bangun malam.
Sebab Apik terlalu baik, mama kerap terlepas pandang pada Apik. Mama kerap melayan Iman, Abang dan Jat dari melayan Apik. Mama memang tak perasan sehinggalah masa mama balik bercuti di Kelantan, mama kerap ternampak Ayah Chik sentiasa melayan Apik. Mama tanya Ayah Chik, nape suka layan Apik, Ayah Chik jawab, '
Napok K.Da tok berapo cagho sangat ko dio..'. Mama rasa macam satu tamparan hinggap di muka mama..masa tu baru tersedar kebenaran kata2 adik mama itu..
Sejak berpindah ke sini banyak perkara menyebabkan mama rasa cukup tersentuh hati dengan kebaikan Apik. Mama masih ingat, masa tu mama tengah mandi. Apik tersedar, padahal papa ada tidur sebelah Apik. Bila mama melangkah keluar dari tandas tengok papa dah bangun. Mama pun terasa pelik kenapa papa dah bangun, hari masih awal. Papa cakap nampak Apik dok tercongok tunggu depan tandas nak susu. Tu yang papa bangun.
Kebiasaannya, Apik dan Iman tidur siang hari pada waktu yang sama. Entah kenapa satu hari tu Apik terlelap depan TV terlalu awal. Iman masih ceria lagi. Bila tengah hari, Apik dah segar bugar, Iman pula nak tidur. Kepenatan, mama terlelap bersama Iman. Beberapa kali mama tersedar dan ternampak Apik duduk di kepala mama. Bila mama betul2 sedar, mama tanya, '
Nape Apik tak main kat luar?'. Apik jawab, '
Apik tunggu mama...mama dah tak penat? Apik nak susu..'..
Dua tiga hari lepas, tengah malam Apik datang bisik di telinga mama Apik nak susu. Mama rasa malas pulak nak bangun malam tu. Mama cakap kat Apik, Apik minta dengan papa. Beberapa kali mama suruh Apik minta dengan papa. Mama nampak Apik berjalan ke arah papa. Pastu mama terlelap. Esoknya papa cerita, terkejut papa sedar2 tengok Apik berdiri kat tepi katil sebelah papa. Bila nampak papa buka mata, baru Apik cakap Apik nak susu..
Tapi, Allah swt itu sentiasa menguji hambaNya. Walaupun Apik baik dan tak banyak karenah, Apik kerap tidak sihat. Masalah keturunan asma turun kepada Apik. Sudah dua kali dimasukkan ke hospital.
Pertama kali masuk wad kerana jangkitan kuman di paru2. Mama ingat sampai sekarang. Masa tu mama hairan kenapalah Apik tak nyenyak tidur. Bila mama stop buai, Apik berbunyi '
uh..uh'. Dua jam begitu, mama angkat Apik dan mandikan. Selesai mandi, Apik memang tidak bermaya. Hanya terbaring dan tidak bergerak dan memejamkan matanya kembali. Mama cuba menelefon papa beberapa kali namun tidak bersambut kerana papa sedang meeting. Mama tinggalkan mesej kepada papa.
Agak sasau dan rasa sebak mula menyesakkan dada. Mama minta Abang dan Jat bersedia, mama kemaskan barang2 Apik. Hati naluri mama merasakan Apik akan ditahan dalam wad. Mama angkat Syafiq yang tidak bermaya ke dalam kereta. Abang dan Jat mengikut sahaja. Mama bawa aje kereta tak tahu samada nak menuju ke hospital swasta atau hospital Putrajaya. Berlegar2 mama seketika cuba untuk mencari jawapan yang terbaik dalam keadaan separa sasau itu.

