KLIAMama, papa dan anak2 melambai2 saudara-mara sehingga hilang dari pandangan. Selepas pasport dicop, perjalanan ke tanah kelahiran Nabi Muhammad saw pun bermula. Anak2 mama begitu teruja, melompat2 keriangan kerana janji telah dipenuhi. Janji bahawa papa akan pulang dan membawa anak2 mama ke sana akhirnya menjadi kenyataan.
Aerotrain sudah menunggu untuk ke penerbangan antarabangsa. Aerotrain ni lebih kurang cam LRT. Muka2 anak teruna mama nampak pelik sebab naik keretapi, sedangkan mama dan papa cakap naik kapalterbang. Namun, keterujaan tetap terselah di wajah anak2 mama. Biasalah budak2 ..memang seronok dapat naik keretapi. Terpandang Jat yang berada agak jauh sedikit. Jat ni kalau dia rasa sesuatu tu pelik tapi tidak punya ruang untuk bertanya lagi, dia suka membesar2kan matanya sambil mulutnya di control agar tak tersenyum. Alah..mama nampak Jat tersengih..
Boleh tahan jugakla kelajuan aerotrain nih. Sebelah tangan mendukung Iman seberat 11kg (or more..sebab dah lama x timbang) manakala sebelah tangan lagi memegang kuat palang besi sambil cuba sebaik mungkin mengimbangi badan dari jatuh tergolek..kikiki.
Melangkah keluar jer dari aerotrain, seperti biasa mulut ni akan cakap, 'Ok...sampai..' Terdengarlak kata2 Jat dalam nada kepelikan, 'Aik! Papa pegi Arab Saudi naik keretapi?!' terkekek-kekek dalam hati nih (kes control macho..heheh). Terus Jat mengejar2 papa yang sudah jauh ke depan untuk mendapatkan kepastian. 'Papa! Papa!' panggil anak teruna kedua nih, 'Papa pegi Arab Saudi naik keretapi?' Tergelak papa, hahaha...
Sambil menunggu untuk boarding S Airlines, Iman terlelap di dalam pangkuan mama. Syafiq pula begitu asyik melihat kapal terbang yang tersergam di hadapannya melalui cermin. Botol susu tidak pernah terlepas dari mulutnya. Hmmm..Syafiq.. Syafiq..Setelah 30 minit menanti, akhirnya announcement dibuat meminta para penumpang memasuki perut kapalterbang. Punyala seronok anak2 teruna mama nih. Iman yang baru terlelap pun terjaga. Abang dan Jat duduk satu row dengan mama. Iman pula mama riba, manakala papa meriba Syafiq di seat lain.
Setiap seat disediakan dengan skrin kecil dan remote control. Budak2...biasala...mulala excited dengan benda2 baru nih. Belum start
bergerak, anak2 teruna mama mula melakukan reliability test alat2 perkakas dalam kapalterbang. Main remote control, bukak tutup tingkap, bukak tutup tempat letak makanan, tekan semua butang2 yang boleh ditekan, panjat kerusi, bukak tutup seat belt, try to figure out camne nak panjang dan pendekkan seatbelt, suruh mama tutup aircond kecik kat atas... sejukkkkk.. kata Jat. Their mama?! Don't bother a bit. It's going to be a longgggg journey... so, better not stress myself. Since I don't have to worry about cooking or cleaning, I just want to relax myself..or pamper myself cause somebody will serve me some food ..heheh...Well.... that was just my imagination...hmmmm. Iman yang memang tak berapa sihat, tak sampai setengah jam perjalanan, dah mula merengek2, semua benda tak kena. Sejam jugakla try pujuk Iman, Iman mula amuk. Then, figure out something smelly inside his pampers. Nasib baik toilet dibuat user friendly to mom n babies. Ada tempat yang boleh dibukak cam tempat makanan kat seat kapalterbang untuk pakaikan pampers. Mama letak Iman atas tempat tu, Iman nampak takut2. Mungkin Iman takut tak dapat menampung beratnyer sendiri... hihihi.
Dah siap settlekan Iman, makanan untuk kanak2 dihidangkan. Abang dan Jat dapat makanan, mama dan Iman tumpang sekaki. Mama makan coleslaw sebab dah lapar sgt, tak sempat lunch cuma makan pagi aje di rumah.
Bila makanan for adult dihidangkan, mama dapat tagliatelle dan Iman dengan seronoknya makan separuh darinya. Patutla amok, lapar rupanyer..
Ingatkan bila Iman dah kenyang, he will fall asleep sebab mama pun asyik terlelap ajer. Rupa2nya tidak, Iman menyambung kembali upacara mengamuk. Kejap ok, banyak kejap mengamuk...aduhai. Selepas 3 jam berlalu, Iman tak tidur2 dan asyik amuk2 jugak. Beberapa kali mama pass Iman kat papa. Iman pulak asyik nak mama ajer. Pantang nampak mama pusing nak tengok Iman dah tidur ke belum atas riba papa, terus Iman amuk2 nak duduk ngan mama. Bila mama ambik, Iman meneruskan upacara amuk2nyer.