(Papa baru tiba dari ofis memangku Syafiq yang tidak bermaya)
3 hari sebelum sudah ke hospital Putrajaya. Sudah terlalu arif dengan karenah hospital kerajaan, mama berniat untuk bawa Syafiq ke hospital swasta. Dalam mama berlegar2 itu papa telefon minta mama tunggu sehingga papa tiba dirumah. Mama menuju ke rumah menunggu papa. Bila papa tiba kami membuat keputusan untuk bawa Apik ke hospital swasta. Company papa tidak menaja perubatan anak dan isteri. Papa dan mama sanggup berhabisan beribu ringgit demi kesihatan Apik. Asalkan Apik sihat dan ceria kembali, itu sahaja harapan mama dan papa.
Syafiq memang perlu diwadkan. Mama ingat lagi, hari tu Syafiq masuk wad, keesokkan harinya bulan Ramadhan. Mama memulakan Ramadhan di hospital. Masa tu juga mama sedang mengandungkan Iman 6 bulan. Keluarga mertua banyak membantu ketika ini. Mami datang ke hospital mengambil Abang dan Jat untuk tidur di rumahnya.

(Diwadkan kali pertama berusia setahun)
Masa di hospital, Apik perlu dibuang kahak menggunakan alat khas. Kami berdua perlu tabah ketika proses dijalankan. Syafiq dibalut kemas dengan kain selimut kecil supaya tidak dapat bergerak. Pergerakan yang kuat boleh membawa kepada pendarahan. Papa dan mama sendiri yang perlu memegang Syafiq yang sudah dibalut kemas dalam selimut kecil. Wayar jernih dimasukkan ke dalam hidung dan mulut. Sesekali ternampak darah keluar. Raungan Syafiq cukup menyentuh hati. Hati ibu mama perlu kuat. Mama cuma mahu sayang mama cepat2 sihat.
Pada awalnya, Jat sempat merakamkan proses ini. Tapi, disebabkan kami berdua tidak tahan melihatnya, kami '
delete'kan sahaja.
Alhamdulillah, 5 hari berkampung di hospital, Apik sihat kembali. Masa tu Apik genap setahun.

Apik kurus selepas keluar dari hospital..
Kali kedua, Apik masuk wad lagi pada hari raya kedua di Hospital Raja Perempuan Zainab I (dulunya dikenali dengan HBKB), juga lung infection. Mama tetap setia menunggu Apik sehingga Apik sihat. 3 hari berkampung di hospital. Nasib baik keluarga mama di sisi. Umi, Ayah, adik-beradik dan ipar semua memberi sokongan padu dengan menolong tengok2kan Abang, Jat dan Iman yang baru berusia 8 bulan. Umi puji Iman. Umi cakap senang tidurkan Iman. Gosok2kan kepalanya, Iman terlelap. Baik budak ni, ujar Nek Mi pada mama. Alhamdulillah semua Allah swt permudahkan. Masa Apik diwadkan kali kedua, Apik genap dua tahun.
Doktor yang melihat rekod Syafiq mengkategorikan penyakit Apik sebagai yearly event!
Semalam masa mama nak solat maghrib, mama cakap kat Apik, '
Esok b'day Apik. Esok Apik 3 years old..'. Apik diam saja. Apik cakap Apik nak solat dengan mama. Mama ambik sejadah kecik untuk Apik. Mama cakap kat Apik, '
Kalau Apik rajin solat, nanti Allah swt sayang Apik, mama pun sayang Apik.' Apik tanya mama, '
Nanti Allah sayang Apik yer mama?'. Mama jawab, '
Yelah, Apik solat pastu Apik doa pada Allah swt supaya Apik sentiasa sihat.' Mama sentiasa percaya doa anak2 kecil ini akan dimakbulkan.
Tiba-tiba Apik cakap kat mama, '
Mama...Apik tak nak sakit lagi...Apik tak nak cucuk kat tangan lagi...Apik sakit cucuk kat tangan'..
Hari ni B'day Apik, Apik tak berapa sihat. Muntah2. Ni Apik sedang tidur kepenatan selepas muntah entah untuk kali ke berapa. Mama doakan sayang mama semoga cepat2 sihat...