Last2 papa cadangkan mama tawaf dalam kapalterbang tu. Mama pun tawafla sambil mendukung anakanda Iman dan dikejar oleh abangda2nya kat belakang. Terkekek2 gelak anakanda Iman. Aduhai...nak patah jugakla pinggang mama yang dah berganda ukurlilitnya dukung anakanda Iman nih. Nasib baik kapalterbang ni ada tangga, mama biarkan ajer anakanda Iman main tangga. Iman naik 2 anak tangga ajer sebab staf S Airlines dok jaga kat atas. Tahu takut yer Man? Biasanyer anakanda Man ni tak makan saman..heheh..
Since kapalterbang akan mendarat pukul 5.15 petang waktu tempatan. Maghrib pulak masuk pukul 6.30pm, congak punya congak memang tak sempat solat di rumah. Papa solat jamak dan qasar zohor dan asar atas kapalterbang.
Selepas 5 jam berlalu, anakanda Iman tetap tak tidur2 dan masih amuk2. Mulut mama yang comel nih (heheh..) dah bertukar jadik cam muncung itik. Papa ambik turn jaga Iman, mama pulak solat. Selesai mama solat anakanda Iman akhirnya terlelap di pangkuan papa.
Selesai masalah dengan anakanda Iman, Abang dan Jat memulakan operasi power rangers mereka. All buttons, new things atas kapal terbang dah jadi old things...hmmmm. Abang dan Jat dah start
rasa bosan and they 'gomo' in the plane. Papa maybe tired with the journey, slightly loss his patient...asyik dok suruh Abang and Jat.. 'Shhh! Shhh!', 'Duduk diam2'... Me?! Well, as I said earlier, i'm not going to stress myself. I 'lok' both of them 'gomo'. Then mama told papa, 'B....what are you expecting from them after 5 1/2 hrs journey? Diaorg pun bosan, tok ke nok suruh dok kelip pah kelip pah? Biarla diaorg...kalu b tok tehe, b jange tengok, kalu tengok, meme mulut asyik nok pot pet ajer...'. Since my reason makes sense to him (I guess..), my hubby look away and enjoy the rest of the journey.Mama start enjoying myself dengan menonton perjalanan flight, arah kiblat, suhu pada ketinggian tertentu..hihi..Memang seronok tengok...ohhhh, kat bawah tu Aceh, pastu melalui Teluk Benggala, melalui Chenai India, merentasi India, merentasi teluk Arab...jeng3x..tu dah nampak tanah Arab dalam peta. Suhu lak memang between -45 to -50la sebab berada pada ketinggian yang teramat tinggilah.
Bila kapalterbang terbang semakin rendah, suhu makin meningkat, -18, -10, 0..,20, 21, 23... Bila dengar announcement 10 minit lagi akan mendarat, mama dan anak2 mula nampak padang pasir dan rumah2 tanpa bumbung. Papa pun dengan excited sekali beritahu anak2 terunanya, 'Itula Arab Saudi..'. Mama, anak2 dan of course papa semuanya excited. Maklumla naik cramp jugak badan asyik dudukkkk ajer selama 7 jam lebih perjalanan tanpa henti nih.
Oh! Lupa nak citer pasal anakanda Syafiq. Syafiq as usual anak yang baik, bawakla pegi mana2 atau berapa lama perjalanan pun, he just behave himself. Dia rasa nak tidur, dia tidur..Duduk kat kerusi Syafiq jer. Time makan, Syafiq makan, kalau nak susu, Syafiq mintak ajer politely..pastu Syafiq tengok tv kecik Syafiq. Syafiq memang anak mama yang paaaaling well behave.Bila kapal terbang touch the ground, suhu di skrin menunjukkan 41C. Alhamdulillah, kami selamat mendarat di King Fahd International Airport, Dammam pada hari Khamis, 21 Mei 2009 jam 5.10 petang.
4 comments:
hahaha, agak dah mesti anak2 teruna tu banyak karenah je. kita duk dlm flight lama2 pun bosan. tapi yg fasal syafiq tu, mmg aini gelak lah...patut pun dulu kak da ingat preggy anak perempuan, keluar je very well behaved :)
aini...yela aini, kami pun rasa bosan, apalagi anak2 teruna nih..wish sgt2 semua anak teruna k.ida well behave cam syafiq next time fly ;)
UMI N AYAH READ THIS BLOG....THEY LOVE IT...NATI ABI NAK BAGI PC DESKTOP KAT UMI N AYAH...THEY WILL HAVE THEIR BLOG THEN...TARUK LA PHOTO BANYAK2 CKIT...LOVE TO SEE MY YOUNG GUNS KAT SANE...HEHEHE....
pok be lummy...bagus! bagus! nanti boleh baca blog umi n ayoh pulok..insyaallah, tak taula bakpo, mari sini jadi tok ingat sokmo nok ambik gambar..
Post a Comment